Cara Memilih Berus Gigi Terbaik dan Bagaimana..

Kebiasaannya berus gigi yang menjadi pilihan adalah berus gigi yang keras, tahan lama dan murah akan menjadi pilihan.

cara memilih berus gigi yang betul

Adakah memilih berus gigi yang keras akan sangat membantu untuk anda buang plug plug yang terhasil?

Tahukah anda memilih berus gigi berdasarkan tiga perkara tersebut kemungkinan akan merosakkan gigi anda?

Antara berus gigi manual yang biasa dengan yang berus gigi elektrik, mana lebih baik?

Dan, adakah berus gigi yang biasa sesuai untuk pemakai braces?

Gigi walaupun ia nampak keras tapi ia sangat sensitif dengan perilaku yang anda kenakan.

Seperti contoh, mengikut pakar, dinasihatkan untuk menggosok gigi hanya dalam tempoh 2 hingga ke 3 minit.

Kurang daripada itu kemungkinan anda tidak cukup untuk membuang kotoran yang akan membuatkan gigi anda kekuningan. Plug plug kuman yang terhasil daripada apa yang anda makan dan menjadi kuman disebabkan ia bertakung dan masih lagi di celah celah gigi anda.

Manakala kalau yang terlampau lama kemungkinan akan merosakkan permukaan enamel anda dan membuatkan gusi anda bengkak atau berdarah.

Tambah lagi jika anda menggunakan berus gigi yang keras.

Jenis berus gigi yang terbaik!

Pilih Berus GiGi yang lembut

Berus gigi yang paling sesuai ialah yang lembut, yang sesuai dengan gigi dan gusi anda.

Anda boleh baca jenis berus gigi tersebut label di bahagian kotak hadapan.

Kebiasaannya ia akan ada dalam 3 kategori. Soft, hard dan normal.

gambar berus gigi

Ada juga yang menggunakan soft, medium dan firm seperti di atas oleh Oral B.

Untuk memilih ia masih lagi bergantung kepada sifat sensitif gigi anda. Jika ia terlalu sensitif mungkin jenis soft yang paling sesuai yang sangat digalakkan oleh pakar pakar dentist.

Namun jika gigi anda sihat, dan asalkan anda tidak mengenakan tekanan yang kuat kepada gigi anda semasa memberusnya, lebih kasar berus gigi firm seperti di atas pasti tiada masalah.

Ada juga berus gigi yang berlabel “extra soft” yang kemungkinan untuk gigi yang lebih sensitif.

Untuk yang normal tak perlulah gunakan “extra soft” kerana ia terlalu lembut.

Saiz Head Berus Yang Kecil

berus gigi terbaik

Seperti gambarajah di atas, saiz head yang digalakkan adalah yang lebih kecil supaya senang diselenggara di celah celah gigi anda.

Untuk handle pula pilihlah yang selesa untuk anda pegang(maneuver) semasa anda gunakannya nanti. Kebiasaannya saiz yang besar adalah yang lebih sesuai.

Ada juga handle yang di bahagian neck ( antara handle dengan head ) seperti ada spring untuk memastikan yang anda hanya gunakan tekanan yang perlu sahaja. Ini juga alternative yang baik.

Walaubagaimanapun jenis bulu berus juga yang paling penting.

Masa Guna Dalam tempoh 3 bulan

Jangan espect untuk gunakan berus gigi anda selama mungkin, atau pun hanya tukar sekiranya berusnya sudah kelihatan tidak elok lagi. Tetapi jika sudah lebih 3 bulan digalakkan anda tetap tukarkan yang baru juga. Mungkin cantik dan nampak sesuai lagi tapi kuman kemungkinan sudah ada di situ.

Cara berus gigi yang betul

Gosok di bahagian tepi gigi rahang anda dahulu. Diikuti dengan bahagian dalam dan di belakang gigi hadapan. Atas dan bawah. Dan akhiri dengan gigi di bahagian hadapan.

 

Denture shows how to use toothbrush, dental equipment

Denture shows how to use toothbrush, dental equipment

Denture shows how to use toothbrush, dental equipment

Denture shows how to use toothbrush, dental equipment

Denture shows how to use toothbrush, dental equipment

Dan antara perkara perkara lain yang anda harus turuti ialah:

1. gosok gigi kurang lebih dalam tempoh 2 minit untuk kebersihan yang cukup, kurang daripada 2 minit mungkin tidak cukup lama untuk bersihkan gigi anda. Lebih dari 2 minit kemungkinan akan merosakkan enamel dan gusi anda.

2. jangan kumur sebaik sahaja anda menggosok gigi – Ubat gigi yang terbaik ialah yang mengandungi fluorida, yang memerlukan sedikit masa untuk melindungi enamel gigi anda. Patuhi rule 2 minit di atas adalah terbaik untuk memberikan lebih masa untuk kandungan fluorida dari ubat ubat gigi bertindak melindungi gigi.

3. semasa anda gosok juga pastikan berus tersebut berkedudukan 45 darjah bertentangan dengan gusi anda supaya ia tidak kene dengan gusi yang mungkin akan membuatkan gusi anda berdarah.

4. sebaiknya gosok gigi selepas anda ambil makanan atau minuman kerana kandungan gula akan menyebabkan gigi anda akan kekuningan. Tapi ia masih lagi bergantung dengan tahap asidic makanan anda. Kerana anda mesti tunggu sekurang nya 30 minit sebelum anda boleh mula menggosok gigi.

Di sini kami ada jelaskan tentang cara memutihkan gigi dengan betul dengan lebih lanjut.

5. jangan berkongsi – tidak digalalakkan juga untuk anda berkongsi berus gigi dengan orang lain. Dapatkan holder berus gigi yang sesuai setiap orang seperti dibawah adalah yang terbaik.

berus gigi holder
Atau anda hanya perlu beli label kalis air untuk letakkan di berus gigi anda.Dapatkan sendiri di DIY store Tesco atau Daiso.

6. tak perlu letakkan ubat gigi terlalu banyak, hanya cukup dengan saiz sebesar kekacang sahaja.

7. perbaiki teknik memberus gigi anda, memberus gigi mungkin nampak mudah seperti gambar di atas, tapi bila melakukan sendiri ia bukan sahaja memerlukan teknik atau kemahiran yang betul malah jenis handle berus gigi yang sesuai. Perbaiki teknik berus gigi anda pasti dapat membantu untuk anda mendapatkan gigi yang lebih sihat.

8. Jangan berlebihan – perkara ini ada dinyatakan di atas tapi untuk lebih penekanan kami listkan ia di sini juga.

9. Praktis masa 2 hingga ke 3 minit dengan menggunakan timer adalah yang digalakkan.

10. Terbaik sekali gosok gigi anda di hadapan cermin yang bukan sahaja akan membuatkan anda lebih mudah dan akan perbaiki teknik menggosok gigi anda.

Comments

comments

Leave a Comment