Kami dari SMC mengalukan kebolehan penulisan article anda untuk menjadi entri di blog ini.

buat duit dengan menulis

Article yang anda tulis mestilah berdasarkan pengalaman, atau pun article yang memerlukan penelitian fakta daripada mana mana badan badan penyelidik.

Anda tak perlu buat kajian apa pun, hanya perlu pandai untuk buat ‘content curation” iaitu dapatkan maklumat yang menyokong apa apa statement anda.

Untuk buktikan kenyataan anda sahih, InsyaAllah.

Sebagai tanda terima kasih, kami akan berikan penghargaan sekurang kurangnya RM 50 untuk 1000 patah perkataan yang pertama.

Sila berikan nama dan email anda( di akhir post ini ) kerana kami akan jalankan beberapa saringan dahulu untuk dapatkan penulis yang terbaik supaya kita terus akan bekerjasama memberikan informasi yang tepat kepada pembaca.

Di sini kami listkan beberapa syarat untuk article yang bakal anda tulis untuk tempoh saringan nanti:

  1. Article anda mestilah melebihi atau sekurang kurangnya antara 800 hingga 1000 patah perkataan. ( Kami galakkan anda untuk menulis 1000 patah perkataan pertama, dan jika rasa ia topic menarik yang patut disebarkan atas sebab value yang boleh diberikan kepada pembaca, kenapa tidak anda sambung lagi seterusnya kan )
  2. Article tersebut mestilah TIDAK lansung memberi focus kepada SEO. Yang bermaksud, tidak perlu untuk anda optimize article tersebut supaya ia mesra search engine, sebaliknya kami yang akan review dan setting SEO nya secara professional.
  3. Jangan lari daripada topic yang blog Segala Macam Cara bawa, focus kami ialah yang mengenai kesihatan, kecantikan dan perhubungan antara satu sama lain.
  4. Diwajibkan juga, untuk anda berikan tajuk dan draf article anda dahulu kerana takut takut, usaha anda sia sia sahaja nanti. Kami ulangi, article anda terbaiknya adalah yang berkisar daripada pengalaman ataupun hujahan fakta. Kami tidak akan terima article seperti contoh “10 buah yang memutihkan kulit”. Mungkin ada benarnya, tapi kami pasti tiada siapa yang akan buat dan jadikan article seperti ini sebagai reference. Pendek kata, article tersebut, mesti ada value untuk pembaca.
  5. Dan yang paling penting, anda mesti ada blog. Ia bukan sahaja bahan bukti penulisan anda sebagai rujukan pertama kami, malah supaya kita terus dapat bekerjasama dengan lebih baik lagi dalam bentuk medium yang berbeza.
  6. Macam biasa, article tersebut mestilah unique yang hanya akan dipost di entri kami.
  7. Dan beberapa syarat yang kami lebih selesa nyatakan kepada sesiapa yang layak sahaja.

Dan sekarang pula kelebihan yang anda akan dapat dengan menyertai kami:

  1. Kami bukan mencari one time article service dari anda, seboleh mungkin kami mahukan penulis yang tetap dan terus menyumbang maklumat tepat kepada pembaca. Justeru, walaupun kami akan tersangat selective tapi jika anda terpilih. Kita akan terus bekerjasama, yang membawa maksud anda boleh dapat peluang untuk jana income secara tetap bersama kami. Jumlah article kasar yang kami mahukan setiap bulan adalah dalam 5 – 10 bergantung kepada permintaan selepas research yang kami lakukan.
  2. Anda akan dapat belajar cara bagaimana membuat article yang mesra search engine secara professional. Nanti bila article anda sudah direview dan edit untuk viewers kami, anda boleh minta apa sahaja penjelasan dengan apa yang telah kami lakukan kepada article anda.
  3. Blog kami akan pasti terus berkembang InsyaAllah, bermakna nama dan blog anda akan lebih diketahui umum.
  4. Jika anda seorang doctor atau sebarang pakar dalam topic yang kami bawa, sila nyatakan juga supaya kami boleh utamakan anda.

SMC TV

Penulisan article bukanlah semestinya untuk kami berikan perhargaan, sebaliknya jika anda boleh merekod video anda sendiri, seperti contoh cara cara untuk mekap natural yang sememangnya kami plan untuk hire salah seorang daripada anda.

Sebagai penghargaan kami akan berikan sekurang kurangnya RM 100 sebagai jumlah yang paling kurang untuk 30 minit pertama video yang anda telah rekod sebagai isi utama dalam SMC TV yang kami akan juga lancarkan.

Namun, ia mestilah mematuhi beberapa syarat penting supaya value kepada pembaca itu masih lagi dapat dikekalkan.

  1. Kualiti video adalah mesti ditahap yang baik
  2. Mestilah yang bukan kali pertama, supaya kami boleh review video anda yang terdahulu.
  3. Video tersebut bukan dinilai dari segi videonya sahaja, malah tahap feedback audience anda
  4. Video tersebut, tidak semestinya dalam tempoh atau dekat 30 minit. Sependek mungkin pun boleh, asalkan ia ada value kepada pendengar. Walaubagaimanapun, biarlah sekurang kurangnya 15 minit.

Apa tunggu lagi, jika anda rasa anda layak kenapa tak daftar sahaja detail anda.

Sekian sahaja

SMC Marketing Department