Perkara Penting Untuk Mengecilkan Paha, Lengan dan Pungung Anda?

Secara asasnya untuk mengecilkan mana mana bahagian seperti peha, lengan dan punggung seperti apa yang dicari cari sangat oleh ramai wanita adalah agak tidak tepat untuk dihujah kan.

Seperti contoh, katakan anda lihat di cermin

Dan terus ambil keputusan untuk kecilkan saiz punggung anda.

doa melihat cermin

Adakah akan berhasil?

Kemungkinan besar tidak, kerana, kita tidak boleh spot mana mana bahagian untuk dikecil atau dikuruskan.

Seperti apa yang kami bincangkan di post cara untuk mengecilkan perut sebelum ini, pendekatan untuk menguruskan sesuatu bahagian tidak lah boleh difokus pada satu satu bahagian sahaja. Malah ia harus di buat secara menyeluruh.

Begitu juga dengan apa yang dipersetujui oleh Kevin Zahri dalam salah satu video di channel youtubenya.

https://www.youtube.com/watch?v=CkQVo7n0LeU

Adakah Senaman Workout Akan Membantu?

Seperti yang anda lihat di video Kevin Zahri di atas, yang paling penting bukannya terus bersenam tetapi ialah mengurangkan pemakanan yang berlemak.

Iaitu dengan mengadakan defisit kalori.

Defisit kalori ialah situasi di mana makanan yang anda ambil adalah kurang daripada sepatutnya.

Seperti contoh, katakan dalam satu hari, dengan mengikut umur, kadar penggunaan tenaga atau aktiviti yang anda lakukan, contohlah katakan anda perlukan 2300 kalori.

***Anda boleh gunakan calculator seperti ini

Dan untuk kurus badan atau mungkin anda niat untuk mengurangkan mana mana bahagian di tubuh anda, anda mesti haruslah ambil makanan kurang daripada 2300 kalori yang anda perlukan tadi.

Namanya, kalori defisit

Kalori Defisit = Pengambilan jumlah kalori dalam makanan yang kurang daripada sepatutnya.

Di sini, kami ada berikan maklumat lengkap mengenai cara menguruskan badan lebih lanjut tentang kalori defisit.

Buang Lemak Dahulu Baru Fikir Nak Kurus

Lemak yang dimaksudkan ialah yang menapak di dalam kulit anda sekarang.

Dan untuk kurangkan lemak anda perlulah menukarkan lemak tadi kepada tenaga.

Fungsi lemak, ada 3, dan salah satunya ialah bersifat untuk tenaga yang disimpan sebelum digunakan bila perlu.

Tapi masalahnya anda tidak bersenam atau tidak melakukan aktiviti yang perlu untuk gunakannnya.

Ini buatkan lemak it terus di mana mana bahagian badan anda.

Bagaimana untuk buang lemak?

Seperti di atas tadi, dengan mengalamak pengambilan kalori difesit setiap hari.

Bila kalori yang anda ambil kurang daripada yang sepatutnya, sedangkan badan anda masih perlukan tenaga itu untuk berfungsi, maka ia akan terpaksa dan dipaksa untuk ambil tenaga yang disimpan iaitu LEMAK.

Dan bila lemak sudah hilang, baru lah mudah untuk anda kurangkan saiz perut, paha atau lengan, mahupun punggung juga.

Bila Masa Perlu Buat Senaman?

Anda perlu faham, senaman workout melatih otot untuk menjadi lebih kuat bukan 100% akan membantu mengurangkan lemak.

Maka, anda haruskan mengamalkan senaman kardio seperti berjoging contohnya untuk lebih membantu untuk mengurang dan membuang lemak yang berlebihan dalam badan tadi.

Kalau di nilai, senaman kardio seperti membantu anda untuk mengurangkan lagi nilai kalori 2300g tadi.

Anda sudahkan kurangkan maka makanan yang kurang daripada 2300g.

Katakan anda ambil 1800g sahaja.

Sekarang ni dengan buat senaman anda sekali lagi mengurangkan jumlah total kalori 1800g itu juga.

Kerana, seperti contoh senaman kardio berjogging dalam masa 30 minit akan membakar lemak dalam jumlah 100g.

Begitu juga senaman seperti lompat bintang yang akan kurangkan kalori dalam kurang 100g.

Semua ini hanya anggaran sahaja, bukan lah tepat. Tapi ia cukup untuk memberi kita satu valuasi yang lebih baik.

Namun, kenapa tidak lakukannya juga untuk menambahkan lagi jurang defisit kalori anda.

Di bawah adalah video yang disediakan oleh Team Kevin Zahri sendiri.

Comments

comments

Leave a Comment