Nak Tahu Cara Kuruskan Badan? Kenal Defisit Kalori Dahulu

Straighforward explanation.

Kalau nak turunkan berat badan, anda mesti tahu apa itu kalori defisit.

Tak kesahlah diet atkin ataupun diet seimbang, ataupun deit ketogenic sekali pun.

Walaupun cara dietnya berlainan, tapi konsepnya adalah tetap sama dengan mendapatkan kalori defisit.

Dan InsyaAllah, dalam post ini. Kami akan kongsikan apakah yang dimaksudkan dengannya.

Makan Pada Kadar Yang Perlu Sahaja

bagaimana nak kurus

Untuk kuruskan berat badan, ada yang mengatakan anda perlu bersenam dengan melakukan senaman kardio.

Dan senaman kardio yang paling popular ialah JOGGING

Boleh ke tidak jogging turunkan berat badan ni?

Nak kata boleh pun tak betul juga, nak kata tak boleh, salah pula.

Tapi kalau nak diikutkan dengan melakukan jogging atau aktiviti kardio yang lain, ia hanya membantu atau support untuk anda buangkan lemak sahaja.

Kenapa Support?

Bila kami sebut kardio hanya support sahaja, adakah bermaksud ada lagi perkara yang paling utama untuk turunkan berat badan?

Jawapannya, memang ada. Iaitu pemakanan anda.

Kalau anda tak control makan anda, senam macam mana pun, berat anda tidak akan turun.

Kalau Nak Kurus, tapi Makan Masih Lagi Macam Semalam…sia sia sahaja.

Ya, kalau anda nak kurus, tapi masih lagi mengamalkan cara pemakanan yang macam anda lakukan sebelum sebelum ni.

Sia sia sahaja.

Itu sebab, istilah Kalori Defisit come to the rescue.

Kalori Defisit ialah kadar pemakanan yang kurang daripada sepatutnya dalam sehari.

Seperti contoh, katakan badan anda perlukan 2500 kalori dalam sehari.

Tapi anda makan hanya 2000 kalori, yang membawa maksud anda telah mendapatkan 500 kalori deficit.

So itu dia, untuk kurus.

Makanan yang diambil mesti lah tidak lebih daripada kadar kalori badan yang perlu.

Kalau lebih, anda tidak dapat hasikan kalori defisit yang kita inginkan tadi. Malah, akan lebih bertambah gemuk..

Cara Kira Kalori Yang Diperlukan

Untuk keperluan kalori setiap individu adalah berbeza.

Antara faktor yang menjadi perbezaan ialah, jantina, umur,berat, tinggi dan peringkat aktif setiap hari.

Tak perlulah tahu rumusnya, anda hanya perlukan calculator daripada SUSUSejat ini. Scroll down bawah sekali. Anda akan nampak calculator seperti di bawah..

cara kira kalori

Contoh pengiraan di atas, purata kalori yang diperlukan ialah 2328 kcal.

Bermaksud, dalam sehari jangan lebih makan makanan yang lebih daripada nilai 2328 kcal ini untuk dapatkan kalori defisit dan seterusnya berat akan turun.

Kalau lebih, contoh 2600 kcal. Berat anda akan naik.

Peringatan!!! Baca perlahan perlahan sikit lepas ni….

 

Kalau makan lebih daripada sepatutnya, berat anda akan naik. Manakala kalau makan kurang daripada sepatutnya, berat anda akan turun.

Baiklah,

Sekarang, anda sudah tahu, untuk kuruskan badan, anda mesti dapatkan nilai kalori defisit.

Dan nilai kalori defisit pula ditentukan hasil daripada jumlah kalori yang diperlukan. Seperti atas, anda perlukan makanan yang tidak sampai melebihi 2328 kcal untuk kurus.

Seperti contoh, anda hanya ambil 2000 kcal sahaja, defisit = 328 kcal.

Dan di atas tadi, ada disebutkan yang jogging atau senaman kardio yang lain hanya bersifat sebagai pembantu sahaja.

Mengikut senarai kalori yang kami list kan, dalam 30 minit anda boleh bakar sebanyak 240 kalori apabila berjogging.

Yang bermaksud :

2328 – 328 ( kalori defisit ) – 240 ( Jogging = supporter) = 1760 kcal ( contoh kasar )

Seperti yang anda lihat, jogging akan membantu anda lagi.

Mungkin ada yang terfikir juga, kalau nak diikutkan boleh sahaja makan jumlah kalori yang biasa, tapi buat senaman atau apa sahaja sukan yang sampai mencecah 328 ( kalori defisit ) + 240 ( jogging ).

Tapi, masalahnya boleh tidak anda lagi lebih dari 1 jam setiap hari? kerana purata 240 kalori yang terbakar dari jogging adalah hanya dalam 30 minit.

Maka, itu sebab, anda mesti beri tumpuan kepada pemakanan dahulu.

Dapatkan senarai 80 senaman kardio yang kami listkan untuk anda.

Persoalannya sekarang, bagaimana pula cara untuk tentukan jumlah kalori dalam setiap makanan?

Caranya hanya perlu ambil berat dengan apa yang anda makan, iaitu tahu baca label pada setiap makanan.

Dan dapatkan senarai karbohidrat dalam makanan di sini.

Dalam senarai itu, anda akan tahu berapa banyak karbohidrat dalam nasi, bihun dan sebagainya.

 

Dari tadi kami cakap kalori, tiba tiba cakap karbohidrat pula. Tak mengapa, nanti kami ceritakan di dalam panduan itu juga.

Apa pula seterusnya?

Untuk seterusnya lebih mudah sebab anda sudah faham punca utama untuk kurus iaitu makan tidak melebihi daripada sepatutnya.

Seperti di atas, jangan makan lebih daripada 2328 kcal untuk kurus. Kalau lebih, makin gemuk lah anda.

Diet Atkin adalah antara program diet yang popular di Malaysia. Ramai yang telah berjaya, focus diet atkin ialah mengurangkan pengambilan makanan yang menggemokkkan pada tahap yang paling pasti akan kurus.

Anda boleh baca pengenalan diet atkin(right click open new tab) untuk lebih lanjut, dan jangan lupa dapatkan panduan ringkas ebook diet atkin di sana juga.

Dalam ebook itu, kami kongsikan bagaimana diet atkin boleh bantu dan paksa untuk berat badan turun.

Selepas baca pengenalan diet atkin tersebut, anda mungkin nak tahu juga. Selain jogging, apa pula senaman kardio yang lebih banyak bakar kalori berbandingnya.

Ya, kita dari dulu mungkin tahu jogging sahaja. Sedangkan ada juga senaman kardio lain yang lebih berkuasa dari hanya jogging. Bagus juga kan, supaya tak boring buat aktiviti yang sama sahaja.

Baca Sukan Yang Lebih Bakar Kalori Daripada Jogging.

Comments

comments

Leave a Comment