10 Jenis Utama Kerusi Roda

Kerusi roda ni yang biasa kita lihat adalah yang jenis ‘yang biasa kita tengok itu lah’ kan.

Iaitu Manual Standard.

Jenis ni memang banyak digunakan di hospital dan juga kebanyakannya orang kita beli.

Tapi secara totalnya ada 10 jenis kerusi roda yang ada di pasaran.

10 jenis ni semestinyelah bergantung kepada :

  • tujuan si pesakit – kiranya apa aktiviti yang dia nak buat
  • keadaan pesakit – seperti contoh sekadar mana yang pesakit mampu bergerak
  • berat dan saiz pesakit – ada juga jenis kerusi roda yang lebar dari biasa.
  • harga – harga kalau tak masuk dalam segala jenis faktor apa pun, memang tak sah ya.

Jenis kerusi roda yang dimaksudkan ialah:

1. manual standard

2. ergonomic – yang mudah untuk dilipat

3. yang jenis ringan – mungkin ada yang seakan sama dengan bentuk manual standard, tapi dari segi beratnya ia akan jauh lebih ringan.

4. transport – yang jenis mudah untuk berpindah, jenis ini pun yang jenis ringan juga. Ada juga yang sampai hanya mencecah 6kg sahaja. Kebiasaannya, kerusi roda jenis ini tayarnya tidak besar, bermaksud ia mesti ditolak oleh orang lain untuk menggerakkannya.

5. tilt wheelchair – kerusi roda yang boleh di baring/dongakkan. Macam kerusi malas pun ada.

6. recliner – atau kerusi roda yang boleh baring ( yang betul betul baring ), kebiasaannya, pesakit stroke akan dapatkan kerusi roda jenis ini.

7. active wheelchair – sesuai untuk aktiviti sukan. Atau untuk keluar beriadah.

8. bariatric wheelchair – ini kerusi roda untuk aktiviti berat dan mungkin lasak juga. Kebiasaannya, saiz tempat duduknya lebih lebar dari yang biasa.

9. pediatric wheelchair – untuk kerusi roda kanak kanak atau yang bersaiz kecil.

10. power standing wheelchair – seperti yang anda boleh bayangkan, jenis ini ia boleh dibangunkan.

Semestinya kesemua jenis di atas bergantung kepada tahap keperluan yang anda inginkan.

11. kerusi roda elektrik – dan yang terakhir ialah jenis kerusi roda yang paling mahal.

Comments

comments

Leave a Comment