Cara Menurunkan Darah Tinggi Paling Cepat

Cara yang paling cepat untuk menurunkan tekanan darah yang tinggi adalah dengan mengambil ubat.

Ok?

Terus terang cakap, jawapannya adalah ambil Ubat.

Masalah tekanan darah tinggi ni bukannya boleh dikurangkan dalam masa yang terdekat.

Ikutkan pengalaman saya sendiri, ubat yang kita makan untuk penyakit darah tinggi ni sudah macam memang akan menjadi separuh daripada perkara harian kita.

Tapi tak bermaksudnya, terus makan ubat dan hanya bergantung kepada ubat sahaja.

Mestilah mengamalkan aktiviti yang sihat dan pemakanan yang sihat juga.

Berikut merupakan antara tindakan yang anda mesti buat untuk turunkan tekanan darah ni.

  1. jangan merokok

Terus berhenti, dengan merokok bukan sahaja buat tekanan darah anda semakin bermasalah. Kesan sampingannya yang lain pun juga banyak. Badan berbau lah, bibir dan gusi hitam lah.

Kalau anda perasan, bila masuk sahaja klinik mahupun swasta, di bahagian dinding nya. Ada saranan untuk berhentikan merokok. Dan dibahagian akibat merokok tu, sampai ada penyakit yang tak sampai masuk akal kita pun macam ada gaya daripada kesan merokok.

Percaya sahaja lah, bukan nya major kita dalam perubatan kan. Jadi bila doktor duk complain tu. Just percaya dan jangan buat, yakni jangan merokok.

  1. kedua, macam biasa, kena rajin beriadah.

Beriadah ni, tak semestinya buat setiap hari.

Tak semestinya jogging setiap hari.

Tak semestinya kena beli treadmil baru nak mula.

Lagi pula, tak semestinya nak kena beli cycling bicycle indoor tu juga.

Yang penting konsisten. Kalau bosan asik jogging, main lah badminton atau ping pong contohnya.

Simple sahaja. Asalkan buat, dan pastikan ia maintain.

Lagi baik, kalau anda setkan satu satu hari untuk mesti keluarkan peluh.

Untuk yang pekerja kilang macam penulis ni, memang rasanya tiada masalah rasanya.

Ada sahaja, kawan kawan yang anjur dan plankan untuk game sebaik sahaja habis cuti shift.

Nak tak nak join je.

Ada yang fikir, kalau ramai baru nak join. Itu pun masalah juga, sikit lah baru OK, nanti dah ramai tak merasa pula.

Untuk pekerja kerajaan, lagi lah tiada masalah.

Isteri saya sendiri, masa mula mula kerja, aktiviti riadah tu sudah macam timing wajib untuk mesti beriadah. Mesti kena ambil bahagian.

Jadi ada baikkan, kalau majikan tu memaksa.

Ada sahaja saya dengar, jawatan kosong kerajaan untuk satu departmet di Ipoh ni, dibuka sebab nak cari pemain bola sepak.

Tak tahu lah betul ke tak.

Nampak gayanya macam betul.

Apa apa, ubat dah makan. Rokok dah berhenti. Aktiviti riadah pun dah buat, jangan lupa juga dengan apa yang anda telan. Iaitu, faktor kita untuk turunkan tekanan darah, jaga pemakanan.

  1. Jaga Pemakanan

Pemakanan yang kita consume penting juga.

Penting untuk kita tahu, setiap apa yang kita duk telan tu, kena pastikan kandungannya sihat atau tidak untuk badan kita.

Contoh macam makan sumber tenaga kan. Perlu kita tidak tenaga yang kita ambil tu, kalau perlu makan lah. Dan pergi lah beriadah.

Tapi kalau tak perlu, tapi tetap makan dan terus tidur. Itu yang buat obesiti.

Ada terbaca, kandungan akhbar, Kedah antara peratus Obesiti paling tinggi di Malaysia?

Hah hati hati lah ya.

Comments

comments

Leave a Comment