Cabaran Dalam Diet Atkins

Makanan yang kurang pilihan

Sudah ternyata makanan Malaysia mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.

Anda boleh rujuk di post Cara Mengetahui Kandungan Karbohidrat Dalam Makanan untuk lebih lanjut.

Kita dikelilingi oleh makanan yang tinggi karbohidratnya.

Dan untuk tempoh fasa pertama yang paling susah ialah untuk kekalkan pengambilan 20g karbohidrat sehari.

Dan bila anda baca post cara mengetahui kandungan karbo tu anda akan terkejut sebab cepatnya reach limit 20g sehari.

Disebabkan itu anda hanya akan tersangat bergantung kepada sumber protein. Dan antaranya ialah daging, dan ayam ayaman.

Tak kan nak makan ayam sahaja setiap hari kan. Dah macam kucing.

Blogger dari Serihati, juga mengatakan diet atkin ni sebagai Diet Harimau, sebabkan harimau makan daging tapi tak gemuk, sedangkan gajah yang makan tebu manis manisan berbadan lebih besar.

Dan sememangnya minuman bergula mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi.

Tapi yang gajah tu masih lagi bergantung kepada Pencipta kita.

Tapi kesinambungan yang dibawa oleh Serihati ada logiknya juga.

Setiap cabaran pasti ada penyelesaian yang datang untuk membantu……….

Dan antaranya ialah anda mesti buatkan lebih variety untuk resipi resipi diet anda setiap hari supaya tak jemu mata yang memandang, lidah yang merasa, hati yang boring dengan menu yang sama sahaja setiap hari.

Dan untuk itu,

Saudara Dzul ada sediakan beberapa menu khas untuk anda follow semasa Fasa Pertama dalam diet atkins sebagai antara yang paling penting.

Duit

Siapa kata duit akan lebih jimat bila anda mulakan diet. Dalam diet atkin, antara perkara yang paling penting ialah anda tidak boleh berlapar.

Pagi makan, tengah hari makan, sudah hampir malam pun anda makan.

Dan disebabkan anda tak boleh berlapar, dan nak makan makanan karbo yang hanya ada makanan karbo yang banyaknya di rumah, buatkan anda memang terpaksa keluarkan duit untuk beli makanan kandungan protein.

Maka, aturi jumlah kewangan anda supaya tidak lari bajeknya. 🙂

Thumbnail Image Resouce

Comments

comments

Leave a Comment