Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat – Esok dah Kecut

Ini bukan untuk menghilangkan parut jerawat

picit jerawat

Tips untuk menghilangkan jerawat ini hanya yang untuk jerawat hidup sahaja. Atau dalam erti kata lain jerawat yang tengah masak, bernanah. Bukan yang bekas jerawat atau apa. Untuk jerawat batu, mungkin. Tapi tak janji akan hilang esok. Namun kalau yang saiz sederhana, insyaAllah akan setel esoknya. Saya sudah guna produk ni hampir setahun.

Ini bukan secara tradisional, kita akan guna produk lab punya.

Setakat ini sudah 2 orang yang guna. ( saya share sikit produk ni dekat dia ).

Dan alhamdullillah, menjadi…

Jerawat hilang dengan cepat dan mudah, dan bila sudah beberapa kali cuba, rasa yakin pula yang esoknya pasti akan kecut..

Kiranya, akan nampak perubahan ketara.

Apakah produknya?

Ada dua. tapi satu tu saya masih lagi dalam proses untuk confirm.

Saya ada try sekali, nampak berhasil. Tapi tunggu saya jerawat naik hidup berkali kali dulu, baru saya list kan disini. Saya harap produk yang saya maksudkan yang pertama ni betul betul menjadi.

Sebab ia murah dan lebih senang untuk dapat.

dan produk yang sudah diyakini keberkesanannya untuk kecut dan nampak perubahan besar dalam tempoh 24 jam..

ialah..

New York Skin Solution.

Eh..jangan takut, bukan perlu buat rawatan.

Produk yang saya maksudkan ialah yang “powder”.

Screen image di bawah yang saya maksudkan..

new york skin solution

Yang saya maksudkan ialah yang bulat putih kat bawah tu. HANYA INI, bukan yang tinggi macam kepala paip tandas tu. Dan bukan juga yang macam bekas perfume sebelah kiri.

Tapi yang di hadapannya, bulat kecil. Dalamnya ada serbuk powder.

Semuanya bermula….

Macam mana saya boleh dapat powder tu ialah macam biasa.

Bila muka ni dah bertahun jerawat naik, tension. Mula la nak pergi ke New York SKin Solution (NYSS) ni.

Bila saya pergi masuk sahaja dalam.

Staff NYSS ni akan cepat cepat minta IC kononnya untuk daftar. Tapi saya dah target yang dia nak ikat saya sebab akan pegang IC.

Saya pun buat lah rawatan free trial dia. Memang nampak perubahan sikit bila dah buat dalam hampir sejam. Lupa dah berapa lama.

Tapi perubahan muka cerah sahaja lah.

Dalam rawatan free trial tu, saya tak pasti apa yang dia buat. Tapi salah satu bahannya, adui punya lah sejuk. Lagi sejuk dari ais. Bayangkan benda tu diletak kat muka dekat 20 minit. Serious, memang saya terkeluar air mata sebab nak tahan sejuk tu.

Bila dah keluar setel semua.

Saya pun di bawa ke meja rundingan untuk dapatkan rawatan susulan.

Tup tup…habes cerita, kos semua 4 atau 5 ribu ringgit. Itu tak termasuk rawatan collagen lagi.

Kalau tak silap, perlukan lagi 2 ribu lebih. Saya lupa, kalau salah saya minta maaf.

Rasanya total cost, dalam 7 ribu.

Masa tu, saya agak sangsi juga.

Tapi sebab diri sendiri yang macam dah kena pukau.

Saya macam setuju, dan bagi dia 500, dan berjanji untuk sign up credit card dengan Hong Leong Bank. Sebab saya ada CIMB Bank kredit kad sahaja. Saya tak nak guna yang CIMB ni.

Bila dah bagi 500, baru bagi IC, dan dia bagi saya set di atas tu. Apa yang korang nampak dalam gambar tu, semuanya saya dapat.

Selang beberapa lama, saya failed dapat approve untuk kredit kad hong leong bank, alhamdullillah. Kalau tak, rugi je bayar sampai bertahun.

Sepanjang dalam tempoh saya pakai set product di atas.

Rasa macam biasa je, mungkin juga saya yang tak pakai selalu.

Tapi apa yang pasti.

Saya perasan, produk serbuk powder tu, kalau saya ada jerawat hidup yang bernanah. Mesti akan kecut jerawat tu esoknya.

End of story. Ini lah caranya saya dapatkan product ni.

Bayangkan, kalau tak silap, set tu saya pergi NYSS dalam setahun lepas, sampai sekarang serbuk ini masih ada lagi…di bawah:

hilangkan jerawat dengan mudah

Saja je, saya letak pendrive kat tepi tu untuk bagi tahu saiznya.

Itu kotak biru saya curi bekas ubat adek saya.

yang biasa kita tengok, hari isnin makan ubat berapa biji, selasa berapa. dan seterusnya.

So, saya curik satu. Adek saya hilang kotak hari Ahad 🙂

Saya curi sebab bekas bulat NYSS tu saya dah bagi separuh pada member.

Jerawat dia banyak..baik sangat bagi kan….

Memang dalam setahun saya ada serbuk ni, macam macam dah jadi kat serbuk ni.

Rasanya dah bertukar bekas lebih dari 3 kali.

Tumpah lantai anak buah punya pasal, terpaksa kutip balik sebabkan mujarab dan susah nak dapat nya.

Saya percaya serbuk yang sikit ni boleh tahan lagi setahun.

Sebab saya guna pun ibarat setitis je. Nanti saya tunjuk bagaimana saya ambil.

Sekarang saya nak tegaskan sekali lagi.

Produk ini hanya mujarab untuk….

Seperti yang saya katakan tadi, ia hanya sesuai untuk esoknya sembuh bagi jerawat yang hidup bernanah sahaja.

Walaupun muka dan memang berlambat jerawat hidup. Letak je ni. InsyaAllah esok setel.

Lusa? kadang kadang ada kes yang lusa baru setel. Tapi saya bagi tahu kenapa nanti pada subtopic tips untuk konfirmkan esoknya sudah kecut.

Tips Bagaimana Nak Pakai Powder ni

Saya tahu, awk mesti sudah faham kan. Ada jerawat terus letak je.

Esok hilang.

Tapi untuk lebih confirmkan esoknya setel. Sila patuhi cara yang telah saya buat berbulan bulan ni.

Dah lama tau, saya rasa macam hampir 2 tahun.

Sebab saya kerja kilang ni dah 1 tahun 7 bulan.

Rasanya masa awal tahun saya kerja kalau tak silap.

Mesti lebih setahun kot.

Jadi saya boleh kata tersangat arif untuk confirmkan esok hilang.. 🙂

InsyaAllah

Sebelum tu, saya ada share tips ni di post ini, cara hilangkan jerawat

Saya share lagi disini, untuk yakin kan pada anda. Cara saya betul…

Langkah Pertama

Kalau anda rajin, baca semula post saya disini, cara hilangkan jerawat. Ada lebih kurang dalam beberapa peringkat jerawat, empat peringkat semuanya.

Untuk letak ubat ni, tak kesah peringkat ke berapa.

Tapi seeloknya, anda mesti buang nanah itu dulu. Dalam post tu, saya sarankan picit dan buang nanah bila ia berada di peringkat ketiga. Tapi itu untuk yang tiada powder ni. Kalau ada, anda buang nanah tu dan letak powder ni.

Usaha sikit untuk buang nanah tu semua.

Biar darah merah atau lagi nak confirm bila anda picit akan keluar air putih.

Ni confirm yang tiada dah isi isi kuman dalam tu. Dan letak sahaja powder.

Bila picit, jangan lupa step step yang saya bagi dekat post yang sama tu juga. Kalau tak nanti bertambah.

Jumlah banyak mana nak ambil?

hanya secuit sahaja.

Seperti yang saya contohkan di bawah:

tips hilangkan jerawat batu

Ambil banyak tu, dan colekkan sahaja di bukit jerawat anda. Tak perlu banyak.

Kalau anda perhatikan dalam kotak biru tu, ada nampak macam bekas jari manis saya ni kan.

So memang sikit. Itu sebab powder ni tahan sampai bertahun.

Mujarab dan tak perlu lebih lebih..Harap powder ni tak ada istilah expired.

Sekarang, katakan anda tak buang nanah tadi?

Ok nanah tu kan kuman. Kalau tak buang macam mana benda ni nak stop kan.

Jadi memang kena buang nanah.

Tapi saya ada sekali tu, saya tak buang nanah sebab sakit sangat kot.

Masih lagi boleh sembuh, tapi ambil masa lama. Rasanya dalam 3 hari.

Saya rasa ada dua sebab kenapa dia jadi macam ni, satu nanah yang masih ada.

Kedua dia tiada lubang untuk powder ni masuk dalam kulit.

Jadi itu sebab dia lembap sikit.

Bagaimana nak dapatkan produk ni powder ni sahaja?

OK, memang tak perlu produk lain.

Hanya perlu dapatkan powder ini sahaja. Saya percaya powder ni kalau lah dia boleh jual sebijik harga dalam 100 kot.

Tapi saya tak pasti ada atau tak. Sebab tak pernah tengokkan dia promosi macam tu.

Dan lagi satu, anda tak perlu pun untuk semua isi powder tu.

Sebab banyak. Jadi lebih baik tong tong sorang sorang.

Saya rasa lah, satu bekas bulat yang atas tadi tu. Kalau sorang sahaja yang pakai untuk kuantiti yang macam saya guna.

Saya jerawat hidup ni dah jarang kena. Banyak whitehead sahaja.

Rasanya dalam 2 minggu adalah 1 2 kali.

Cara yang terbaik, ialah antara kita. Pergi NYSS dan beli produk ni.

Dan kita share ramai ramai. bayor lah kan.

Nak saya pergi? erm….ntah lah..korang try lah dulu.

Tak pun mana kakak yang dah beli tu..mesti diorang ada buat blog cerita diorang pergi buat rawatan kan. Ribu ribu kot. Tak kan tak cerita semua orang yang diorang ni berduit. 🙂

So, mintak lah sikit dalam beberapa miligram guna penimbang emas. Bayar dalam 30 ringgit pun berbaloi gak apa.

Cara ni sesuai sangat…untuk…

Sebabkan kita dapatkan hilangkan jerawat dengan cepat, sesuai untuk siapa siapa yang jarang ada jerawat. Tapi tiba tiba ada sebijik.

Esok mesti segan nak pergi keja kan. Bila anda powder ni. InsyaAllah. ok kot.

Baik lah. Itu sahaja..

Untuk produk yang lagi satu tu, biar saya dengan tunang saya test dahulu. Nanti saya share sini. Adios

Comments

comments

Leave a Comment