cara hilangkan sakit perut

Cara Menghilangkan Sakit Perut ( berangin bukan period )

Cara Mengatasi Sakit Perut Sampai Selesai, InsyaAllah

cara hilangkan sakit perut

Sebelum kita pergi lebih lanjut, perkongsian ini adalah untuk berkongsi penyakit sakit perut yang ada masalah angin sahaja.

Bukan sakit perut perempuan yang period, bukan juga sakit periut yang sedang hamil.

Sakit perut ini kebiasaannya anda akan berasa senak di bahagian kiri atas perut ( bulu hati ). Yang juga melibatkan cirit birit yang berlanjutan lebih daripada 10 kali. Muntah yang juga lebih daripada 10 kali.

Sekali lagi, ia adalah perkongsian ikhlas yang juga dialami oleh penulis.

Tujuannya adalah untuk berkongsi dan pastikan yang penyakit ini orang lain juga pun akan rasa, dan ia memang boleh diubati.

Sakit perut memang sangat terseksa, kadang kadang rasa macam lebih seksa rasanya berbanding dengan penyakit seperti demam.

Kalau demam akan rasa panas, antara cara paling cepat nak sembuh ialah pastikan kita berpeluh. Tutup kipas air con semua untuk kita berpeluh. Tapi masih lagi bergantung kepada jenis demamnya juga.

Tapi kalau masalah sakit perut senak cirit birit ni, jangan terkejut muntah dekat 20 kali, berak daripada yang najis normal untuk 2 3 kali, berak lagi najis jadi cirit birit untuk kali yang seterusnya sampai berak yang tiada apa lagi nak dikeluarkan. Air sahaja yang akan keluar. Tapi masih lagi rasa nak terberak.

Bila Sakit Perut Saya Bermula

Ok, masa ni mungkin ini kali pertama saya sakit perut.

Sebaik sahaja lepas puasa bulan Ramadhan, memang perut akan senang sakit. Sebab dia sudah lama tak dicemari dengan makanan, tapi elok sahaja habis Ramadhan semua benda bedal. itu sebab kita digalakkan untuk puasa 6. Selain daripada pahala yang dijanjikan, ia juga dapat membantu membiasakan semula dengan makanan yang setiap hari di ambil.

Kalau tak silap, saya sakit perut selepas maghrib macam tu. Dan bila sudah pukul 12 malam itu saat yang paling teruk. Sampai lah saya tertidor malam nya.

Dalam tempoh satu malam tu, memang ya saya ada muntah dalam 20 kali, berak pun lebih daripada 10 kali. Muntah daripada isi isi nasi, sampai jadi air sahaja. Berak daripada najis yang pejal, sampai cirit birit, jadi air juga.

Saya ingat lagi, masa tu saya berak dalam tandas untuk yang bahagian mandi. Biasalah duduk kampung, jamban bukan sekali dengan bilik air, jauh sikit. jadi memang time budak masa tu tersangat lah takut untuk pergi.

Jadi saya berak dalam tandas sahaja.

Pagi esok bila saya bangun, mungkin sebab terlalu banyak berak dan muntah, zat zat dalam badan sudah tak ada. Muka saya jadi pucat, ingat lagi pagi untuk saya mandi tu saya hampir pengsan dalam tandas. Sedar sedar dah ada kat lantai saja.

Mak perasan bila keluar tandas. Dan terus pergi klinik hospital.

Saya pergi Hospital Changkat Melintang di Parit.

Bila balik dari klinik saya hampir nak pengsan tepi jalan raya sebab tak ada tenaga. Sebabkan takut pitam tak tentu pasal tepi jalan raya, takut lagi kena langga ke apa. Saya duduk cangkung. Pakcik saya yang dah kat depan, patah balik terpaksa pimpin.

Selang beberapa lama saya ada lagi sakit perut untuk kali kedua dan ketiga.

Itu lah serba sedikit pengalaman sakit perut. memang perih. Tapi jangan risau, tak lama. Paling kuat akan ambil masa 3 hari, mengikut pengalaman saya lah.

3 jenis sakit perut yang saya pernah alami

Dalam pengalaman saya sakit perut ni, akan ada 3 jenis sakit perut yang saya pernah alami.

Jenis Pertama – yang paling terseksa

Iaitu apa yang saya cerita dekat atas tu. Perut sentiasa rasa memulas je. Senak dekat bahagian atas, saya tak pasti ini area bulu hati atau tak.

Bila berak, memang macam tu, akan banyak kali, muntah pun. Masa saya jumpa doktor, malu juga nak cakap yang berpuluh kali ni, tapi doktor tegaskan untuk cakap juga. Saya pun cakaplah berapa, doktor tak ada pun buat muka terkejut. Mungkin ia normal.

Jenis Kedua – terseksa juga yang ni.

Kalau kita sakit perut, mahu berak, mahu muntah. Itu akan buat kita rasa lega sikit tao sekejap. Walaupun tak lama mana pun. Tapi kalau yang jenis sakit perut, nak muntah tak boleh, nak kentut tak boleh, nak berak pun tak boleh.

Ini yang menyeksakan. Rasa sakitnya macam yang pertama tadi, senak. Tapi tu lah, tak boleh nak berak

Jenis Ketiga – Yang Cool

Jenis ini memang cool, rasa special pun ada. Rasa macam yang dibelakang ni dah macam bertukar jadi yang di depan pun ada.

Sebab? sebab saya lansung tak rasa sakit perut. Senak pun tak ada, Mungkin ada rasa kembung sikit. Tapi sakit perut lansung tak ada.

Tapi yang lagi pelek ialah akan terasa nak berak tapi hanya keluar air sahaja.

Bila minum air, memang tak tunggu lama. Kejap saja akan terasa untuk berak air. Ibarat dan macam bertukar pula pergi ke belakang.

Cara nak mengubati sakit perut yang jenis di atas

Sepanjang sekurang kurangnya 3 kali saya sakit perut di atas, biasanya saya makan ubat yang doktor sudah cukup untuk sihatkan dalam tempoh 2 hari. Mungkin kurang lagi. InsyaAllah.

Banyak juga jenis jenis ubatnya, mungkin sebab saya memang claim dengan kilang yang jadikan klinik tu sebagai panel. Biasa lah kan, time ini lah klinik tu nak buat untung.

Tapi alhamdullillah. Menjadi.

Saya lansung tak ada guna cara tradiotional atau apa, kalau ada yang rasa nak try mungkin boleh, tapi bagi saya yang dah penah rasa sakit perut ni. Tak payah, pergi sahaja jumpa doktor.

Nak jimat pergi klinik kerajaan. Jangan lupa bawa plastik kantung sudah, jenis ubat banyak. Klinik hospital pun kan tak bagi plastik 🙂

Tips Untuk Cepat Hilang Rasa Sakit Perut

Lagi cepat anda jumpa doktor lagi elok.

Kalau malam tu sakit, jangan lah tunggu esoknya.

Selain tu, kalau rasa sakit dan senak perut, elok lah di urut urut manja. Walaupun macam tak ada kesan apa apa untuk sembuh, tapi mungkin sebabkan perut tu di raba raba buatkan rasa macam lega sikit.

Adakah berurut boleh sembuh?

Macam saya cakap tadi, urut perut hanya untuk legakan sekejap sahaja.

Untuk pengalaman saya lah.

Minum air masam masam.

Untuk sakit perut yang jenis ke tiga tu, saya dah lupa rasa macam mana. Tapi bila saya minum air limau ais atau air masam masam akan buat kan rasa lega sikit.

Tapi saya rasa elok jangan minum apa, sebab selagi anda minum selagi tu lah anda dalam tandas.

Dari elok dengan sopan bertenggong, akan bersila kurang hajar punya.

Bertenggong memang nampak tak sopan, tapi time tengah buang itu lah paling afdal.

Bagaimana dengan pil pit che ke te un?

Ya saya memang ada try, tapi saya lupa sudah apa jadi.

Rasanya sesuai untuk sakit perut yang biasa biasa sahaja kot.

Mungkin boleh setel, tapi untuk yang serious seperti apa yang saya alami di atas. Saya tak rasa pil herba Cina ni boleh bantu.

itu sahaja.

Comments

comments

22 thoughts on “Cara Menghilangkan Sakit Perut ( berangin bukan period )”

  1. Waktu nak bangun sahur kan rasa sakit perut..tp pelik dy x nak berak ..last skli saya minum 100plus..cirit lepas tu..ni rasa mcm ada lg..tp x nak kluar..

  2. Salam Rahaima, ikutkan kata doktor macam normal..

    sekarang ni da lama sangat dah tak saya tak sakit perut. biasanya jadi lepas puasa. Sebab kita makan semua benda kan..balas dendam punya pasal…

  3. Assalamualaikum,Nama Sy Zahrin.Umur 11 Tahun.Sy Nak Tanya Sy Dekat 10 Kali Muntah Dan Berak.Tapi Ayah Saya Kata Nasi Lemak Kat Kantin Sekolah Sy Tu Bahaya.Lagipun Nasi Tu Sejuk.And Then Sy Kebulur Tak Dapat Makan&Minum.Kalau Tak Sy Muntah Dan Berak Air.Boleh Editor Fikir Jalan Selesai Tak?

    1. Walaikumsalam .. Kalau bg kes adik ni .. Bg aunty …better bawa makanan dari rumah .. Bawa bekal elakkan beli makanan di kantin ..

  4. Wasalam Dek Zahrin. Kecik kecik lagi dan pandai blog walking yer.

    Mula mula..kena pastikan sihat perut tu macam mana dahulu. jumpa doktor kalau masih lagi berlarutan.

    untuk makanan adik tu, memang terpaksa bawa bekalan lah pergi sekolah..nasi putih, tambah satu jenis lauk pun sudah cukup. Alas perut sahaja untuk setengah hari sekolah. balik tu hentam lah lagi.

    atau pun, kalau dah memang makanan sek tu problem, mengadu lah dekat cikgu . tapi kalau adek sorang yang sakit, yang lain tak. mungkin adek jenis sensitif sikit. kiranya, perut yang jenis tak berapa nak biawak

    ok?

  5. sy pon sakit Perot memulas da berlarutan hmpir seminggu ..sy xpergi klinik lg ..mlm ni jd blk huwaa sakit nya bila senak Perot tu dtg ..mmg xbayaha ek ..sbb risau jgk kalau bahaya

    1. awak ,Perot sy meragam blk sbb rasanya sy minum teh Cameron higland gn mkn sambal ikan skit ..lepaatu Perot terus skit ..xtahannya bila sakit Perot ni mcm nk mati pon ada

    1. Betul ker, sy dah try minum dua kli.tpi x okey jgk.dah g jumpe dktor tp doktor BG ubt gastrik he.die Kate banyak angin.ke sy kne truskn minum teh pekat tu.atau teh halia.

  6. Salam sejahtera, saya perlukan sedikit nasihat. Saya dah berumur 36 tahun. Semakin hari semakin teruk system pembuangan air besar saya. Maksud saya, selalunya dan biasanya setiap kali saya bangun tidur, saya akan ke tandas untuk buang air besar. Tetapi sejak setahun ini, jika saya makan dari pagi sarapan sampai ke malam dinner, the next day jika saya ke tandas, hanya keluar sedikit saja. Seperti pembuangan air besar kanak kanak kecil. Lebih kurang 30 ke 40 gram saja. Kadang kadang nak keluar itu pun susah. Tetapi bukan sembelit. Saya rasa macam kesemua makanan diambil oleh badan kerana berat badan semakin bertambah dan lemak berkumpul keliling perut dan pinggang. berat badan saya sekarang adalah 130 kg dan tinggi saya 6 kaki. Oleh kerana ketinggian saya, kegemukkan saya tidak nampak ketara. Setiap kali makan kenyang kenyang. Hari kemudian memang rasa macam nak buang air besar, tetapi bila ke tandas, hanya angin saja keluar banyak dan najis keluar sedikit saja. Dan kepala saya pula sakit dri sebelah mata kiri sampai ke belakang leher kiri.
    Apa patut saya buat? Saya perlukan nasihat untuk menangani masalah ini. Saya amat menghargai pertolongan ini. Terima Kasih.

  7. Saye sakit perut dah 3 hri.. Dh pegi doktor tapi tetp same sakit tu still ade… Macam mne lagi kiter nk hilngkan skit perut ni erhh..

  8. Huhu pestime sy kene. Sakit woooo dia punya senak tu . Boleh tk tunjukkan rupa gmbar ubat yg dari klinik tu…

  9. saya sakit perut dah 6 hari ..sakitnya perut ni mcm byk angin terkumpul sampai sakit kepala dan ulu hati juga rasa cam mual2.angin x mahu keluar mcm biasa hanya sendawa byk tapi still bloating perut ni .terseksanya saya..ubat dah telan pon still sakit ni ada..tlg saya;'(

  10. Pengalaman saya, selalu sakit perut. Ada pernah masa sekolah menengah, masa pergi Klinik Kesihatan, sakit perut dah surut tapi sebab sakitnya malam, jadi tunggulah siang. Kena jugak marah dengan doktor. Akhirnya kemuncak sakit perut saya tahun lepas Januari 2017, perut memulas sangat, ingat angin biasa; tapi pergi klinik swasta, dia syak appendics. Terus buat surat refer ke hospital. Sampai ke unit kecemasan pukul 9 malam, admit ke wad pukul 4 pagi. Disuruh puasa sebab katanya confirmed appendicitis untuk bedah tetapi hasilnya saya rupanya menghidap mecentric adenitis atau kelenjar limpa bengkak. Jadi nasihat saya, jangan pandang enteng pd sakit perut. Pergilah jumpa doktor secepat mungkin lepas sakit. Semoga diberi kesembuhan pd semua yg menghidap sakit perut terutama yg berangin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *