Cara Mengurus Dan Mengecilkan Pipi (7 Hari Only)

Cara Mengecilkan Pipi Dengan Cepat

kuruskan pipi

Untuk kuruskan pipi yang yang tembam mungkin susah kalau badan nya juga besar.

Sebab bila nak kuruskan badan, kita bukan boleh setkan bahagian mana yang kurus, contoh macam saya nak kurus bahagian peha sahaja. Lengan sahaja. Yang lain tak mau.

Itu salah, kalau dah gemuk satu tempat, gemuk jugak lah yang lain. Kalau tak, memang tak stabil lah nak jalan.

Walaubagaimanapun, memang ramai juga yang kurus keding, tapi pipi tembam. Muka naik. Tambah lagi bahagian pipi.

Kalau nak panggil tak normal pun tak boleh juga, sebab ramai yang macam ni kan.

Saya sendiri juga salah sorang nya.

Tapi setiap ada masalah pasti ada penyelesaiannya.

Dan ia memang bantu saya, tak banyak. Tapi dalam seminggu saya nampak perubahan.

Namun, ye lah, manusiakan. Saya malas nak buat dan buat dan buat lagi.

Sebab ia kena jaga pemakanan dan buat senamannya.

Sebelum saya pergi lebih lanjut caranya,

Izinkan saya share dahulu, bagaimana ia terjadi. Boleh?

Bagaimana Badan Kurus Yang Tapi Muka Gemuk Boleh Terjadi?

Minta anda luangkan masa lengkapkan survey di bawah ya, kami nak tahu pemahaman orang ramai juga, supaya article yang kami buat ini lebih sesuai…

Siapa Percaya Stress Punca Muka Nampak Sembam Tembam Bam Bam?

View Results

Loading ... Loading ...

Salah satunya ialah macam yang katakan tadi, kalau badan memang besar, itu normal muka pun berisi. Jadi nak kuruskan muka, kuruskan jugalah muka anda. Tak boleh nak kurus separuh separuh.

Kedua, sebab yang paling ramai tak setuju ialah faktor stress.

Stress ni boleh kata penyakit yang paling ramai orang tak sedar. Stress tu bukan semestinya anda duduk dalam bilek baling itu baling ini. Stress tu meluas. Untuk saya cover lebih perkara tentang stress InsyaAllah di kemudian hari. Saya sendiri pun pernah alaminya dulu.

Saya perasan dulu bila abang saya sendiri tegur. Mula mula tu saya rasa marah juga sebab dia cakap macam tu, mak saya pulak terus percaya. Tapi lama lama, memang betul, ada stress nya. Sampai sekarang juga kadang kadang. Tapi tak macam dulu.

Lagi sekali, nanti ada masa saya akan share kan lebih mendalam apa itu stress dan bagaimana menanganinya. insyaAllah dengan izin.

Ketiga ialah sebab tak cukup tidur. Saya buat article untuk awak baca ni makan masa berjam jam. Setiap point saya adalah rujukan daripada pakar pakar. Kalau anda perasan saya ada link kan website pakar pakar yang keluarkan statement setiap kali saya berikan sesuatu fakta. Itu semua perlukan masa dan pembacaan untuk teliti mana satu rujukan yang paling sahih. Dan ini memang buatkan saya lambat tidor dan mata menjadi letih sebabkan komputer yang murah, so cahaya laptop ni yang makan kornea mata saya. Jadi, saya nak suruh diri sendiri. cukup lah tidor, sebelum saya di tidurkan..

keempat, kekurangan air.

Ini tak perlu sembang lama lah, memang air faktor yang penting. saya sendiri tak minum banyak sebab malas nak pergi tandas.

Faktor terakhir ialah genetic.

Turun temurun. Ini apa yang dicadangkan oleh orang yang lebih berpengatahuan dari saya. Tapi saya sendiri tak percaya yang ni.

Seterusnya ialah makan kandungan karbohidrat yang lebih dari sepatutnya.

Kandungan karbo ni memang tak perlu nak kata. Kita kena seimbangkan protein juga.

Di post “cara kuruskan badan” saya ada beri penelitian tentang karbohidrat.

Dan pelbagai lagi sebab sebab lain saya dapat fikirkan sekarang tapi saya tak masukkan di sini.

Nanti saya berikan ebooknya untuk anda follow up dengan routine harian anda.

Sekarang..

Cara Untuk Mengecilkan Muka Pipi Dan Isi Isi Muka Anda Yang Tembam Tu.

Caranya ialah dengan membuat senaman.

Ada juga senaman untuk atas mata, bawah dagu, bahagian tepi tepi muka. Boleh kata mana mana area muka lah.

Leher pun ada. Kadang kadang mata kita pun jadi kecil sebabkan lemak di muka ni banyakkan. Itu pun ada cara senamannya.

Semuanya hanya perlu beri focus pada point point yang penting di bahagian muka sahaja.

Maksud saya, katakan kita sekarang nak kuruskan bahagian pipi, jadi kita buat senaman untuk “muscle” yang menggerakkan pipi sahaja. Untuk yang lain, kita gerakkan yang lain juga lah.

Tapi untuk post ini saya akan beri focus pada bahagian pipi SAHAJA.

Minta maaf ya. pipi sahaja, sebab ia ada lesen. Pakar yang brainstorm ni bertungkus lumus buat terapi ni tak kan kita nak sebarkan free sahaja kan.

Maka itu, ini senamannya untuk anda kecilkan bahagian pipi.

  1. tutupkan mulut rapat rapat – dan tiup angin dalam mulut anda sampai muka anda kembang se kembangnya. Kira nya akan nampak macam monyet monyet sikit. tiup arah kehadapan

kira 1 sampai 10. jangan laju laju, 10 saat

  1. sekarang arah kiri pula, ingat pipi kanan sahaja yang macam belon. kira 10 saat
  2. pipi kanan pula. kira 10 saat
  3. sekarang arah bahagian bawah hidung pula. kiranya bahagian misai kan. ok bahagian ini pua anda kembangkan. tiup kuat kuat. kalao sampai sakit kan. lagi elok. 10 saat

Dan sekarang, ulang semuanya sampai 10 kali.

Lepas ni, bila dah buat anda akan rasa tegang sahaja satu muka. Percayalah, ia akan menjadi kalau anda buat 1 minggu. Try dulu k.

Kalau tak 1 minggu, cuba juga minggu ke 2. Mungkin lambat sikit. Kalau tak boleh juga minggu ke dua. Saya tak percaya. Sebab insyaAllah jadi.

Bila nak buat senaman ni? seeloknya awal pagi dan bila nak tidur. so 2 kali lah kan.

Jangan buat depan orang, saya sendiri tak buat depan orang. Depan adek sendiri pun dia gelak.

Tak pe lah, itu adek sendiri.

Saya biasa buat atas moto, tutup lah visor tu.

pernah juga ada india ternampak, masa saya lalu kat depan taman rumah dia.

Memang dia fikir yang saya pelek kot.

Mesti dia fikir, kesian budak ni ada penyakit ganjil.

Tak pe lah, hari tu je aku tengok kau kan.

Baiklah, untuk mereka yang betul betul serius dan yang sedaya boleh untuk kuruskan pipi tu. Anda boleh dapatkan kumpulan video senaman muka dalam post private kami.

Dalam post tu, kami berikan contoh kumpulan video tutorial untuk kuruskan pipi tembam macam atas ni.

Bukan setakat video senaman untuk pipi tembam, ada juga senaman untuk dagu berlapis dan 3 atau 4 senaman muka yang lain. Harap ia bermanfaat dan memudahkan anda. Hanya perlu masukkan nama dan email di bawah untuk kami hantarkan linknya..

Comments

comments

Comments(48)

  1. January 31, 2016
    • February 8, 2016
  2. February 11, 2016
  3. February 11, 2016
  4. March 30, 2016
    • March 30, 2016
  5. April 5, 2016
    • July 1, 2016
      • July 17, 2016
    • December 15, 2016
      • December 17, 2016
  6. June 1, 2016
  7. July 10, 2016
    • July 17, 2016
  8. August 16, 2016
    • August 17, 2016
  9. September 18, 2016
  10. November 6, 2016
    • December 4, 2016
  11. December 12, 2016
    • December 17, 2016
  12. December 22, 2016
    • December 22, 2016
  13. December 31, 2016
    • January 5, 2017
  14. January 3, 2017
    • January 5, 2017
  15. January 10, 2017
  16. January 17, 2017
  17. February 5, 2017
  18. March 2, 2017
  19. March 14, 2017
  20. March 27, 2017
  21. April 27, 2017
  22. May 6, 2017
  23. June 8, 2017
    • June 10, 2017
      • June 11, 2017
  24. June 11, 2017
  25. June 19, 2017
  26. June 22, 2017
    • June 25, 2017
  27. June 27, 2017
  28. June 27, 2017
  29. June 29, 2017
  30. July 14, 2017
  31. July 29, 2017
  32. October 3, 2017

Leave a Comment