20 Cara Menunggang Motosikal Dengan Selamat

Saya bukan mat rempit, tapi saya seseorang yang tak mampu nak beli kereta.

statistik kemalangan jalan raya malaysia

Mengikut statistik daripada utusan malaysia pada tahun 2010, 70% kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Itu mungkin sudah lama kan, tapi baru baru ni akhbar dari Mstar, paparkan setiap hari purata 18 orang akan mati kemalangan maut di negara kita. Sedangkan di UK, penduduknya 60 juta, tapi hanya 800 sahaja yang maut di jalan raya.

Justeru itu, kami dari SegalaMacamCara rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tips tips yang berguna untuk patuhi dengan 10 cara sebelum anda mula menunggang motosikal dan 10 cara atau langkah untuk anda alert dengan persekitaran semasa menunggang.

Apa apa pun…berhati hati..dan kekal selamat hingga akhir hayat.

10 cara tunggang motosikal dengan selamat sebelum mula perjalanan

  1. Buat mereka yang bawa motosikal yang sudah lama juga, saya ingat lagi masa dulu, kita memang tak perlu pakai visor helmet. Sebab tak berapa penting. Paling kuat, panas sahaja.

Tapi sejak beberapa tahun ni, kalau tak pakai visor mesti muka kena batu punya.

Saya pun tak paham kenapa. Tapi memang dulu saya jarang pakai visor. Sekarang, MESTI.

Untuk pemilihan visor ni, seeloknya jangan beli yang cerah sangat atau gelap sangat. Nanti terlampau panas terik di waktu siang, dan bila malam anda tak nampak apa.

  1. pakai kasut lebih baik – pakai selipar pun ok, tapi kalau eksiden memang mangsa lah kaki tu senang patah.
  2. pastikan rantai dan gearnya dalam keadaan baik – tak berbunyi dan di bahagian gigi gear(Spoket) tersebut anda tak rasa macam tajam tajam. Kalau tajam, anda mesti kena tukar.

Untuk tukar, jangan beli yang harga dalam 55 ringgit tu. Tak tahan lama, kalau ada lebih sikit duit beli yang stainless steel. Tanya kedai moto tu. Jenis ni tahan lebih lama.

Kalau berbunyi atau nampak macam sudah kering. Letak lah lubricant. atau namanya chain lube seperti yang saya beri ni semalam. RM 14 ringgit.

tunggang motosikal cara selamat

Kalau nak jimat, guna sahaja minyak hitam yang anda tukarkan nanti. Pun boleh juga.

  1. tukar minyak hitam – saya rasa sudah tak ada moto baru yang guna 2t. Jadi tukar minyak hitam anda, yang jenis botol color merah tu. RM 16 pun sudah cukup.

Kalau yang warna kuning, harga dalam RM 19 kalau tak silap adalah lebih elok. Tapi masih lagi bergantung kepada ke mana anda nak pergi. Kalau dekat sahaja cukup lah yang RM 16 tadi, kalau jauh dan anda memang malas nak tukar, guna lah RM 19 tadi.

Untuk jarak yang dekat Rm 16 ni tukar lah dalam tempoh 2 bulan insyaAllah.

  1. bagi yang lelaki elok pakai baju yang kolar atau sarung terus jacket untuk tutup leher belakang. nanti gelap sebab cahaya matahari.
  2. bagi yang perempuan, bukan kena pakai baju kolar, tapi pakai je tudung, menyampah aku tengok kalau tak pakai.
  3. pastikan lesen diperbaharui, jangan sampai pegawai polis yang nak tolong checkkan. ( saya sendiri )

andai kata, anda sudah terlepas daripada tarikh dan masih lagi tak update, tiba tiba pula terjumpa dengan abang polis.

Buat buat lah muka terkejut yang anda sendiri tak sangka. Insyallah boleh lepas. baik diorang ni.

Kalau diorang cakap, sekarang ni kan sudah sekali dengan tarikh lahir untuk senang pengguna ingat.

Anda cakap je, “saya tak pernah sambut hari jadi” sejak arwah pergi. rasanya dia tak kan tanya arwah tu sapa.

Harap polis tu akan rasa sebak..

Jadi anda bedal lah sapa sapa dalam kurungan.”arwah”

  1. pastikan angin cukup, untuk motor bacaan meter tu jangan lupa turunkan set jadi 200psi untuk motor. Nanti terguna yang kereta pula. Lain lain kalau motor awak memang guna tayar kereta.

Untuk pengetahuan, pam angin ni ada dua jenis. Sepanjang yang saya perasan lah. satu yang jenis biasa tu, kita letak dekat tayar moto punat tu dan angin masuk. Ini normal.

Tapi kadang kadang angin tu tak masuk juga. Dia akan diam sahaja macam tu. Walaupun anda tekan ke punat tu sekuat mana pun.

Untuk itu, anda terpaksa cari pam angin yang jenis lagi satu. Nanti kalau saya lalu sebelah diorang saya tangkap gambar ya.

Yang jenis ni dia akan keluar atau ibarat pancutkan angin untuk paksa angin keluar. Jadi untuk kes tadi, anda gunakan pam yang jenis macam ni.

Yang pasti, check tayar supaya jadi macam bawah ni, sumber dari gempaksher

angin tayar motosikal 200

  1. sidemirror jangan tengah jalan baru nak setting. setting dahulu sebelum jalan.
  2. kalau ada sticker doa untuk sebelum bertolak tu beli lah, baru berasa lah sangat.

Baik lah, itu 10 perkara sebelum bertolak, sekarang semasa bertolak pula.

10 cara tunggang motosikal dengan selamat sebelum semasa perjalanan

  1. pastikan bila di lampu isyarat, bila berhenti di tepi kereta atau lori, kaki tu jaga sikit. takut takut kaki anda di bawah tayar kenderaaan besar sebelah. Nanti tak pasal pasal sahaja.
  2. bila nak maneuver, pastikan tengok side mirror dahulu, atau tengok terus belakang dulu kalau takut kalau terperangkap dengan titik buta di sidemirror.
  3. minyak cukup tak? sepatutnya minyak tu saya letak sebelum anda bawak, tapi sebab kan saya nak cukupkan 10 di faktor yang ini, jadi saya listkan ia disini.
  4. Jangan langgar lubang. Walaupun kalau moto awak tu memang sport rim, memang lasak sikit. Tapi jangan lah dilanggar.
  5. bila nak mengelakkan lubang tu jangan main terus belok sahaja, pastikan tengok belakang dulu. Kalau tak, lain yang di elak, lain pulak yang menghentam.
  6. ambil tahu dengan kawasan panas, mungkin ada speed trap, mungkin anda port polis traffik tembak untuk detect speed. Kalau tak, tak pasal pasal je. Kalau yang dah kena saman tu, kalau bayar lagi cepat lagi lah murah. Jadi jangan tangguh tangguh, kalau betul nak tangguh juga. Tangguh lah sampai hujung tahun. Biasalah, bayaran saman pun ada juga sales kan.
  7. Kalau eksiden? nauzubillah ya. Jangan panik, kalau rasa boleh menang, gi lah Balai, kalau tak boleh slow talk dan bayar dan blah je. Sakit? biar saya urutkan. Yang perempuan, jangan nangis. Bertenang, sabar, ada pengalaman saya yang perempuan nangis, kesian. Sabar dek, tak ada apa pun. Bila awak eksiden itu akan bantu awak lebih matang. Sebaiknya, bila eksiden pastikan anda senyum dan gelak selepas itu. 🙂 macam saya buat masa nak kena hentam dekat highway.
  8. Bila berada di lorong kiri, hati hati. Takut kereta himpit. Serupa juga dengan treler panjang, hati hati dengan ekornya. Nanti tak pasal pasal kena sodok
  9. Kalau ngantuk, anda berhenti dahulu, singgah surau tidur atau apa. Tak pun, buka visor tadi bagi berangin sikit.

10.

 

Untuk no 10 di atas, sila nyatakan tambahannya di comment. 🙂 bantu saya, sebab saya sudah blur.

 

Anda rasa panduan ini berguna? kenapa tak share dengan kawan kawan yang lain?

 

Bantu diorang untuk hidung lebih lama :)…sila share di facebook bawah. terima kasih

Comments

comments

Comments(3)

  1. November 4, 2016
  2. December 13, 2016

Leave a Comment