Cara Kuruskan Badan – 2 Blog Terbaik Untuk Belajar

Cara menguruskan badan yang sudah terbukti

cara kuruskan badan dengan cepat

Untuk kuruskan badan ada terdapat banyak cara. Jadi tak jadi sahaja. Susah tak susah sahaja. Boleh ikut tak boleh ikut sahaja.

Setiap cara berikut pasti sahaja akan ada sebelah pihak lain akan kutuk, dan mengatakan jenis program turunkan badan yang dia buat sahaja lebih elok, lebih senang, tak memaksa untuk bertahan lapar lah, apa lah.

Sebenarnya, setiap program tu ada kebaikan, kelebihan dan kekurangan masing masing.

Kalau tak, kenapa sampai ada yang berfikir untuk mencipta sesuatu weight loss program kan.

Bila sebut pasal program yang nak bantu untuk kuruskan badan ni kebiasaannya mereka akan bincangkan perkara seperti dibawah:

  1. kenali makanan ada – seperti contoh berapa isi kandungan kalorinya, yang ini ada melibatkan kira kira matematik sedikit.
  2. bila sudah kenal, maka anda akan hanya makan makanan yang sihat sahaja, iaitu makanan yang tak memudaratkan atau yang akan menambah berat badan. Yang ini lebih kepada anda belajar mengenali sesuatu makanan, seperti contoh dalam satu pinggan nasi berapa jumlah kalori, ditambah lagi dengan makanan makanan yang lain, adakah masih lagi dalam range yang sepatutnya jumlah kalori yang anda ambil.

Jumlah kalori tadi akan anda faham untuk kira di no 1 tadi, kenali makanan anda.

Bila anda sudah tahu, jumlah maksimum kalori intake yang perlu anda ambil, maka boleh lah anda makan hanya sebanyak itu. Kalau lebih? jadi gemuk..kalau kurang? mungkin tiada tenaga sebab kalori datang daripada 3 faktor, karbohidrat, protein dan lemak. Akan diceritakan lebih lanjut dibawah nanti.

  1. pembakaran lemak – anda pasti akan belajar ni, sebab bila anda nak turunkan berat badan, pasti anda sudah tengah berisi sekarang kan. Jadi, anda pasti akan diwarwarkan cara cara exercise yang anda boleh buat untuk buang lemak. Kalau tadi, kita tahu bagaimana nak kira kalori, dalam makanan kita pula berapa jumlah kalorinya, dan dibahagian ini rata rata weight loss program akan war war kan untuk setiap teknik senaman, seperti contoh berlari joging dalam tempoh 30 minit, berapa pula jumlah pembakaran lemak yang anda telah buat.

Kebanyakan weight loss program akan bercerita mengenai 3 perkara di atas.

Ia formula lengkap untuk anda betul betul faham dengan badan anda.

Bila anda faham, maka untuk turuskan badan pun lebih senang.

Bila anda sudah faham juga, katakan masih lagi tak turun turun, anda akan tahu puncanya tanpa menyalahkan produk produk yang cuba menolong anda.

Tips kuruskan badan paling simple

Siapa yang belum pernah cuba untuk tidak makan nasi bila malam, mungkin boleh cuba sekarang. Ini adalah tip yang paling mudah sekali diberikan oleh Nabila Huda sebelum ni, dalam satu temu bual dengan wartawan yang bertanyakan bagaimana beliau boleh maintain dengan cepat walaupun baru sahaja lepas mengandung. Dan jawapan Nabila, “jangan makan nasi time malam” “Like this”

6 Jenis Nutrisi Yang Badan Perlukan.

Mari kita kenal kan diri dengan 6 perkara yang badan kita perlukan setiap hari (nutrisi), sebab bila nak kuruskan badan ia akan ada kena mengena dengan ini. Mungkin ada yang terfikir, tak perlulah tau semua ni, bukan nya saintis kan. Tapi memang tersangat perlu, supaya kita tahu apa yang kita buat nanti.

Ok, ada 6 perkara yang kita perlu ada untuk badan.

Lemak

Karbohidrat (boleh jumpa dalam sayur, buah, nasi dan)

Protein (dari daging, ikan, ayam)

Mineral (contoh macam potassium, kalsium dan iron)

Vitamin (vitamins A, D, E, and K)

Air

Ada lagi 2 istilah yang perlu anda tahu, metobolisma dan kalori. Untuk metobolisme kita akan cover di bahagian subtopic yang lain.

Dan untuk kalori…kita covernya sekarang.

Bila anda dalam proses untuk kuruskan badan, sebenarnya anda sedang “bermain” dengan 3 kandungan fat, karbohidrat dan protein ini.

Yang faktor yang lain pun ada juga, tapi kebanyakan diet program ni mereka akan lebih focus kepada 3 ini. Kerana 3 perkara ini yang akan hasilkan “kalori”

karbo + Protein + Lemak = Kalori

Untuk makanan yang datang daripada sumber protein, seperti contoh daging dan ayam..Tidak akan membuatkan anda gemuk. Tapi disebabkan protein salah satu source untuk kalori.

Maka, jika anda makan secara berlebihan, pasti kalori akan bertambah juga kan. 🙂

Lemak seperti yang kita biasa tahu, ia hasilkan tenaga untuk kita seharian,

Karbohidrat kalau di makan secara berlebihan akan menjadi lemak.

Lemak pula ada tiga fungsi, dan salah satunya adalah ibarat tenaga yang disimpan buat sementara waktu didalam badan.

Kalau guna ok lah, kalau tak guna? Itu yang buatkan gemuk 🙂

Mungkin anda biasa terdengar, ambil makan yang hanya perlu sahaja.

Mengikut kajian, manusia perlukan 2000 calories setiap hari untuk lelaki dewasa dan 1500 untuk wanita dewasa.

Tetapi mengikut kajian yang direpotkan oleh Utusan Malaysia, purata rakyat Malaysia mengambil 2500 kalori sehari.

Walaubagaimanapun, ia hanya purata. Setiap individu akan berlainan jumlah total kalori yang perlu setiap hari.

Antara faktor yang paling mudah untuk faham, kalau anda memang aktif bersukan perlukan lebih, kalau tak, malas nak bersenam. Tidur je memanjang. Jangan ambil kalori lebih.

Teknik untuk kuruskan badan dan di mana:

Setakat ini, pihak kami hanya berjaya mendapatkan 2 blog yang betul betul mampu untuk bantu anda kuruskan badan.

Bukan yang hanya tahu bercakap mengenai kesihatan, tapi tiada aplikasinya.

Tapi dua individu yang kami kenali di bawah ialah orang yang dahulunya gemuk, tapi sekarang sudah kurus.

Apakah persamaan mereka?

Setelah meluangkan masa beberapa di blog mereka, apa yang kami dapat simpulkan ialah, mereka tahu dengan apa yang buat, mereka tahu dengan apa yang mereka tulis di laman blog masing masing.

Pendek kata, kalau anda nak kurus, anda mesti berpengatahuan tentang cara dan apa yang berlaku di sebalik untuk anda kuruskan badan.

Dan dengan sedikit pengenalan tentang kandungan kalori, yang datang daripada karbo, protein dan lemak yang kami share kan di atas, jika anda faham. Itu bermakna anda sudah bersedia untuk kurus. InsyaAllah

Sekian, kami tinggalkan anda dengan dua individu di bawah, En SuSu dan Dzul.

  1. calorie counting

Belajar cara nak kurus daripada sususejat.com, post pertama blog ni di buat sejak 2010 lagi. Di sana, anda akan dapat banyak ilmu tentang pengiraan kalori. Tuan punya blog, yang lebih selese di panggil sebagai En Susu kelulusan dari US, dan dulu beliau memang overweight.

Rekod beliau ialah kurangkan 40 kilogram dalam masa 10 bulan.

susu sejat

En SUSU ada buatkan panduan khas tentang kalori di blognya. Lebih kurang dalam 10 bahagian.

  1. atkin diets

Belajar cara menguruskan badan daripada Dzul dengan teknik Atkins Diet

Atkins diet bukanlah perkara baru. Ia bermula sudah lama dahulu, kalau tak silap. Dalam tahun 1970.

Mengikut sumber dari kenalan yang rapat, saudara Dzul adalah antara pioneer tips menguruskan badan menggunakan teknik atkins.

Buktinya? Ini masih lagi tidak kukuh, kerana kami masih lagi perlu memastikan beberapa perkara, dalam beberapa lama. Tapi post tips tentang atkins diet telah di buat oleh saudara Dzul sejak 8 Januari 2010 lagi.

Untuk rekod, saudara Dzul, turunkan 60 kilogram dalam tempoh kurang dari 1 tahun.

Ini antara petikan comment di blog saudara Dzul,

contoh testimoni atkin diet

Ini gambar beliau:

bukti cara menguruskan badan

tips kuruskan badan

Masih muda lagi, dan sekarang masih lagi menuntut di University untuk semester yang terakhir.

Dan ini gambar kakak nya pula

cara diet atkins image

UPDATE Kali Pertama

Baru baru ini pihak kami ada perasan dengan lagi satu blog yang giat posting mengenai dietnya. Ada banyak tips tips untuk kuruskan atkin diet terutamanya kerana blog ini memang focus kepada atkin diet juga.

Nama blog tersebut ialah, Seri Hatiku, tapi untuk akhir penghujung 2015 ni blog tersebut sudah 2 tahun tidak update sejak 2013 kalau lah betul mengikut perkiraan kami.

Kami akan cuba hubungi blog owner tersebut sama ada beliau masih lagi ingin terus berikan motivasi kepada kita khasnya.

Ini post kami mengenai Diet Atkins, jangan terlepas dapat ebook panduan diet atkin kami di sana.

Comments

comments

Comments(7)

  1. June 15, 2016
  2. January 6, 2017
    • January 7, 2017
  3. April 28, 2017
  4. June 17, 2017
  5. September 16, 2017
  6. October 3, 2017

Leave a Comment