Cara Menghilangkan Jerawat (Pengalaman Sendiri)

Untuk hilangkan jerawat bukan perkara yang senang, tambah lagi yang jenis memang sudah tiba masa tumbesaran umur yang memang sudah tiba masanya jerawat akan timbul.

Ada yang kata, biar kan sahaja, “memang umur kamu tengah naik, nanti hilang lah”.

Tapi kalau yang jenis bertahun tahun tu macam mana pula?

cara hilangkan jerawat

Bila sebut pasal pemulihan jerawat ada beberapa fasa atau jenis jenis jerawat yang biasa dialamai. Penting juga untuk kita faham jenis jerawat yang kita sebab setiap peringkat masalah jerawat ada penyelesaian dan cara membaik pulihnya sendiri.

Antara jenis atau peringkat proses penumbuhan jerawat: (Jangan terkejut ada antara yang struggle dengan salah satu peringkat sahaja bertahun tahun.)

Jerawat hidup – jerawat ini macam biasa, yang jenis bernanah, dan bila sudah membesar ada yang panggilnya jerawat batu

Whitehat – masalah begini lebih kepada masalah yang berlaku di dalam kulit, Ada kuman di dalam kulit yang membuatkan bacteria membiak, dan disebabkan ia tiada ruang udara untuk bernafas. Buatkan bacteria itu akan membiak dalam kulit. Bila ada yang kata nasi nasi tu. Inilah dia.

Kadang kala, ada yang merasakan muka mereka ada mengeluarkan bao semacam ( busuk ), Kemungkinan besar disebabkan masalah white hat ini. Picit kat mana pun keluar. Antara kawasan kulit muka yang paling banyak ialah di forehead ( antara bulu kening kiri kanan ), di kiri kanan hidung, di hidung, di bawah bibir bahagian bawah. Ini disebabkan ia lebih banyak dan mudah membiak titik titik focus kulit.

Ada 5 semuanya, dan kesemuanya akan lebih focus di situ.

Kadang kadang, ada yang merasakan di bahagian cuping atau area “sideburn”, ini kemungkinan besar disebabkan daripada kuman di tangan yang dibawa oleh smartphone anda bila sedang menggunakannya.

Blackhat – bila white hat seperti di atas sudah terhasil, kemungkinan besar pula proses seterusnya ia akan menjadi blackhat.

contoh masalah blackhead

Ada blachat yang bersaiz besar, bila anda picit untuk keluarkan isinya, ia akan meninggalkan seakan akan lubang atau bekas blackhat tadi. Nanti bila usia sudah makin meningkat anda akan nampak makin jelas kesan daripada picitan blackhat tadi di muka anda. Terutamanya di bahagian pipi.

Bagaimana nak hilangkannya jerawat?

Bila anda nekad untuk hilangkan jerawat, satu perkara yang anda mesti betul betul faham ialah membuka hati anda untuk membaca informasi mengenai penjagaan muka ni. Tujuannya cuma satu, supaya anda lebih faham dengan masalah kulit yang anda alami.

Banyak orang, mereka kurang membaca dan membuatkan kurangnya pengetahuan tentang apa yang berlaku. Bila ini terjadi, itu yang membuatkan anda beli produk yang salah.

Jangan salahkan produk, kadang kadang anda yang salah beli atau tak cukup beli satu sahaja.

Ada MESTI mulanya faham apa yang berlaku dengan muka anda, seperti masalah berminyak contohnya.

Mitos Dalam Jerawat

Banyak orang mengatakan bila ada jerawat, tak kesah lah peringkat black hat, white hat atau jerawat batu sekalipun, jangan picit guna jari. Kerana kuman dan kemungkinan akan merebak.

Nasihat ini kalau anda pergi ke New York Skin Solution sekalipun mereka akan cakap perkara yang sama.

Jangan guna jari nanti akan lebih merebak.

Tapi jangan terkejut bila anda buat rawatan New York Skin Solution dengan orang yang sama cakapkan tadi, yang dia pun akan picit jerawat anda menggunakan jari. Ok lah, dia akan lapik dengan tisu.

Sebenarnya tiada salahnya untuk picit jerawat menggunakan jari, malah ini lah cara terbaik daripada anda menggunakan spatula besi yang biasa anda nampak orang lain gunakan.

Kononnya tak mahu sebarkan lagi kuman jerawat ke tempat lain.

new york skin solution rawatan

Sebenarnya ia cuma bergantung kepada cara anda memicitnya.

Dan dibawah ini merupakan antara perkara perkara penting yang anda mesti follow supaya tidak tersalah langkah.

Bila anda picit jerawat anda, pastikan anda mematuhi arahan dan nasihat di bawah:

1. Basuh dahulu tangan dan jari anda supaya bebas dari kuman.

2. Picit menggunakan permukaan lembut – sebabkan kulit kita lembut, dan sudah lah rosak dengan kuman jerawat, lagi kita pula akan mengenakan tekanan bila memicit, ini akan buatkan kulit muka semakin parah. Maka gunakan kain yang lembut untuk anda lapikkan permukaan jari dan kulit yang berjerawat tadi.

3. Bila sudah, basuh semula tangan anda tadi beserta muka anda pencuci muka untuk membuang kuman.

Semasa anda picit pastikan anda ingat nasihat nasihat ini:

1. Picit memang kaedah terbaik untuk buang isi kuman jerawat dengan cepat. Tapi ia untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kemungkinan besar minggu hadapannya anda akan buat lagi, dan ya memang muka anda akan bengkak lagi. Pencerahan untuk perkara ini akan dikupas lagi di bawah dengan lebih detail

2. Bila picit jerawat pastikan anda picit bila peringkatnya yang sesuai.

Seperti kita tahu, jerawat ada macam macam peringkat. Tak perlulah kita tahu secara saintifik apa yang berlaku di dalam liang roma tu. Sebab sudah pasti, ramai yang sudah baca dan ramai juga tak ambil peduli, kerana tiada apa yang boleh di lakukan, jerawat tetap ada.

Dari segi bentuk fizikal dengan apa yang boleh di nampak dan boleh dirasa oleh pesakit sendiri, di bawah ini merupakan peringkat peringkat jerawat yang akan berlaku:

Peringkat Pertama

Anda merasakan merah merah dan sakit sedikit di bahagian jerawat yang disyaki akan timbul

Peringkat kedua

Jerawat tadi akan semakin timbul membesar dan berwarna merah. Dan nampak lebih jelas. Ini lah masa yang paling sakit, jika di hidung, nak ambil air sembahyang pun susah. Sebab ia sedang membengkak

Peringkat ketiga

Diperingkat ini anda akan nampak nanah atau keputihan atau kehijauan di permukaan jerawat yang tadi. Peringkat ini, sakit bengkaknya sudah kurang sedikit berbanding tadi, tapi disebabkan nanah nya sudah semakin jelas. Muka anda tebal macam mana pun tetap malu juga.

Peringkat ke empat yang terakhir

Untuk peringkat pertama sampai ke ketiga di atas, mungkin memerlukan dalam 3 atau 4 hari. Atau 1 minggu. Tapi untuk peringkat kempat ini, mungkin lebih lama sedikit sebab gunung berapi yang aktif tadi akan menghitam mati. Diperingkat ini nanti akan terjadi lah blackhat yang paling besar.
Jadi peringkat mana yang sesuai untuk di picit?

Bukan di peringkat pertama, bukan di peringkat kedua. Bukan juga di peringkat ke tiga.

Tapi disebabkan siapa lah yang tak malu dengan nanah tersebut, maka peringkat ketiga adalah yang paling sesuai. Anda juga mesti pandai nilai, sama ada di peringkat nanah ini, nanah atau isi jerawat tadi masih lagi baru dalam keadaan cair atau tidak. Kalau masih lagi cair, ada baiknya anda tunggu sampai 6 jam berikutnya, Sebab bila ia sudah mengeras sedikit, ia lebih mudah di keluarkan.

Kita nak keluarkannya semua, kalau masih lagi cair memang agak susah sedikit. Kemungkinan kita terpaksa gunakan tekanan yang lama dan lebih sikit.

Dan kalau anda tinggalkan sedikit, pasti ia akan mula aktif kembali.

Bagaimana nak tahu bila isinya sudah habis?

Ini bergantung kepada pengalaman dan cara anda sendiri, namun kebiasaannya bila anda picit tapi ia sudah mengeluarkan cecair atau air putih bermaksud semuanya sudah selesai. Kadang kadang ada juga darah darah tapi tidak terlalu pekat warnanya. Ini pun bermaksud isinya sudah habis anda keluarkan.

Timing atau keadaan yang terbaik untuk anda picit ialah, bila anda picit tu ia akan memancut mengeluarkan isinya ke cermin. Kadang kadang ada yang sampai cermin pecah dibuatnya.

Bila ini terjadi, kemungkinan besar anda lebih mudah untuk keluarkan kesemua isi jerawat tadi.

Selepas anda picit, macam biasa jangan lupa basuh muka dengan pencuci muka dan tangan anda.

Diyakini juga, apabila anda picit jerawat seperti ini di peringkat yang nanah sudah kepejalan sedikit ( bukan cair ) ini akan mempercepatkan proses jerawat tersebut untuk hilang.

Sebab kalau nak tunggu jerawat tu mengecut dengan sendiri dan turn into blackhat, memang perlukan masa yang lama.

Lebih baik picit, sebab ia akan percepatkan proses.

Jangan picit di peringkat awal kerana mustahil untuk kuman yang membiak di dalam liang roma anda akan keluar.

3. Jangan juga gunakan kuku.

4. Bila anda picit, pastikan anda pilih peringkat jerawat yang patut dan sesuai di picit sahaja.

5. Jangan jadikannya ia rutin perkara biasa anda.

6. Di no 2 tadi, iaitu peringkat yang sesuai untuk anda picit jerawat ialah bermula dengan peringkat ke 3. Nasihatnya, pastikan anda betul betul pasti untuk picit yang sesuai pada waktunya sahaja. Kerana, jika anda picit untuk jerawat yang masih lagi belum tiba masanya (masak), ini akan buatka proses sembuh jerawat tu akan menjadi semakin lama. Dan juga, sepatutnya bila anda picit jerawat yang berisi, yang akan mengeluarkan isinya, walaupun sakit macam mana pun, bila ia sudah keluar, pasti akan rasa lega. Tapi kalau anda picit pada tempat yang beli sesuai untuk anda picit tadi, sakitnya akan kekal tanpa ada rasa lega.

Picit Bukan Jawapannya

Di atas tadi kami ada janjikan pencerahan dengan nasihat pertama begitu juga dengan point pertama di atas, iaitu jangan menganggap dengan memicit jerawat adalah satu cara terbaik untuk anda buat.

Kerana jika ini sahaja yang anda amalkan, akan membuatkan masalah semakin parah.

Baik dari segi jerawat yang akan semakin merebak dan juga permukaan kulit anda yang akan menjadi tak sama, dan calar balar.

Untuk menyelesaikan masalah ini, tak lain tak bukan anda mesti menggunakan product kulit, sama ada yang moden atau pun traditional.

Untuk cara traditional, terus terang sahaja lah. Susah sangat untuk cara itu bantu, melainkan kalau memang jerawat anda tak serius.

Untuk jerawat yang sederhana banyaknya, lebih baik gunakan product moden sahaja.

Apakah product yang terbaik untuk hilangkan jerawat?

Terdapat banyak sangat produk untuk hilangkan jerawat yang berada di pasaran.

Adakah kesemuanya elok?

Adakah kesemuanya pula hanya gimik semata mata?

Sebenarnya setiap product di pasaran adalah baik dan mujarab. InsyaAllah.

Bayangkan sudah pasti yang membuat formula membancuh setiap adunan chemical dilakukan oleh pakar. Dan pakar pula akan bertindak melalui fakta.

Yang membezakan sama ada produk tersebut menjadi atau tidak ialah daripada kulit anda sendiri. Kerana setiap kulit antara kita berbeza tindak balasnya.

Ada juga dikalangan kita yang mengunakan Marvel Gel sudah cukup. Ada juga yang menggunakan pencuci muka biasa seperti safi pun sudah cukup.

produk jerawat - marvel gel

Justeru, untuk memberikan jawapan secara terus kepada anda adalah agak mustahil kerana ia masih lagi secara tidak langsung bergantung kepada jenis dan masalah jerawat anda.

Tapi apa yang pasti ialah…..

Jika anda serius untuk hilangkan jerawat ada perkara yang anda mesti faham.

Tak banyak, hanya dua sahaja.

Pertama – pastikan anda beli product lengkap untuk bantu baiki muka anda
Kedua – ubah cara hidup lifestyle anda.

Mari kita kupas perkara kedua dahulu

Ubah cara hidup.

Percaya tidak, kuman juga akan turun daripada rambut anda. Maka, rambut yang jarang dicuci dan tak bersih akan buatkan muka anda kekal bermasalah. Walaupun mungkin anda menggunakan product untuk baikinya. Mungkin tiada gunanya kerana anda masih lagi tak buang antara puncanya.

Selain itu, pemakanan yang juga antara faktor yang kuat membuatkan masalah jerawat anda kekal bermasalah.

Ini yang paling susah sebenarnya, kerana dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan pemakanan yang sihat mampu juga merawat masalah jerawat.

Disebabkan banyak antara kita yang masih lagi makan dengan apa yang nak dimakan, buat dengan apa sahaja yang kita nak buat buatkan( tidur tak cukup contohnya), idea untuk merubah cara hidup yang lebih baik agak sukar untuk antara kita lakukan. Seperti contoh, tahu tidak mereka yang berkulit yang cerah digalakkan untuk pakai sun block bila keluar dari rumah.

Tapi berapa ramai yang buat? Mesti ada yang buat, dan mesti memang ramai yang tak buat.

Tak perlu salah mereka yang tak buat pun, sebab penulis sendiri pun rasa itu menyusahkan.

Dan kadang kadang, mesti akan timbul tak puas hati yang muka kita cerah perlu pakai sunblock sebab jerawat, sedangkan ada antara kawan kawan kita yang juga mukanya cerah tak ada pula jerawatnya kan.

Justeru itu, rata rata antara kita lebih cenderung menggunakan produk produk untuk membantu menghilangkan jerawat dengan lebih mudah.

Stress juga dikatakan antara punca kuat akan tumbuh jerawat. Maka, cara pengurusan diri anda kepada yang lebih sihat, pastikan akan membantu masalah jerawat anda.

Jika nak dinamakan, mencecah puluhan brand yang boleh dipakai oleh seseorang yang menghadapi masalah jerawat. Itu tak termasuk dengan berapa pula jenis produk nya

Bila bercakap mengenai produk untuk menghilangkan jerawat, kebiasaannya ada 5 jenis yang harganya semakin mahal:

1. Beli sahaja pencuci muka dalam 4 5 ringgit di Tesco dan guna sehari hari

2. Dapatkan set lengkap seperti contoh Mary Kay yang biasa kita dengar dengar. Product dalam 200 ke 300 ringgit

3. Buat rawatan facial yang ringan ringan contohnya, masih lagi menggunakan atau tidak 2 jenis produk di atas, tapi akan kerap datang untuk buat rawatan muka.

4. Buat rawatan secara ekslusif seperti contoh di New York Skin Solution, perbelanjaan keseluruhan dalam lingkungan rm 6000 ringgit. Kemungkinan lebih lagi, sebab akan ada beberapa peringkat, pertama untuk buang jerawat, dan rawatan colagen untuk dapatkan structure kulit pulih dengan elok. KATANYALAH

5. Rujuk kepada pakar kulit seperti contoh dermatology contohnya, di sini nanti, jumpa sahaja tanpa ambil sebarang ubat sudah mencecah RM 80. Produk akan sampai dalam 400 500 ringgit. Kemungkinan juga akan dicadangkan untuk buat rawatan laser yang mencecah dalam linkungan RM 250 untuk satu satu sesi.

Dan apakah cara terbaik?

Sudah pasti 4 dan 5. Kerana anda merujuk kepada pakar kulit. Tapi bersedia sahaja dengan duitnya.

Ada juga yang hanya menggunakan langkah pertama sahaja pun sudah cukup. Beli sahaja produk seperti Safi balqis contohnya dalam 4 5 ringgit.

Bergantung kepada jenis dan tahap serius masalah jerawat anda. Ada yang boleh selesai, ada yang tak.

Ada juga yang kalau dibiarkan akan hilang juga, disebabkan memang faktor hormon.

Tapi product yang bukan lah terbaik, tapi di percayai sesuai ialah yang bersifat set lengkap. Tak kesah lah kalau anda nak beli satu per satu item sekali pun. Yang pasti biar ia satu set lengkap.

Yang dimaksudkan set lengkap ialah yang ada semua kelengkapan seperti dibawah ini:

1. Pencuci muka
2. Pelembap muka
3. toner
4. Cream ( ada juga yang cream siang dan malam )

Sebab? Sebab kulit sensitif, setiap apa yang berlaku di kelilingnya mempengaruhi tindak balas kesihatan kulit anda.

Contoh kalau anda guna product pencuci muka sahaja di idea pertama tadi, kemungkinan besar kulit muka anda akan kering kerana setiap hari anda basuh begitu.( bukan semua orang begini )

Sedangkan air biasa yang anda guna untuk basuh muka setiap kali rasa muka berminyak pun akan menyebabkan kulit kering.

Bila sudah kulit kering, gatal gatal di muka, anda pun garu. Mesti akan naik jerawat sebab bersentuhan dengan kuman di jari.

Itu sebab anda perlukan 4 peringkat pemulihan di atas.

Pertama, cuci muka daripada segala kotoran
Kedua, anda gunakan toner.
Ketiga, tambah pelembap untuk merawat muka, baik untuk waktu malam
Keempat, jika waktu pagi, anda dinasihatkan memakai sun block untuk menghalang daripada sinaran UV yang biasa dicakapkan.

Maka product yang bersifat set lengkap adalah yang terbaik untuk anda cuba.

Produk apa pula yang paling baik?

Jawapannya. Bukan senang.

Yang New York Skin Solution itu pun ada juga report di internet ni mengatakan program tu tak menjadi.

Pendek kata, product tersebut mesti juga sesuai dengan tindak balas kulit anda.

Kerana ia belum tentu.

Untuk mudah, sebelum anda belanja raturan ringgit untuk beli product lengkap, dapatkan sample dan guna dalam 2 minggu untuk lihat perubahannya. Itu pun kalau ada sample.

Kalau kulit yang berjerawat hidup, mungkin boleh akan bantu. Tapi yang masalah whitehead kemungkinan besar ia akan agak degil sikit.

Di sini, kami list kan beberapa product yang biasa menjadi pilihan orang ramai di Malaysia. Jangan jadikan kawan kawan anda di US untuk pemilihan produk, sebab cuaca nya sudah berbeza.

Mary Kay – product ini antara yang paling popular di kalangan kita. Ya, ada yang membantu. Ada juga yang hanya peringkat pertama sahaja. Dan mungkin juga ada yang tiada langsung kesan. Mary Kay tiada sample. Jadi anda terpaksa beli terus harga asal.

Disclamer – Kami dari Segala Macam Caram SMC Team langsung tidak menerima sebarang imbuhan dari Mary Kay untuk memuji product mereka. Ini adalah pengalaman dari penulis sendiri dan di kalangan adik beradik yang lain.

Shaklee – Ada jua pengguna shaklee yang berhasil, tapi mesti jaga pengambilan air.

Loreal dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diperkatakan tadi. Ia masih lagi bergantung kepada tindak balas kulit anda.

Cara tambahan lain yang dapat membantu ialah dengan menggunakan steamer.

Contoh Pengunaan Steamer

Steamer memang banyak digunakan oleh pakar pakar kulit seperti contoh Ney york skin solutions sendiri.

Hilangkan jerawat anda menggunakan teknik traditional

Untuk menggunakan cara traditional bagi menghilangkan jerawat anda ada baik dan buruknya.

Baiknya ialah ia “dikatakan” lebih selamat, berbanding dengan bahan kimia.

Yang buruknya pula ialah resultnya pasti lambat. Dan kebanyakannya rekomen daripada mereka yang mengatakan sesetangah cara traditional untuk menghilangkan jerawat ini tiada saintifik proven.

Seperti contoh. Terlampau ramai mengatakan yang bawang putih dikatakan boleh membantu menghilangkan bengkak dan jerawat.

Percaya tidak kalau di biarkan lama akan buatkan kulit anda seperti melecur dibakar esoknya.

Tapi berapa banyak article yang nasihatkan supaya jangan letak bawang putih terlalu lama?

Boleh kata 100% tiada, rata rata mereka hanya mencadangkan tanpa ada usul periksa.

Di sini, kami berikan anda pencerahan ekslusif khas untuk mereka yang menggunakan bawang putih untuk menghilangkan bengkak, dan esoknya kulit sudah melecur.

Comments

comments

Comments(5)

  1. May 3, 2016
    • May 4, 2016
      • January 22, 2017
  2. January 22, 2017
  3. April 13, 2017

Leave a Comment