Cara Mengatasi Stress Sampai Ke Akar Umbi

cara menghilangkan stress

Stress atau tekanan perasaan bukanlah perkara yang asing bagi kita sebagai manusia. Boleh dikatakan hampir semua orang sampai satu masa akan menghadapi stress, kuat dengan tidak kuat sahaja.

Kadang kadang ada orang tu tak stress pun, tapi bila mengeluh tetap juga cakap “stress”.

Definisi bagi stress mengikut wikipedia memang agak panjang untuk diurai dan ditafsirkan, namun kalau dipendekkan:

Stress adalah ibarat perkara yang anda tak boleh selesai kan.

Anda gagal exam, anda stress. Tak boleh buat apa sebab exam sudah lepas.

Anda excident, kaki patah masuk hospital. Tak boleh buat apa, anda stress.

Seseorang telah meninggal dunia, tak boleh buat apa, anda stress.

Dan pelbagai lagi.

Sama ada kita tak boleh nak setel atau susah nak setel, atau mindset kita sendiri yang anggap perkara itu negatif.

Dan hari ini kita semua akan dirungkai bagaimana untuk mengatasi stress supaya diri kita akan jadi jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Tak kesahlah, stress di tempat kerja, dengan pasangan kekasih, stress dengan cara tingkah laku kawan kawan yang bergurau atau apa sahaja. InsyaAllah kami akan cubakita bualkan dalam post ini.

Untuk itu, disini kami ada listkan sub topic apa yang akan kita bincangkan nanti:

Perhatian, ini bukan cara yang kronik, jika anda rasakan anda kronik, kemungkinan besar anda mesti rujuk kepada pakar, yang juga kami akan rujukkan anda nanti.

Langkah Langkah Bagaimana cara untuk menghilangkan stress

  1. Listkan penyebab anda stress dan akibatnya- mungkin cara ini agak lapuk untuk dibincangkan, tapi percayalah anda mesti kenal pasti puncanya
  2. Setiap masalah atau punca akan ada jalan yang tersendiri – setiap masalah pasti berbeza jalan penyelesaiannya.
  3. Anda sudah kenal pasti, anda pun sudah brainstorm apa yang patut anda buat. sekarang tiba masa untuk maintainkan mindset positif anda dan bertindak.

Kenapa 3 langkah? – ini adalah perkara terakhir yang akan kami huraikan, apakah motif disebalik langkah ini. Kami akan huraikannya di bawah.

Langkah Pertama daripada Tiga

So sekarang anda rasa stress, anda rasakan yang seperti masalah besar atau beban yang akan menimpa. Dan sekarang, untuk peringkat pertama. Sila listkan punca punca masalah stress anda.

Kami juga amat galakkan anda untuk mencuba survey yang kami bina di bawah supaya masalah anda lebih mudah untuk dibincangkan. 🙂

InsyaAllah, dengan tahu lebih detail punca stress anda, post kami akan lebih tepat supaya kami lebih mudah untuk berikan pertolongan dan kata kata semangat.

Anda boleh pilih lebih daripada satu.

Pilih Punca Stress Anda

View Results

Loading ... Loading ...

Jika masih ada lagi yang tidak terdapat dalam list kami di atas, sila tinggalkan komen. Kami akan update untuk anda.

Percaya tidak, tapi kebanyakan masalah stress adalah berpunca daripada kesalahan kita sendiri. Seperti apa yang kami nyatakan di atas, kadang kadang perkara yang tak perlu stress pun kita akan anggap itu stress, yang sebaliknya lebih kepada cara anda menguruskan masa sahaja.

Walaubagaimanapun, bukannya semua. Dan memang stress ini mungkin akan berlaku pada tahap yang anda rasakan tidak terkawal lagi.

Jika ini yang berlaku, anda mesti duduk dengan tenang dan mula mencari kawan yang sesuai yang untuk berikan pendapat. Kawan tu pula jangan lah yang jenis bercakap besar, cari yang lebih sederhana penampilannya.

Untuk peringkat ini juga, jangan lupa nyatakan possible consequences yang mungkin akan berlaku.

Langkah kedua daripada tiga

Diperingkat ini kita akan lebih kepada cuba mencari penyelesaiannya.

Sebelum tu, di bawah ini adalah antara cara menyelesaikan masalah yang tidak betul:

  1. minum minuman beralkohol contohnya
  2. makan memang pilihan paling mudah. hasilnya badan yang akan jadi naik
  3. pills – tiada salah untuk mengambilnya, tambah lagi ia adalah saranan doktor. Disebabkan anda perlu, tapi ini juga mungkin disebabkan masalah stress yang berlanjutan yang sudah semakin serious.
  4. tidur lama – ini lagi mudah, hanya pejamkan mata dan tidur.

Jika anda nak halang stress. Anda sekurang kurangnya mesti ada mindset untuk berubah untuk menjadi lebih baik.

Dan satu sahaja caranya ialah belajar untuk menanganinya.

Cuba lihat 4 cara menyelesaikan masalah di atas, kenapa ia salah?

Selain daripada ia akan memudaratkan kesihatan, anda juga perasan yang penyelesaian yang langsung tiada kaitan dengan masalah yang dihadapi. Itu lebih kepada lari daripada masalah.

Nanti bila sudah hilang mabuk, habis minum. Bila anda sudah sedar, masalah masih lagi akan ada.

Nanti bila anda sudah habis makan, dan sudah tidur terus, bila anda bangun masalah masih lagi ada.

Badan pun makin obes dan akan ganggu kesihatan.

Dan pills, selepas kandungannya habis sama ada anda makan lagi, tapi masalah tetap ada.

Untuk penyelesaian, sepatutnya anda berusaha ke arah masalah yang berlaku, bukan usaha ke arah perkara yang tidak membantu.

Diperingkat kedua ini, ada baiknya jika anda duduk tenang sebentar.

Mungkin mandi dulu, dan mula berfikir.

Tadi di peringkat pertama, anda sudah ada punca kenapa ia berlaku, anda juga ada catitkan apakah akibat akibat yang mungkin terjadi.

Dan sekarang untuk cari jalan penyelesaiannya.

Mungkin mana yang patut di dahulukan atau mana yang patut di tangguhkan dahulu.

Jika anda tidak dapat cari jalan penyelesaian sendiri, cuba tanya kepada kawan adalah langkah terbaik.

Kalau tanya family pun boleh, tapi mesti ada yang malu kan. Dan rata rata family tidak akan beri jawapan yang elok, melainkan mereka tu adalah cikgu dan badan profesional.

Tanya kawan tu pula jangan sorang sorang sahaja. Mungkin lebih supaya anda dapat buat keputusan yang lebih tepat.

Yang penting, macam yang kami ingatkan tadi, jangan tanya kawan yang memang dia sendiri pun dalam masalah tapi die tak sedar. Itu akan burukkan lagi keadaan.

Anda ada masalah, tapi anda jauh lebih baik baik daripada dia sebab anda berusaha untuk memulihkan.

Jadi tanya lah dengan orang yang lebih baik ketrampilannya.

Jangan terhad pada melayu sahaja, bangsa lain pun tiada masalah. Asalkan anda rapat dan dijamin dia tidak akan bocorkan rahsia contohnya.

Langkah Terakhir – Peringkat Ketiga

Peringkat ketiga ini lebih kepada tiba masa untuk anda bertindak dan maintain kebolehan sifat jauh lebih baik anda.

Anda mungkin perlukan sebarang note atau checklist untuk anda tanda satu per satu bagi perkara yang menjadi punca permasalahan anda, akibat daripada masalah ini, cara nak mengatasi, dan di akhir sekali ialah tindakan yang anda ambil.

Anda juga boleh letak time frame atau jangka masa masalah anda akan beransur pulih.

InsyaAllah

Fakta Tentang Stress

Percaya tidak, stress sebenarnya kalau mampu fikirnya secara positif, ia bukannya semata mata anda akan menghadapi masalah. Tapi lebih kepada “BAGAIMANA ANDA SETELKAN MASALAH”.

Jika anda mampu selesaikan, confirm tidak akan stress kan.

InsyaAllah, jangan lupa pada agama juga. Ini yang terbaik, jaga sembahyang…

InsyaAllah, tadi anda sudah siapkan votenya kan. Nanti kami akan perhalusinya dan buatkan post specific dengan masalah anda.

Comments

comments

Leave a Comment