Apa Itu Karbohidrat? Quick Overview

Jawapannya.

Kalau makan lebih carbs akan buatkan berat badan anda bertambah.

Dan kalau anda kurangkan pengambilannya. Berat pasti akan turun.

Untuk Lebih Detail..

Karbohidrat kalau hendak difahami pada definisi yang lebih detail terdapat banyak kesimpulan dan maklumat lain yang boleh dihuraikan.

Seperti Good Carbs dengan Karbo Jahat.

Yang dikatakan baik itu adalah yang tidak atau kurang diproses.

Seperti jus oren. Pilih brown rice berbanding dengan white rice. Lebih kurang proses untuk siapkannya, lagi baik.

Dan yang Bad Carbs pula adalah sebaliknya.

Bila banyak diproses kemungkinan nutrisi dari makanan itu pun akan berkurang.

Kadang kadang anda akan perasan di bahagian label ada tulis saturated fat. Ini pun tanda makanan tersebut bukan lah merbahaya tapi kalau di ambil pada kadar yang banyak dan juga hari hari. Memang akan buatkan berat badan anda akan naik.

Kandungan cholesterol dan trans fats juga tak boleh lebih lebih sangat.

Untuk lebih detail walaupun kami rasa tak perlu untuk tahu.

Anda boleh rujuk artikel di bawah:

Pritikin – Good Carbs VS Bad Carbs

What Are Carbohydrates

SkillsYouNeed – Penerangan yang lebih ringkas tentang karbohidrat

Kalau yang detail tak perlu tahu, apa pula yang simple untuk diambil tahu?

Yang tadilah di atas tu.

Kalau makan lebih karbo, berat akan naik. Dan juga sebaliknya.

Dan untuk yang masih rasa sangsi dengan mengurangkan pengambilan karbo akan turunkan berat badan anda.

Rujuk article bukti kajian diet rendah karbo ini.

Persoalannya.

Buat mereka yang walaupun makan karbonya lebih, seperti contoh nasi antara punca karbo paling banyak dan paling selalu, begitu juga roti canai. Punca dari tepung ni.

Kalau anda makan roti canai pagi, tengah hari nasi. Petang goreng pisang, malam nasi.

Tapi berat badan masih lagi maintain. Tak perlu fikir apa apa sudah. Teruskan sahaja. Best juga tuh kan.

Tapi buat yang berat makin lama makin naik, ini bermaksud nak tak nak anda terpaksa had kan pengambilan karbo.

Untuk ini kita perlu tahu juga berapa pula nilai karbohidrat yang perlu diambil untuk turun.

Jawapannya ada jelas di huraikan oleh Kriss Gunners BSc Degree dalam Medicine, Nutrition Reseacher.

Huraian beliau ada di post ini, Authority Nutrition untuk rujukan anda.

Dan ringkasannya.

Kriss membahagiakan kepada 3 bahagian.

100 – 150 Grams Sehari

50 – 100 Grams Sehari

20 – 50 Grams Sehari

So, kalau nak turunkan berat badan, anda hanya boleh ambil jumlah karbo dalam range atas sahaja.

Satu mangkuk nasi, ada lebih kurang dalam 45g mengikut Google.

Anda hanya perlu buat carian seperti di bawah.

karbo dalam nasi

Rasanya tak mungkin juga kalau anda makan semangkuk je nasi kan. Mungkin semangkuk lebih. So adalah dalam 60g.

Untuk range dalam 100 – 150 kg.

Anda boleh makan nasi lagi, walaupun sangat sangat tak digalakkan sebab takut susah untuk pecahkan lemak.

Jumlah nasi tu dalam sekali makan sehari. Mungkin pilih waktu tengah hari.

Pagi ambil yang ringan ringan, malam pun juga. Dan tidur awal. Nanti lapar pula.

Air pula, jangan ambil teh Tarik kalau boleh.

Sebab satu cawan teh Tarik dalam 20 ke 30g sudah.

Ambil Tea Limau contohnya.

karbo dalam tea

*kalau anda buat carian teh Tarik seperti di atas tak akan keluar. Mungkin sebab teh Tarik tak sepopular kita di Malaysia. Tapi kalau anda korek-korek sikit internet ni jumpa juga.

Kami dah buat, so dalam 20 – 30g.

Atau pun, buat math sendiri. Satu sudu susu pekat tin tu berapa? Berapa banyak pula mamak duk tambah dalam satu cawan. Gula juga, kadang kadang ada yang letak macam creamer.

Roti canai pun sama juga dalam 45g.

Untuk range karbo dalam 20 – 50g.

Atau pun kita terus direct kepada Diet Atkins yang hanya mengehadkan 20g untuk peringkat pertama.

Jangan ingat semua sayur rendah karbo.

So, try dahulu cara selidik di Google macam kat atas.

Apa Pula Tindakan Anda?

Mudah sahaja. Untuk kurangkan berat. Had kan pengambilan karbo seperti di atas.

Kalau tak larat, cuba yang sederhana dahulu.

Jangan risau pasal lapar sebab tak makan nasi. Macam diet atkins, sebabkan anda makan protein, ia akan buatkan kita rasa kenyang.

Kalau lapar juga, ada juga teknik teknik seperti pemakanan snek untuk cuba bagi kenyang sikit.

Untuk bertanya, tinggalkan komen atau hubungi kami di admin@segalamacamcara.com, insyaAllah kami boleh bagi idea sikit.

Walaubagaimanapun, ini contoh menu diet seminggu bagi mereka yang mengamalkan atkins.

Comments

comments

Leave a Comment