Cara Memilih Tuala Wanita

Cara Menentukan Tuala Wanita Yang Baik

tuala wanita

Punyalah banyak tuala wanita yang ada di pasaran.

Setiap brand ini juga pula datang dari pelbagai jenis dan saiz untuk dipilih.

Berikut adalah antara brand tuala wanita yang agak agak di kenali di Malaysia, sila vote pilihan anda.

  1. Kotex ( barang Israel )
  2. Libresse
  3. Luorier
  4. Intimate
  5. Lexee

Dan berikut pula merupakan tuala wanita yang agak kurang popular di pasaran.

  1. Airiz ( wawarosli.blogspot.com )

Persoalannya….

Bagaimana cara untuk memilihnya?

Tuala wanita dipilih berdasarkan factor yang mempengaruhi aktiviti, keadaan yang anda alami dan bahan pembuatannya.

Kalau nak ditafsirkan dengan lebih tepat mungkin lebih panjang lagi, namun untuk secara umumnya cukup lah kita tahu apa aktiviti yang kita ingin lakukan seperti bersukan contohnya berbanding dengan aktiviti yang duduk sahaja. Sudah pasti jenis dan bentuk tuala wanita akan lain sikit.

Juga dengan yang dimaksudkan dengan ‘keadaan yang dialami’ adalah lebih kepada kadar buangan darah haid anda sama ada di peringkat yang banyak atau sudah pun berkurangan.

Dan yang terakhir ialah bahan pembuatan produk itu sendiri, kerana sekarang ni sudah banyak yang tolong sebarkan yang tuala wanita yang hasil daripada kitar semula kertas akan mengakibatkan kanser serviks bagi wanita. Dan bahan yang terbaik adalah daripada unsur kapas, yang bukan sahaja lebih bersih dari bahan kimia yang tercemar malah penyerapannya adalah lebih baik.

Untuk lebih mudah anda fahami dalam membuat penialaian yang lebih baik, berikut merupakan situasi yang mungkin mempengaruhi pemilihan tuala wanita anda.

  1. Period yang bermula di peringkat awal
  2. Period yang bermula di peringkat akhir
  3. Tuala wanita yang sesuai semasa tidur
  4. Tuala wanita yang sesuai semasa membuat aktiviti seperti bersukan
  5. Saiz, bentuk badan dan aliran period anda.
  6. kekuatan tahap serapan yang baik

Sebelum kita pergi kepada penerangan lebih letak mengenai apa yang dimaksudkan oleh Slim, Maxi dan Overnight suka untuk kami  kongsikan 3 ciri ciri utama tuala wanita yang terbaik untuk anda.

Jenis Jenis Tuala Wanita Yang Bagus

3 faktor utama :

  1. Kadar penyerapan
  2. Length dan Flow / Saiz
  3. Jenis Material yang digunakan

Dan untuk penerangannya pula kami rangkumkan sekali apa yang dimaksudkan dengan Slim, Maxi dan Overnight tadi.

Kadar Penyerapan

Faktor ini lebih kepada ketebalan tuala wanita itu sendiri yang ada dalam 3 peringkat:

Slim

Maxi

Overnight

Ketebalan peringkat Maxi sesuai digunakan untuk aliran yang banyak. Namun ada juga yang menggunakan ketebalan slim kerana ia lebih selesa. Bergantung kepada individu.

Overnight

Tuala wanita yang jenis ini ia lebih memfokus kepada period yang banyak atau heavy flow (darah haid keluar banyak). Maka ia lebih sesuai digunakan pada waktu malam sewaktu anda sedang tidur atau pada masa yang buangan anda tengah banyak.

Merujuk kepada article di kotex, seeloknya pad mestilah ditukar dalam tempoh 4 hingga 6 jam untuk mengelakkan bacteria mula aktif.

Seperti apa yang anda lihat di atas, tuala wanita mempunyai pelbagai jenis category, setiap category pula dipengaruhi dengan kondisi si pemakai, begitu juga dengan saiz dan paras si pemakai.

Fungsi Wing pada Tuala Wanita

Wing dan None wing – atau pelekat dibahagian kiri dan kanan

Tujuan wing ini adalah supaya dapat mencegah daripada kebocoran dengan lebih baik dan juga supaya ia tidak mudah bergerak. Terutamanya bagi mereka yang menunggang motosikal.

Bila Masa Untuk Tukar Tuala Wanita?

Tuala wanita juga seeloknya ditukar setiap 4 jam sekali. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada kadar buangan anda. 4 jam ini dikira sebagai indicator kalau kira kira untuk bacteria mula bersifat aktif.

Antara panduan terbaik untuk penggunaan tuala wanita ialah yang di catat oleh Syafiyyah.

Anda boleh luangkan masa untuk mengetahuinya di sana dengan lebih detail.

Pendapat peribadi dan juga testimoni daripada ramai pihak mengatakan Kotex tidak berapa selesa.

Tuala Wanita Yang Selamat Di Pakai

Sukar untuk kita ketahui bagaimana pembuatan tuala wanita itu dibuat dengan terperinci, kerana takut takut ia ada menggunakan material recyle yang mengikut catatan Sinar Harian, ia akan membuatkan penyakit kanser serviks akan berlaku.

Anda boleh baca petikan dari Sinar Harian ini untuk rujukan bahan pembuatan dan tips memakainya dengan lebih baik penjelasannya.

Ia adalah karangan daripada Dr Mardiana Kipli, Pakar Obstetriks dan Ginekologi Hospital Umum Sarawak, Pensyarah Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Dr Mardiana Kipli

Dr Mardiana Kipli

Menurut Dr Mardiana juga, masih tiada lagi rekod kanser serviks berpunca daripada penggunaan tuala wanita pad jenis moden lagi. Anda boleh baca catatannya di Tuala Wanita dan Kanser Serviks: Mitos atau Fakta? untuk maklumat lanjut.

Nak sihat memang kena peruntukkan masa sedikit. Maka, luas kan pengetahuan anda, bukan untuk kesihatan orang lain tapi diri anda sendiri juga.

Update:

Article daripada Solehahkahaku.blogspot.my( tuala wanita period panties dan Tampon ) memberikan informasi terperinci tentang pengguanaan tuala wanita dan juga pilihan yang lain. Mungkin kalau anda masa lagi 2 3 minit untuk luangkan baca di sana. Di luar negara ramai juga yang menggunakan Tampon untuk menghentikan darah haid tapi di Malaysia, mungkin penggunaannya masih lagi di tahap yang sangat minimal.

Mungkin darisegi cara ia digunakan, pad atau tuala wanita yang biasa digunakan juga tidak sesuai untuk aktiviti berenang, maka kemungkinan tiada tuala wanita untuk berenang, kecuali jika anda gunakan Tampon.

APA PENDAPAT ANDA?

Comments

comments

Leave a Comment