Cara Hilangkan Ulser Di Kerongkong/Tekak

Article tajuk “Hilangkan Ulcer” yang sebelum ni adalah lebih kepada ulcer yang berlaku di kawasan mulut. Seperti macam lidah, bibir, celah celah gusi macam tu. Mudah sahaja nak sapukan ubat kawasan ni, sebab jari kita boleh capai. Tapi untuk di kawasan kerongkong macam mana pula? Saya sendiri pernah ada ulcer betul betul kat tepi anak tekak yang tergantung tu. Masa tu punya lah takut, kalau terputus apa lah jadi, bisu ke agaknya.

So dalam post article ini, saya akan cover ubat yang jenis macam pula untuk ulcer yang dibahagian tekak.

Untuk ingatan anda juga kalau yang ulser tahap serious besarnya di lidah, tidak sesuai untuk jadikan post tersebut sebagai rujukan. Mahupun post yang saya akan share yang sekarang ni di sini.

Sebab untuk kes ulcer yang saya kena ni lebih kecil, minor sahaja.

Kalau post yang sudah tentang ulcer di mulut, saya ada rekemen gunakan bonjela.

Tapi untuk masukkan jari sampai ke tekak, lagipun mesti lah rasa terbatuk atau nak termuntah kan. Jadi bukan semua orang boleh buat. Tapi saya selamba je pernah buat. Sebab dah tension sangat, lagi pula risau sebab takut anak tekak tercabut.

So, andai kata anda memang mampu dan boleh letak.

Kiranya, cuba dahulu masuk jari tu sampai ke kerongkong.

Kalau Tak Boleh Bonjela, Guna Lagi Satu Ubat Ni.

Kalau boleh capai, Alhamdullilah. MUDAH sikit, sebab ubat yang akan saya rekemen lagi satu ni tak berapa kuat sangat berbanding bonjela.

Kalau tak silap, andai kata saya letak bonjela, insyaAllah dalam 3 hari kot boleh sembuh. Lupa dah sebab saya dah lama tak kena ulcer ni. Dulu masa duduk Ipoh memang selalu. Sekarang saya duduk Kedah.

Untuk ubat yang tak berapa nak kuat ni, banyak kali juga saya terpaksa beli satu papan lagi.

Satu papan dalam 6 biji, dan setiap sepapan harga sampai nak RM 10.

Dan nama ubat tersebut ialah ‘saya lupa’ ( kalau ada permintaan saya akan pergi ke klinik itu semula dan snap pic untuk anda. Sila tinggalkan komen atau hubungi ya.)

Update 27 July 2016, 6 18 petang..

Saya baru balik farmasi tanyakan ubat tu. Namanya Difflam, ubat dari UK ni.

Gambarnya

ubat sakit kerongkong

Kalau tengok kat situ harga RM 18, untuk satu kotak.

Tapi kalau keluarkan, satu papan dalam 10 ringgit, tapi farmasi ni RM 9 katanya..

Ini gambarnya..

ubat sakit kerongkong ulcer

Ini pula lokasi Farmasi yang saya pergi tadi tu. Untuk Area Kulim Hi Tech lah yer, tapi mana mana pun senang je nak jumpa ubat ni.

Ini ubat hisap. Bila sudah habis, cukup 3 jam atau 4 jam, ( anda perlu rujuk farmasi yang berdekatan semula untuk tempohnya ) Bila sudah cukup 3 jam, anda kena hisap semula.

Sepanjang pengalaman saya, hanya satu sahaja saya beli satu papan yang cukup sampai sihat.

Selain tu, beli sampai 2 papan baru lega ( total dalam RM 20 )

Tu sebab, biasanya saya memang guna Bonjela sahaja, dan cuba juga capai sampai ke tekak walau macamana pun.

***tadi masa saya sembang dengan farmasi tu, gayanya ubat ni bukan memang untuk sakit ulcer, tapi lebih kepada sakit luka di kerongkong. Macam sore throat gitu. Tapi tu lah, Ulcer pun luka luka juga. So lebih kurang lah.

Mungkin itu sebab perlukan sampai 2 papan saya hari tu..

Selain daripada Difflam ni….

Ada ubat lain tak? Ada. Ubat daripada klinik kerajaan.

Tapi saya tak pernah tengok.

Sebab masa tu, macam biasa lepas kita jumpa doktor. Akan pergi farmasi ambil ubat kan, dan pergi doktor semula untuk ambil MC.

Saya pergi jumpa doktor semula untuk ambil MC dan bagi tahu ubat ulcer yang dia suruh ambil tu sudah habis kat farmasi.

Saya percaya ubat tu boleh bantu.

Sebab ubat klinik kerajaan ni contoh macam ubat batuk memang ok jugak lah.

Tapi tu lah, sorry saya tak tahu.

Nak pergi klinik kerajaan agak jauh dari rumah saya. So saya malas.

Even ubat ‘saya lupa’ ni pun, doktor tu yang rekemen lepas stock ubat farmasi tu habis.

Itu sahaja.

Jangan lupa, post ini untuk ulcer di kawasan tekak sahaja, kalau di mulut, anda boleh baca article yang saya buat khas untuk ulcer di kawasan mulut ni.

Akhir kata, kalau boleh capai gun Bonjela, baik guna bonjela. Lebih power.

Apa apa pun, tq semua..

Comments

comments

Comments(7)

  1. June 25, 2016
    • July 17, 2016
  2. June 30, 2016
    • July 17, 2016
  3. July 27, 2016
    • July 27, 2016
    • July 27, 2016

Leave a Comment