Cara Menghilangkan Bulu Ketiak Tanpa Rasa Gatal Gatal

Bila kita cuba mencukur bulu ketiak pasti akan rasa gatal. Rasa gatal ni kadang kala akan mengambil sampai 1 atau 2 hari Disebabkan ketiak rasa gatal, apa lagi merah lah dia kena garu garu.

 

Harap tak luka.cara menghilangkan bulu ketiak dan memutihkan ketiak

Kadang kadang juga kita akan rasa ia makin pedih kalau letak sesetengah deodorant juga.

Mengapa?

Jadi hari ni, kita akan bongkar dan cuba selesaikan masalah ini.

Mungkin tidak akan selesai masalah 100% tapi sekurang kurangnya ada usaha sikit supaya kita dapat kurangkan masalah irritation ni dan cuba faham, mengapa ia boleh berlaku.

Kenapa lepas hilangkan bulu rasa gatal?

Mengikut satu kajian yang dibuat oleh Gillette, bila seseorang itu bercukur untuk menghilangkan bulu ketiaknya. 36% daripada cukuran itu adalah kulit, bukannya 100% bulu yang dibuang semata mata.

Disebabkan inilah, ramai yang akan rasa gatal disebabkan stuktur sturktur kulit di permukaan bawah lengan itu sudah tidak stabil.

Faktor lagi juga ialah, bulu ketiak yang sudah pendek yang akan mencucuk permukaan kulit sesama sendiri.

Dan dengan percentage 50 percent lebih cepat tumbuh bulu ketiak berbanding dengan bulu kaki. Ini membuatkan masalah ni akan kekal berlanjutan setiap bulan. Tak terkejutlah bila 11% rata rata wanita akan bercukur setiap hari.

5 Langkah Untuk Kurangkan Rasa Gatal

Langkah Pertama – Gunakan pencukur yang betul dan tajam

Pencukur adalah medium yang paling penting untuk hilangkan bulu ketiak anda dari rasa gatal. Ia mestilah tajam dan seeloknya adalah pencukur yang mempunyai double pisau.

Ini kerana supaya proses mencukur anda akan jadi lebih cepat berbanding hanya satu pisau atau 1 sahaja blade yang ada.

Disebabkan ada satu sahaja pisau, membuatkan anda akan mencukur lagi dan lagi untuk tempat yang sama, yang sekali gus akan buatkan chance untuk anda scrapping kulit ketiak anda juga semakin tinggi.

Langkah Kedua – Air Suam kalau rajin.

Gunakan air suam dan letakkan di bawah ketiak anda untuk beberapa ketika. Mungkin gunakan tuala panas adalah cara yang terbaik. Air suam ni akan bantu buka liang roma dan melembutkan bulu bawah lengan anda. Jangan cukur dalam keadaan kering, maksudnya anda tak letakkan apa apa. Ini juga akan meningkatkan kadar irritation yang akan berlaku nanti.

Langkah Ketiga – Pelincir, gunakan shaving cream

Bila anda letak shaving cream atau shaving soap ini permukaan bawah lengan anda akan licin bila dicukur. Cream ini ibarat pelincir untuk blade pencukur dengan kulit lembut bawah lengan anda.

Langkah keempat – Apa lagi

Sekarang anda boleh cukur dengan perlahan tanpa perlu berikan tekanan yang kuat. Setiap kali anda cukur satu arah, seeloknya anda terus bersihkan bulu di pencukur tu. Sebab kalau bulu itu ada yang tertinggal di mata pisau ia akan mengurangkan ketajamannya.

Jadi seeloknya untuk setiap stroke cukuran yang anda glidekan di permukaan kulit anda, pastikan anda terus bersih kan.

Langkah Kelima – Gunakan moisturizer

Bila semuanya sudah selesai, anda boleh bersihkan seperti biasa atau mungkin letakkan cream pelembap untuk tambah kurangkan irritation nanti.

Tips Kukuh Untuk Kurangkan Masalah Gatal Gatal

Kerap tukar pencukur anda.

Anda mesti kerap tukar pencukur anda, walaupun hanya bercukur beberapa kali, dan ada rasakan yang pisau blade nya masih lagi tajam. Tapi sebenarnya ia akan kurang keberkesanannya untuk setiap kali cukuran yang anda buat. Tambah lagi anda akan bersihkannya dengan air.

Jadi, keraplah tukar pencukur anda supaya dapatkan kekalkan ketajamannya. Kadang kadang ada juga pencukur yang sudah kotor dan berkarat tapi masih lagi digunakan. Ini memang akan tingkatkan lagi rasa gatal gatal kulit bawah lengan nanti.

Cuba cukur hanya menggunakan satu glide atau satu stroke sahaja.

Memang mustahil untuk terus hilangkan bulu ketiak anda dalam satu sahaja cukuran kerana anda memang terpaksa buatnya berkali kali baru ia akan betul betul terpotong. Apa yang kita nampak di televisyen bukannya akan menjadi pun. Tapi itu lah, cuba. Dan ia akan dapat di bantu lebih lagi kalau pisau yang anda gunakan tajam. Pastikan setiap kali cukuran yang sekali lagi itu akan juga menarik kulit lembut bawah lengan anda. Gunakan 2 blade juga.

Jangan terus letak deodorant

Walaupun ada banyak juga website yang mengatakan tiada masalah. Tapi kami di SegalaMacamCara rasakan, anda tak digalakkan untuk terus letakkan deodorant sebaik sahaja anda mencukur.

Kerana, kebiasaannya deodorant akan ada dua bahan utama, satu bahan yang untuk kurangkan berpeluh dan untuk kurangkan bau.

Untuk kurangkan bau, ialah tricolsan dan ia memang tiada masalah untuk digunakan. Yang masalahnya ialah bahan untuk mengurangkan peluh, yang mengandungi aluminium. Bahan ini yang akan buatkan anda rasa lagi gatal gatal.

Anda juga digalakkan untuk bercukur di awal malam, waktu mandi untuk maghrib contohnya. Supaya kulit bawah lengan anda dapat berehat sepanjang malam. Dan hanya gunakan deodorant esok paginya sahaja.

Kalau anda perhatikan betul betul, bulu ketiak akan tumbuh dalam 3 arah. Cuba cukur mengikut 3 arah bertentangan dengan ini supaya anda dapat membuang pada stroke yang pertama.

Jika masih lagi rasa gatal bagaimana?

Langkah diatas bukanlah penjamin untuk pasti tidak berlaku irritation bila anda hilangkan bulu ketiak anda. Tapi ia adalah langkah dan principal yang tepat untuk kurangkan masalah ini.

Seperti di atas, 36% kulit juga dicukur sekali. Agak banyak juga tu. Sedangkan kita mahu bulunya yang hilang sahaja. Itu sebab salah satu daripada 5 step kita, ada cadangan untuk gunakan shaving cream.

Begitu juga dengan untuk cuba sedaya yang boleh untuk cukur habis dengan hanya satu kali cukuran sahaja. Walaupun ia mustahil tapi cuba ubah fikiran anda ke arah itu dan berfikir setiap kali cukuran seterusnya yang anda buat ia akan juga tarik kulit lembut bawah lengan anda.

Disebabkan ini, itu sebab 1 daripada 5 langkah di atas ada cadangan untuk gunakan pisau blade yang tajam, baru, dan mempunyai 2 mata pisau.

Sudah pasti jika anda betul betul follow 5 step dan tips tips di sini ia akan mengurankan irritation anda.

Mungkin kebiasaannya 2 hari baru rasa lega, tapi selepas ini kurang sedikit.

Namun untuk lebih lagi, cuba tukar bahan untuk dua ini dahulu. Pencukur yang lebih tajam, dan pelincir atau shaving cream yang lebih baik.

Comments

comments

Leave a Comment