Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih (Kononnya)

Nak Hilangkan Bengkak, Bengkak dah HILANG, melecur pula datang

Mesti ramai yang ada pernah terbaca yang bawang putih mampu untuk hilangkan bengkak.

Tapi hakikatnya, bawang putih akan memburukkan lagi keadaan.

Sudah lah bengkak, esok pagi bangunnya mesti kulit akan jadi terbakar.

bawang putih untuk hilangkan bengkak

Terlalu banyak sangat blog bagi idea untuk guna bawang putih ni, kononnya ini cara traditional.

Cara nenek moyang kita.

Entah entah nenek moyang dia pun pernah terbakar kulit sebab kan bawang putih.

Jadi hari ni SMC nak memberi awareness supaya tiada lagi mangsa mangsa disebabkan idea turun temurun untuk hilangkan bengkak diguna pakai lagi.

Berikut adalah antara 3 blogger yang letakkan gambar sebagai bukti dengan masalah yang mereka alami.

contoh muka melecur sebab bawang putih sebabnya

fatihahzulkeffli.blogspot.my

contoh muka melecur sebab bawang putih

storyondewall.blogspot.my

contoh muka melecur sebab bawang putih 1

www.ienaeliena.com

Dan kami sediakan 5 lagi bukti ( termasuk 3 yang bergambar di atas ) kepada anda.

  1. http://ckuntum.blogspot.my/2014/07/menghadapi-dan-cara-merawat-muka-yang.html
  2. http://www.zazazehra.com/2013/04/kulit-terbakar-inilah-akibatnya.html
  3. http://rolita28.blogspot.my/2012/05/menggunakan-bawang-putih-sebagai-masker.html
  4. https://www.facebook.com/adila.lovetoparents/posts/1478691862361149
  5. http://storyondewall.blogspot.my/2014/10/bawang-putih.html
  6. http://www.ienaeliena.com/2014/07/review-petua-mengecutkan-jerawat.html
  7. http://fatihahzulkeffli.blogspot.my/2014/05/kesan-bawang-putih-kat-muka.html
  8. http://irfianti.blogspot.my/2013/06/awas-bawang-putih-membuat-kulit-melepuh.html

Baik, sekarang sudah terbukti yang bawang putih bukan pengubat untuk hilangkan jerawat.

Siapa yang sudah pun jadi mangsa bawang putih, kalau yang bukan di muka tak ada masalah lah kan. Tutup je, nak malu pun tak terasa sangat kan. Tapi yang problem bila kesan di muka.

3 cara ini untuk hilangkan kesan terbakar tu.

Kenapa 3 cara sahaja?

Tak perlu banyak cara memandangkan kita pun tak berduit sangat. Cara ini bukan sahaja diguna pakai oleh editor yang turut menjadi mangsa juga, malah blogger blogger lain yang antara group terawal menjadi mangsa.

bawang putih sedap di tumis dengan maggy 3 rasa sahaja, bukan dimuka ku (Like This)

Berani biarkan sahaja?

Cara yang paling mudah dan tidak melibatkan sebarang wang brim yang diberi oleh kerajaan, ialah biarkan ia sahaja. Bagus juga kalau anda biarkan, sebab sepanjang penelitian kami. Ramai mangsa mangsa peristiwa bawang putih ni buat sesuatu, dengan macam macam cara untuk hilangkan. Dan rata rata semuanya akan hilang samar samar(maksudnya ada lagi ni) dalam tempoh 1 bulan lebih. Jadi, kita tahu kalau buat sesuatu yang insyaAllah akan membantu memerlukan masa dalam tempoh 1 bulan lebih, kalau tak buat apa apa pula berapa? Anda jawab. jadi biarkan.

Guna lidah jin ( aloe vera )

lidah jin untuk hilangkan jerawat - petuaCara ni memang ramai orang buat, dan cara ni yang paling popular pun. Jimat cermat juga pun. Sapu sahaja lendir daun lidah jin ni setiap hari. Sebelum nak tido atau bila bila rasa terluang. Untuk permulaan bila anda sapukan lidah jin di tempat terbakar atau di kawasan muka yang lain, anda akan rasakan kulit anda semakan halus. Dan lama kelamaan akan seperti salin kulit sikit. Tak mengapa teruskan sahaja. Mungkin itu lebih baik untuk dapatkan kulit lebih halus.

Pengalaman sendiri Editor SMC

Masa saya sendiri guna lidah jin tu agak sangsi juga sebab kesannya terlalu lambat. ada juga kadang kadang saya rasa macam tak ada apa kesan pun. mungkin sebab baru lagi kot. Tapi saya ingat lagi saya ada letak dalam seminggu macam tu. kesan sama. Ini membuatkan saya risau dan akhirnya saya pergi jumpa doktor pakar kulit untuk dapat kan rujukan. Duit dah kumpul siap siap dah RM 200 mesti ada dalam tangan. Dengan duit tak pasal pasal konsultansi lagi mesti kena bayar, walaupun tak ambil ubat. Maka saya pergi la ke Dr K, ada banyak cawangan nya di serata Malaysia ni. Dan doktor tu pun macam biasa akan menjual product dia.

Mula mula saya tanya, apa cara untuk hilangkan kesan bakar ni dengan cepat. Dia cakap, laser. Dan makan ubat. Saya ingat ingat lupa berapa kos untuk laser, tapi kalau tak silap saya ada dalam 350 hengget untuk satu sesi. Perlukan dalam 3 sesi. Ubat dalam RM 200 kot. Dan cream. Saya cakap, tak per lah laser tu. Dan dia offer, ubat makan dan cream. Saya pun cakap, tak per lah ubat makan tu. saya nak cream je lah. Dan ini lah creamnya,

Kecil je, tapi harga? RM 180

Doktor Pakar K tu ada juga cakap, saya kena pakai sun protection untuk setiap kali waktu siang. Dan cream ni pakai bila time malam sahaja. Tak boleh kena cahaya matahari cream ni, nanti akan lagi gelap.

Maka, saya pun beli la sunscreen ini dengan harga? RM 50, offer katanya, dapat dua botol.

sun block

Entah apa lah saya nak buat dengan sebanyak ni. Korang boleh dapatkan suscreen brand banana boat je, lagi murah. Masa nak beli yang RM 50 ni ada juga merageh pusing satu bandar untuk cari brand yang ok.

Brand yang ok tu saya tengok dekat sini, http://www.totalbeauty.com/content/gallery/p_best_worst_sunblocks/p150162/page8

So rupanya banana ada tersenarai antara suscreen yang bagus. Tapi saya sudah terlepas pandang.

Jadi terbeli la yang RM 50. kalau tak silap saya banana boat tu tak sampai RM 10.

Nanti kalau ada masa, saya pergi semula farmasi tu dan update di sini.

Yang RM 50 ni, sebabkan dua botol, jadi saya guna satu je, ada lagi satu tak buka lagi. Kalau nak, boleh la contact saya dan datang ambil sendiri.

Bagaimana pula dengan kesan cream ni? Mula mula macam biasa perangai saya, memang agak sangsi sikit. Macam tak bantu je.

Saya juga ada apply sunscreen tadi tu setiap pagi kalau ingat lah.

Dan dalam tempoh 2 minggu baru nampak perubahan yang memberansangkan.

Tapi masih lagi ada kesan sikit sikit. Tapi ok jugak la, Tak nampak sangat.

Saya rasa semasa saya tulis post ni, sejak daripada peristiwa ni terjadi, ada dekat 2 bulan lebih kot.

Masih lagi ada kesannya tapi tak jelas sangat lah. Sangat sangat tak jelas.

Selesai sudah cara untuk hilangkan bengkak menggunakan bawang putih yang tersangat sangat tidak akan membantu.

Selamat mencuba 🙂

Namun, ada juga blogger terumatanya dari Indonesia yang mengatakan ada kesan baiknya gunakan bawang putih.

Di sini, kemungkinan besar mereka tak gunakan bawang putih ni dalam masa yang lama. Tapi kami dari SMC tersangat tidak rekemen. Lebih rela tunggu 2 3 hari untuk jerawat reda daripada guna bawang putih ni, kesan terbakar itu akan kekal lebih dari sebulan.

Lagipun, lagi ramai yang akan komen bila muka dah melecur daripada jerawat kan?

Apa apa, kami ada buat satu post cara menghilangkan jerawat dengan cepat untuk rujukan anda. Insyallah, kalau betul caranya, anda boleh kecutkan jerawat tu dalam 12 jam.

Ada satu article daripada Vitamin Kita yang memberi penerangan baik mengenai bawang putih yang bukan dengan menyapukan ke muka. Mungkin anda boleh jenguk ke sana sebentar jika berkesempatan.

Comments

comments

One Response

  1. January 26, 2016

Leave a Comment