Cara Mengatasi Insomnia(Mulakan dengan 4 Ini Dahulu)

Atasi Masalah Susah Tidur Anda atau Insomnia

Insomnia bukan lah satu suatu penyakit. Tapi lebih kepada tingkah laku, (untuk jenis masalah normal atau kes biasa)

Atau pun lebih tepat lagi, kegagalan anda mengawal tubuh badan anda.

cara mengatasi insomnia

“Kat rumah bila betul masa untuk tidur tak boleh tidur, kat tempat keja senang pula”

Pernah tak dengar,

Katakan kalau anda set jam untuk bangun pukul 6 pagi, selang beberapa hari anda lakukan rutin yang sama. Set jam pukul 6 untuk bangun.

Tapi lama kelamaan anda akan terbangun sebelum 6 jam pagi lagi.

Ibarat tubuh anda sudah terbiasa dengan aktiviti begitu.

Tao kah kenapa ini boleh berlaku?

Mudah, sebab anda mampu kawal tubuh badan anda supaya bertindak lebih baik.

Anda mesti kawal, kalau tak tubuh badan anda akan react ikut cara malas sahaja.

Berbalik kepada Insomnia.

Kalau anda tak kawal, ia akan terus merosakkan tubuh badan anda.

Ditafsirkan, Insomnia adalah satu habit yang lambat hendak tidur malam. Ia bukan bersifat natural, dan juga bersifat pasti akan berlaku. Tapi sebaliknya, bergantung hampir sepenuhnya kepada cara anda mengawal tubuh badan anda.

Bila anda sudah kawal dengan baik, anda tak perlu pun monitornya setiap masa. Nanti lama kelamaan ia akan bertindak dengan sendiri. Yang akan jauh lebih baik.

Seperti apa yang berlaku di set jam pukul 6 tadi.

Mula mula anda kawal dengan set jam pukul 6. Anda maintain disiplin kan diri untuk terus kekal dan kerap bangun pada waktu yang sama.

Dan lama kelamaan anda tak perlukan jam itu lagi, sebab badan anda sudah bertindak sendiri.

Mengikut apa yang dikatakan oleh Help Guide.

Insomnia bukan hanya tertakluk kepada keupayaan anda untuk tidur awal sahaja, malah bila anda bangun pagi. Jika bangunnya anda tu, tapi masih lagi rasakan badan letih dan tak bermaya, ibarat tidak cukup tidur. Itu juga dikatakan Insomnia.

Disebabkan setiap individu memerlukan kadar tidur yang cukup, maka pakar define Insomnia sebagai “kuality semasa tidur anda”

Anda juga akan dikategorikan sebagai Insomnia anda kata anda perlukan ubat tidur setiap masa.

Dan bila anda bangun terlalu awal, dan tak boleh tidur kembali. Ia juga adalah insomnia.

Untuk mengawal tubuh badan anda supaya tidur pada waktu yang sepatutnya kami ada sertakan 4 tips di bawah untuk turuti. 4 tips ni bukan sekadar pandangan semata mata, ia adalah hasil pengalaman si penulis dan kajian kajian yang sebenar oleh pakar.

Jangan lupa juga, setiap statement kajian, mahupun maklumat yang memerlukan pengesahan fakta, kami akan sertakan juga link nya untuk anda refer maklumat tersebut lebih lanjut di website yang disertakan.

Ini penting supaya anda tidak menganggap blog Segala Macam Cara hanya cakap kosong semata mata. Setiap article yang dihasilkan adalah datang dari kenyataan pakar ( refer pada link yang kami sertakan) dan pengalaman yang mungkin tidak menjadi bagi sesetengah pihak. Tapi ia menjadi kepada kami 🙂

Untuk pengetahuan anda, kami juga akan menjemput pakar pakar kesihatan untuk jadi penyumbang article di sini supaya ia akan menjadi rujukan kepada kita semua rakyat di Malaysia dan Indonesian khasnya. Anda boleh baca dengan lanjut tentang SMC, dan motif dan visi kami dari Segala Macam Cara about page.

Berbalik kepada bagaimana mengatasi Insomnia tadi.

4 tips ini tidak perlulah dibuat semua, sebab setiap orang rutin hariannya lain lain. Tambah lagi mereka yang bekerja 12 jam waktu malam. Mungkin memerlukan penyelesaian dan pertolongan yang lebih detail.

Jadi pilihlah berdasarkan apa yang lebih penting dan mana satu yang terluang.

Tip Pertama – Jangan tidur petang

Tidur petang bukan sahaja akan buatkan malamnya anda segar malah ia juga tidak disaran dan dilarang sama sekali kerana ia boleh mengundang banyak penyakit.

Kadang kadang juga anda akan perasan yang setiap kali tidur petang pasti akan mimpi mimpi yang buruk.

Maka, elok lak bangun dan sembahyang secepat mungkin sebelum terlepas waktu.

Tip Kedua – Buat Aktiviti Siang Hari

Kebiasaannya, untuk paling senang tidur ialah anda mesti penat dan letih akan sesuatu. Kalau anda segar, badan masih lagi bertenaga, macam mana pula nak tidur? Maka, kalau anda letih, pasti akan mudah tidur. Jangan lepas sembahyang Maghrib dan Isyak sudah.

Tip Ketiga – Badan sahaja berehat, tapi otak?

Ramai yang tak sedar ni.

Sebab itu, bagi kami faktor ini yang paling penting, yang berlaku banyak kali antara kita. Kami tiada statistik untuk ini, tapi mengikut pengamatan, faktor ini antara yang paling ramai rasa ia berlaku tapi masih lagi ramai yang tak rasa puncanya,

Iaitu otak yang masih lagi tidak rehat.

Anda mungkin penat, mata ngantuk. Anda sudah baring. Tapi selepas berejam masih lagi tak lena?

Sebab? anda hanya rehatkan badan sahaja, bukan minda. Anda masih lagi buatkan otak anda memikirkan sesuatu. itu sebab tak boleh tidur. Tambah lagi kalau, minda anda lebih fikirkan, “bila lah nak tidur ni”. Yang sebenarnya, buatkan otak anda semakin aktif berfungsi.

Tenang kan fikiran. insyaAllah boleh tidur. Jangan rasa cemas atau ada masalah emosi.

Macam apa yang anda lihat pada Mr Bean, dia tak boleh tidur. Lastnya kira berapa ekor kambing sampai pemikirannya penat. Mr Bean, tenangkan fikiran dengan memilih jalan untuk kira berapa ekor kambing kan.

Motifnya sama, untuk tenangkan fikiran.

Bantuan daripada alunan musik.

Yang bukan Islam jadi lari dulu, kami ada berikan musik musik yang bukan alunan Islam juga untuk anda dengar di bawah.

Untuk mula…zikir untuk orang Islam dahulu.

Sebagai orang Islam, apa lagi yang tak akan tenang kalau dengar musik musik zikir.

Mungkin ada yang rasa ini idea lama, biasa orang cakap. Tak pa, dengar dahulu.

Try 2 3 kali dahulu. Dan nantikan kejayaannya 🙂

Antara video terbaik yang penulis sendiri gunakan ialah Istighfar Album Munajat Sufi dan Zikir Munajat Hilang Stress.

Dan bila kami belek belek dan review video Youtube yang lain.

Ada juga video video yang bagus juga kalau dijadikan antara pilihan anda.

iaitu, Zikir penenang jiwa hati gelisah dan Zikir Penenang Hati

4 video di atas bukan lah tak sesuai untuk didengarkan oleh Orang Bukan Islam.

Tiada masalahnya, anggap sahaja video tersebut sebagai pencetus untuk berasa lebih tenang sahaja 🙂

Walaubagaimanapun,

Jika anda masih rasa tidak selesa atau sangsi.

Anda boleh dengarkan video video di bawah, video musik ini bukan yang pasti akan membantu anda, kerana kami tiada pengalaman lansung dengan video ini. Hanya dengar video di atas sahaja.

Tapi ini adalah yang terbaik untuk anda dengari.

8 hours – Relaxation Music for Stress Relief and Healing Meditation – video ni 8 jam, bukan mestinya kalau 8 jam untuk anda rasa lama sangat. Tak kesah pun lama bertahun pun, asalkan sempat cover untuk anda lena kan.

Mengikut daripada apa yang dapat daripada testimoni, banyak juga yang mengatakan video ini dapat membantu mereka beri ketenagan. Mungkin anda boleh cuba, perdengarkan dan beri feedback kepada kami.

Dan ini pula, daripada group yang sama iaitu Well Being Academy, Relaxation Music. Ratingnya lebih baik daripada yang 8 jam di atas. Tapi ia sejam pertama video di atas sahaja.

Tips terbaik untuk dengarkan alunan musik di atas:

  1. jangan pasang terlalu kuat, sederhana sahaja.
  2. pastikan anda aktifkan button “autoplay” di bahagian kanan atas sidebar youtube page anda. Supaya kalau video itu habis, ia akan sambung ke video yang lain pula. bagus juga untuk video video yang pendek macam 12 minit. Biasanya zikir untuk orang Islam, macam tu. Tapi ada juga yang lama.

Akhir kata, bagi mereka yang mencuba.

InsyaAllah, dalam sejam anda akan tidur.

Tip Keempat – Jangan makan lambat

Ini bukan berlaku kepada semua orang, bergantung juga.

Kalau anda makan sebelum untuk masuh tidur memang akan susah sikit.

Jadi, makan lah awal sedikit jauh jaraknya daripada waktu tidur.
Dan juga tidur yang sebaik sahaja anda makan buatkan berat badan naik juga. Terutamanya masalah perut buncit.

Sekali lagi, Insomnia lebih kepada kebolehan anda mengawal aktiviti harian anda.

Jangan terkejut jika anda yang mengenakan pijamas untuk waktu tidurnya. Sudah pasti pijamas tidak akan bantu apa apa secara fizikal untuk tidur.

Tapi secara mental, ia akan buat dan setkan minda anda untuk sudah tiba masanya waktu tidur.

Comments

comments

Leave a Comment