Cara Hilangkan Double Chin(Dagu Berlapis)

Double chin atau dagu berlapis besar kemungkinan berpunca daripada pemakanan dan berat badan yang makin meningkat.

Bila lemak yang terkumpul di bahagian keliling leher tu sudah berlebihan, memang masalah double chin ni akan jadi. Selain daripada berat badan yang naik, masalah factor umur juga boleh juga buatkan dagu jadi dua kata setengah orang tu.

Tapi kalau dan berumur, tiada masalah lah kan. Redha jer.

Cuma kalau yang masih muda, atau ada masalah obes, memang perlu buat sesuatu.

Ada juga kes yang tak besar mana pun badannya, tapi ada juga double chin ni sikit sikit. Kalau kes yang ini, post ini memang tersangat sesuai untuk anda.

Mana yang punya masalah obes pula, mungkin anda perlu baca post ini, dan juga teknik untuk kuruskan berat badan anda.

Senaman untuk Hilangkan Double Chin

Untuk buang lemak pada bahagian dagu anda, mestilah mengamalkan 4 perkara.

  1. Pemakanan, kurangkan makanan yang mengandungi sodium
  2. Minum air pada kadar yang secukupnya
  3. Dan buat senaman yang akan kami kongsikan di bawah.

Bagaimana pula dengan senaman? kalau memang anda focus untuk hilangkan double chin sahaja, rasanya tak perlu sebab insyaAllah akan ada perubahan juga nanti dalam tempoh 1 minggu hingga ke 2 minggu.

Tapi kalau anda ada masalah berat badan, ada baiknya kalau buat sedikit kardio untuk aktifkan pusingan darah dan buang lemak lemak bahagian lain juga, dalam erti kata lain, usaha untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Untuk pemakanan, minum air pada kadar yang cukupnya, sila baca huraian terbaik kami di cara untuk kuruskan pipi tembam sana, sebab kami akan beri focus pada senamannya sahaja di sini. Begitu juga dengan masalah lain seperti cara untuk dapatkan jaw line, cara nak buang lemak di kening yang akan buatkan mata anda mengecil dan juga, cara untuk buang kedutan pada dahi yang berkerut tu.

Pastikan anda baca post utama pipi tembam dahulu ya…

Baiklah, seperti biasa, sebelum kami share cara senamannya, kami bagi tahu juga senaman ini melibatkan otot yang mana.

Otot yang terlibat ialah :

  1. Mentalis
  2. Platysma
  3. Dan sternocleidomastoid

Mentalis berkedudukan seperti image bawah ini, di bahagian bawah bibir.

Antara fungsinya, ialah untuk membuat reaksi ‘pout’, atau dalam yang biasa kita lihat baby buat pada bibirnya bila tengah ‘jebik’ – seakan akan mahu menangis atau merajuk.

Bibir bawahnya kehadapan sikit kan, jadi itu lah yang dimaksudkan dengan pout tadi.

Anda juga boleh perasan di bahagian ini kita boleh kerut kerut kan ia, yang kita kerutkan itulah mentalis.

Kalau tak silap, sebab ia dinamakan mentalis juga berpunca daripada reaksi muka yang boleh dibentuk tadi.

kedudukan mentalis muka

https://en.wikipedia.org/wiki/Mentalis

http://tonguethrusts.weebly.com/oral-myofunctional-therapy.html

Platysma pula ialah bahagian di bawah leher, agak besar juga, bahagian ini meliputi otot ketiga yang akan kita kongsikan selepas ini, iaitu sternocleidomastoid.

Di bawah, merupakan kedudukan platysma hasil fungsi daripada inner body

kedudukan platysma muka

Seterusnya ialah sternocleidomastoid.

Tak perlu usaha pula nak baca sternocleidomastoid tu. Saya sendiri pun tak baca. Dengan tak biasa lihatnya lagi kan.

Tapi di bahagian leher, anda pasti perasan dengan otot yang timbul bila kita melihat ke tepi.

Seperti contoh image di bawah.

urat senaman muka

Itu lah dia, sternocleidomastoid.

Dan senaman yang akan dilakukan akan mengenakan daya pada 3 otot utama ini.

Cara senaman untuk hilangkan double chin

Di bawah merupakan animasi bahagian mana yang terlibat :

bahagian senaman double chin

Kelebihan lain : Dengan mengamalkan senaman ini, anda juga boleh dapatkan bentuk wajah V pada dagu anda tu. Apa yang biasa orang panggil jaw line juga tu…

Untuk buat senamannya mudah sahaja.

Hanya perlu kan satu step sahaja yang diulang sebanyak 10 kali. Berbanding dengan untuk kempiskan pipi tembam, perlukan sampai 3 bahagian kena buat kan.

So, harap harapnya teknik ni senang di buat hari hari…

Langkah 1

Dongak ke atas dengan semaksimum yang boleh

Langkah 2

Selepas anda dongak ke atas semampu yang boleh, cuba buka mulut dan tutup semula perlahan lahan. Ulang sebanyak 10 kali…

Di bawah adalah animasinya:

senaman untuk dagu berlapis

Warning

Yang paling penting, pastikan anda dongak ke atas semampu boleh. Yang paling maksimum.

Dan tutup mulut secara perlahan lahan, untuk anda betul betul dapatkan rasa tegangan di bahagian leher dan bawah dagu.

Bahagian yang paling mudah terasa tegang ialah di leher, dan di bawah dagu pula mungkin perlu lebih lama sikit untuk anda rasa contractionnya.

Comments

comments

Leave a Comment