Cara Hilangkan Selsema – Langkah Paling Pertama ( dewasa only )

Cara Saya Nak Hilangkan Selsema ( not for bayi )

cara hilangkan selsema bayi

Masalah selsema macam stress juga.

Sebab ia pasti akan berlaku, dan memang boleh jadi stress.

Selsema kalau buat kan problemnya, memang perlukan berhari juga untuk sembuh. Tambah lagi kalau jenis air hidung yang sentiasa mengalir tu. Sanggup ke nak mendongak sentiasa kan?

Dan bila turun tunduk sahaja kepala, mengalir macam sungai.

Serupa juga masa sembahyang, berdiri ok lah boleh tahan lagi. Bila nak rukuk? hurm..

Dilema Bila Selsema

Saya selsema memang agak lama juga. Sejak dari kecil lagi. Sekarang sudah hampir 30 tahun.

Dulu bila time sekolah, bila selsema sahaja memang antara penyakit yang paling saya benci.

Pernah juga saya tengah selsema ni, bersin pula dalam perhimpunan sekolah. Form 3 masa tu.

Memang berderai lah keluar. Segan tak segan juga lah.

Pernah juga, Pakcik perli, “apa kamu main cendol je ni”

Kalau dulu bila saya selsema mesti akan ambil masa 2 hari paling kurang.

Bila hembus tu memang faham faham lah, nak terkeluar isi hidung pun ada.

Tapi hingusan masih lagi tetap dan akan ada.

Bila tengok cermin, akan nampak macam ada satu kulit yang menghalang.

Apakah ia? 🙂 Ada juga saya terfikir untuk buang benda tu.

Tempoh Masa Selsema Sekurangnya 2 hari

Bila selsema, masuk hari kedua, bangun je pagi tu mesti hidung akan rasa sakit, dan penuh dengan hingusan yang sudah kering. Bila nak buang rasa keras sahaja.

Perkara yang paling teruk saya buat bila selsema ialah masukkan cutton bud dalam hidung sampai habis.

Itu paling gila pernah saya buat. Kawan pun terkejut.

Tapi nak buat macam mana, tension punya pasal. Sebab saya nak tolak isi yang menghalang gua hidung tu.

Bila saya masuk keluar masuk keluarkan cutton bud. memang lah tersangat lega, dan sedap.

Saya berani buat macam ni, sebab dulu ada tengok video yang doktor masukkan tube yang bercamera kedalam hidung pesakit. Mungkin untuk tengok resdung.

Tapi tulah, sedap sedap juga. Tapi ada kesan.

Hidung saya tak boleh kesan bau. Paling teruk saya tak dapat kesan bau selama 3 hari kalau tak silap.

Masa tu risau juga, takut takut hilang deria bau terus. Tapi saya tak fikir sangat, takut pula kan.

Jadi saya buat tak reti sahaja dan fikir yang nanti akan boleh bau juga.

Bila dah boleh, lega sangat rasa.

Bila tak boleh kesan bau ni satu ja kelebihannya, bila masuk tandas awam tak perlu risau dengan suasana dalam tu.

Tapi tu lah, bila tengah makan. Semua orang kata sedap sedap, saya sendiri yang blur ntah apa yang nak rasa.

Tapi itu dulu, sejak dalam setahun lepas saya masih lagi ada selsema tapi tak sekuat yang dulu. Dan kalau selsema pun, kejap kejap je, sebab saya sudah arif dan faham sangat macam mana nak setel.

Punca Masalah Selsema Saya

Lain orang mungkin lain sebabnya, tapi bila saya selsema kebiasaannya akan disebabkan 3 perkara.

Pertama, bila saya menangis.

Kedua, bila cuaca sejuk. Tambah kalau tidur dalam air con. Pagi esoknya mesti selsema dan nak demam.

Ketiga, saya memang alergic dengan habuk. Bila saya balik rumah mak, mesti akan rasa selsema.

tapi, itu dulu…sekarang alhamdullillah sudah bertambah baik..

Apakah cara saya untuk hilangkan selsema?

Kalau nak cakap makan ubat untuk hilangkan selsema boleh juga, tapi belum tentu.

Kalau ada yang bagi idea untuk gunakan cara traditional. lagi lah. Belum tentu orang yang tulis itu buat sendiri pun.

Dan ini adalah cara saya menghilangkan selsema yang ultimate.

Tak confirm boleh hilang, tapi setakat ni insyaAllah saya ok.

Disclamer – saya dan segalamacamcara dot com tak jamin keberkesanan dan tahap kesihatan cara ni. Tapi setakat ni, alhamdulillah.

Saya dah try macam macam ubat selsema.

Orang kata panadol soluble untuk selsema lagi selalu saya try dulu. Tak ada apa kesan pun.

Bagi saya, panadol soluble tu memburukan lagi keadaan, sebab dia bagi cair.

Segala jenis ubat saya try…

Tapi masalah tetap sama.

Jadi,

Langkah Pertama

Untuk saya ubat ubat tu memang lansung tiada kesan..tapi sejak saya buat rawatan resdung di Al Kausar Simpang Pulai di image bawah ni. ( ambil dari Google Maps ) …Semuanya berubah

lokasi tempat rawatan selsema

Namanya, Al Ansar

Harga = RM 50 untuk satu sesi ( 40 minit kalau tak silap )

AL Ansar ni bukan lah semestinya anda mesti pergi ke Simpang Pulai, tapi kalau sudah lalu apa salahnya singgah sekejap. Sebab betul betul tepi highway sahaja. Itu pun kalau kedai ni tak bankrup lagi lah.

Untuk yang jauh bukan di Simpang Pulai, anda boleh check di website mereka disini.

Saya akan cerita lebih lanjut dan detail nanti dibawah untuk anda dapatkan rawatan yang betul. Sebab abang yang uruskan kedai tu tak berapa pandai dan tegas terangkan caranya.

Nanti di bawah saya akan cerita.

Langkah kedua

Bila saya sudah buat rawatan di atas, macam tak ada rasa apa pun. Tapi apa yang saya perasan. Saya tak selsema kerap macam dulu. Kalau tak silap saya, dalam tempoh 3 bulan selepas buat rawatan tu saya lansung tak da selsema.

Kalau ada pun sikit sikit sahaja. Dan semasa saya tulis article ni, saya rasa sudah genap hampir setahun saya tak selsema yang serius.

Dan bila saya selsema juga. Ini yang saya buat..

pertama, saya tidak akan beli ubat yang besar rendam dalam air dan berbuih tu.

Kalau minum tu, akan buatkan hingusan anda(saya) akan cair dan lagi lambat untuk sembuh.

SAYA HANYA akan beli ubat ini sahaja.

Namanya, saya panggil “ubat kuning”

ubat selsema

 

Kalau tak ada ubat ini, saya memang tak akan beli.

Kalau tak silap saya, ada 3 jenis. Kuat dengan tak kuat sahaja lah.

Harga paling murah saya pernah beli ialah 1 ringgit satu papan. Tapi satu kedai tu je lah.

Ini farmasi yang saya maksudkan…dan lokasinya ialah di sini, Google Maps

lokasi farmasi yang bagus

Rasanya kalau anda browse blog ni guna smartphone boleh terus direct click sahaja

Tapi, sekarang tak pasti harga berapa. Itu tahun 2013 kalau tak silap.

Ubat ni memang akan bagi mengantuk, makan satu biji sahaja.

Dan bila makan, mengantuk pun dah rasa, dinasihatkan untuk tidur.

Langkah ketiga?

tak ada langkah ketiga.

Itu sahaja.

Cara untuk hilangkan selsema di atas bukan lah penjamin, sebaliknya ia patut start daripada apa yang anda allergik lagi.

Kalau memang jenis anda allergik untuk sesuatu yang mungkin akan bawa kepada masalah selsema. Jangan lah buat.

Macam saya, kalau nak mengemas. memang akan selsema lepas tu. Degil, sebab tak pakai kain macam ninja.

Lagi sekali, bagi saya, saya memang akan ambil ubat yang di langkah kedua itu sahaja bila selsema. Alhamdulliah. Ok, sekarang ni pun ada je kat tepi meja ni.

Kalau nak beli, cakap sahaja. Ubat selsema kuning yang kecil. Yang kecil tau, bukan sederhana kecil.

Tapi digalakkan untuk buat rawatan atas dahulu.

Ubat Selain Ubat Kecil Kuning Tadi

Untuk option lain, anda boleh guna satu lagi ubat. Saya lupa namanya apa. Tapi ubat ini akan masukkan cecair ubatnya dalam hidung. Kiri dan kanan.

Bila masuk sahaja dalam hidung memang akan rasa sampai ke tekak ubat tu pergi.

Kalau tersumbat anda kena sedut sedut sikit bagi cecair ubat tu masuk dalam.

Saya ada pakai ubat ni sekali, doktor dari klinik.

Tapi saya tak pernah beli di farmasi sebab hari tu, doktor klinik tu ada cakap. Mahal sikit.

Kalau anda masih mahukannnya, produk tu dia punya penutup ada macam warna biru biru perlahan sikit. Tapi time itu lah, kalau tak silap tahun 2011 kot. Lama sangat dah.

Apa yang saya perasan, ubat ini akan keraskan atau bekukan air hingusan kita. Bila sudah beku, udara boleh lalu dengan senang. Dan boleh lah bernafas 🙂

Lagi satu cara, guna ubat rokok resdung.

Cara ni saya ada juga guna, adek perempuan saya sendiri yang buat. Kalau tak silap, bekalan rokok resdung tu dia dapatkan di Parit. Bila dia buatkan, memang ada yang putih putih tu keluar.

Adek lelaki saya, mak, kakak saya, dengan saya sendiri, semua dah try. Kesian juga, semua adek beradek try tapi tak ada sapa yang bayar. hehe.

Tapi tak pe lah, saya ada kirim duit juga dia belajar kat Pahang tu. baik tak?

Baiklah, itu sahaja.

Sekarang kita kembali semula apa yang patut anda buat bila pergi rawatan itu nanti.

Disclamer – saya langsung tak dibayar untuk cerita pasal Al Ansar, saya cuma rasa ia rawatan yang bagus. Mak saya pun ada pergi kalau tak silap.

Tapi adek lelaki saya cakap rawatan dia tak bagus. Ntah lah dia. jangan layan dia..

Bila anda buat rawatan nanti, bayar RM 50 untuk satu sesi. Bila sudah habis, tak perlu beli produk lain.

Produk yang lain tu mahal juga, nak beli pun beli lah. Sebab memang bagus. Tapi untuk hidung saya ni, cukup setakat buat rawatan RM 50 sahaja.

Apa yang akan berlaku semasa rawatan?

Tujuan utama nya adalah untuk buang lendir lendir dalam hidung. Mana yang kata resdung tu. Inilah dia.

Semua org ada lendir ni. banyak atau tak banyak atau serang dengan yang tak serang sahaja.

Bila anda duduk sahaja nanti.

Abang tu akan masukkan cutton bud di hidung yg ada ubat gel kiri kanan.

Lepas tu cutton bud di telinga kiri kanan. tp bahan yang lain.

memang nampak pelek, tapi tak pa lah. nak sihat kan.

Bila sudah kena cucuk macam thaipusam tu, anda pun akan disuruh tunduk, lupa dah berapa minit. 20 minit kot. memang lenguh juga leher.

Yang cutton bud di telinga tadi akan bunyi macam tik tik, ibarat macam air buih yang pecah. katanya selagi ada bunyi. Selagi tu dalam proses rawatan kalau tak silap.

kalau ada 10 orang yang suruh, saya akan pergi lagi nanti untuk confirm. 🙂

bila dh tunduk ini yang paling penting

air lendir akan keluar. Ini saya rasa bukan hingus tau. Tapi lendir resdung.

biar kan lendir tu keluar. Hari tu pakcik sebelah saya agak lambat juga nak keluar, tapi keluar juga lah.

yang pasti jangan paksa lendir ni keluar. Kalau tak, tak jadi. Sebab dia tak boleh paksa.

Tips Untuk Rawatan Yang Lebih Baik

  1. hari tu saya pergi dalam keadaan hidung tersumbat ibarat tauhu sumbat di salah satu belah. Jadi yang keluar lendir banyak di bahagian yang tak sumbat sahaja. So saya rasa ada baiknya kalau anda pergi bukan time selsema yang teruk. Biar lega dulu, nanti baru pergi.
  1. tips kedua, pergi bila bukan time puncak takut ramai orang. Tao tak, jarak antara kita dengan pesakit lain dalam 2 jengkal sahaja. Jadi agak lah gelinye tengok lendir di sebelah. Lagi dengan bersin diorang lagi ( saya pun bersin jugak ). Jadi, cari yang bukan time puncak.

Bila time puncak? saya pun tak tahu. 🙂

Tapi hari tu, saya pergi bila hujan tengah rintik rintik. Kononnya nak fikir yang tak ada orang lah.

Tapi ada jugak pesakit lain.

Termasuk saya, 3 orang kalau tak silap. Pakcik yang sebelah saya tu lendirnya amboi panjang gila. Memang lega sangat lah tu.

  1. tip ke 3, jangan geli sangat dengan sebelah. Sebab ubat gel yang diberi masuk dalam hidung tadi akan buat anda tak rasa bao apa apa. Neutral. Jangan tengok tepi, tak pun pejam mata
  1. jangan segan nak bersin atau buat apa apa bunyi. Kita kan sakit, nak sihat. Tak ada sapa nak kesah

Downside rawatan ni.

Yelah, setiap sesuatu pasti ada yang boleh diperbaiki kan. Bukan buruk, tapi yang boleh diperbaiki.

Ini adalah antaranya:

  1. abang tu guna glove yang sama.

abang yang layan pesakit tu, dia akan guna glove yang sama untuk pegang pesakit yang lain. Ni yang problem, glove itu lah yang dia akan urut muka hidung dahi kita. Glove itu juga yang akan die letak ubat bagi lega tengkuk di belakang. Dan glove ini jugak lah yang dia akan buat untuk semua pesakit. Geli dan berkuman tu.

  1. perkara kedua ialah

Kita sekarang nak keluarkan lendir resdung. Tapi yang masalahnya, kita tak tahu berapa banyak lendir yang keluar. Dan berapa banyak pula lendir yang ada dalam hidung lagi? Kalau tahu ini kan lebih baik, mungkin ada alat contohnya yang boleh kesan. Kita plan untuk datang lagi pun senang.

Tapi kalau tak silap saya, lendir ini ada juga gunanya. Maksudnya jangan buang semua.

Bagi anda yang nak cuba. Di bawah ni tempatnya..

Update

Untuk pengetahuan anda semua, mak saya ada juga buat rawatan ni. Tapi tiada perubahan, katanya lendir susah nak keluar. Saya percaya ini berlaku sebab mak tak berapa faham bagaimana nak buat rawatan ni dengan betul.

Atau pun, mak perlukan rawatan ini lebih dari sekali.

Atau pun, mak dah warga emas.

Update lagi.

Saya akan pergi buat rawatan ini lagi dalam masa terdekat sebab sekarang saya dah mula rasa tak selesa dengan hidung ni sejak dalam minggu lepas (hari ni 26 December 2015). Kadang selsema, kadang tak. Nanti saya update di sini ya.

Anda sudah pergi? kenapa tak buat kan article untuk tatapan kami semua. Mana tahu ada peluang anda menerima penghargaan RM 50 dari kami. 🙂

Comments

comments

Comments(7)

  1. January 24, 2017
  2. April 14, 2017
    • July 10, 2017
  3. June 20, 2017
    • July 10, 2017
  4. July 6, 2017
    • July 10, 2017

Leave a Comment