Cara Putihkan Gigi Macam Artis

Siapalah yang tak nak gigi yang putih kan?

Walaupun tak berapa nak pandai berbaris gigi tu, tapi kalau nampak lebih cerah, lebih putih, lebih elok lah sikit rupanya.

cara menggosok gigi yang betul

Mungkin ada yang gosok setiap pagi sebelum mulakan sebarang aktiviti dan gosok lagi gigi sebelum tidur, tapi malangnya yang kuning kuning tu masih lagi ada.

Ada yang kata guna baking soda dan arang tapi adakah ia betul betul berjaya? Jangan terkejut garam pun antara tips tips yang biasa diperdengarkan yang kemungkinan akan bantu menyelesaikan masalah gigi yang kuning.

Di post ini, Blog Segala Macam Cara akan kongsikan beberapa tips pemula yang boleh diguna pakai oleh semua orang untuk dapatkan gigi yang lebih cerah dan cantik. ( dari segi warna sahaja bukan dari segi susunan dan cara ia berbaris )

3 Cara UTAMA Untuk Memutihkan Gigi

Pertama ialah cara yang paling ramai rasa tak setuju dengan keberkesanannya ialah dengan menggosokkan gigi setiap hari.

Cara kedua ialah dengan menggunakan tools atau product-product special yang dikeluarkan.

Cara yang ketiga ialah menggunakan cara traditional atau bahan yang memang ada dalam rumah.

Cara Pertama – Gosok Gigi Dengan Betul

Seperti video di atas, apa yang disarankan ialah kita mesti menggosok gigi sekurang kurangnya dalam tempoh 2 minit untuk setiap kali sesi. Namun hati hati juga akan lebih lama menggosok gigi kerana takut takut gusi dan lapisan kekuatan enamel anda akan terganggu.

Perhatikan juga cara ia meletakkan berus gigi di permukaan dengan mengoyangkan bulu berus tersebut sedikit dahulu sebelum menolaknya bertentangan dengan arah gigi.

Walaupun ia disarankan oleh banyak pakar, tapi tak pelrulah untuk kita mesti follow sahaja apa yang disuruh kan. Sebab bukan mudah, jadi sebaiknya anda terus sahaja menggosok nya ke bawah tanpa perlu buat begitu.

Tapi mungkin perlu lebih lama sedikit.

Perkara ini lebih jelas kelihatan di video yang disediakan di bawah.

Ada satu perkara yang tidak tekan kan di dalam video diatas ialah anda digalakkan untuk memulakan menggosok gigi di bahagian tepi gigi rahang dahulu sebelum mulakan di atas gigi rahang dan dibahagian hadapan gigi.

Ini adalah disebabkan perbuatan kita yang mungkin akan merosakkan susunan gigi yang hanya jelas kelihatan di hari tua nanti. Selain itu juga adalah untuk mengfokus di bahagian yang sukar dahulu. Walaubagaimanapun, bukti dan penerangan tentang di bahagian mana yang patut dimulakan masih lagi tidak kukuh.

Dan kebiasaannya kita akan mula gosok di bahagian atas gigi rahang untuk dapatkan buih dari ubat gigi dahulu kan.

Dilema.

Mungkin ada menggosok gigi tapi ada kemungkinan juga anda tidak menggosoknya dengan betul, baik dari segi cara dan alat berus yang sesuai.

Rata rata orang mungkin berfikir untuk mengenakan tekanan yang lebih bila menggosok gigi, sedangkan perbuatan begitu akan membuatkan gigi anda rosak dan gusi akan bengkak.

Kenapa rosak? kerana di permukaan gigi ada satu lapisan yang biasa kita nampak ialah enamel. Tekanan berus yang berlebihan akan melemahkan permukaan enamel ini.

Jika enamel gigi anda rosak, ia tidak akan tumbuh lagi untuk yang dewasa. Gigi bukan seperti tulang yang mempunyai sel di dalamnya, yang membuatkan ia tidak boleh dibina semula oleh sistem badan.

Gusi yang bengkak pula disebabkan berus gigi yang kasar dan keras. Yang kita fikir lebih senang untuk membuang kotoran seperti plug di belakang gigi yang agak susah untuk dibuang.

Di post ini, kami sediakan panduan lengkap untuk anda memilih berus gigi dan ubat gigi yang betul

Di post ini pula lebih menjurus kepada apakah makanan yang membuatkan gigi anda kekuningan

Menggosok gigi sebaik sahaja selepas anda makan bukan sahaja membantu membersihkan kotoran yang mungkin akan berada di permukaan gigi malah akan membantu mengurangkan mulut berbao.

Walaupun menggosok gigi sebaik sahaja anda mengambil makanan adalah disyorkan tapi ia masih lagi bergantung kepada jenis makanan tersebut.

Seperti contoh, mengikut Mayo Clinic menggosok gigi sebaik sahaja mengambil makanan yang berasid akan membuatkan kekuatan gigi enamel anda lemah. Sebaiknya anda hanya boleh menggosok gigi anda setelah 30 minit.

Contoh contoh makanan yang berasid ialah seperti buah oren, grapefruit dan lemon.

Atau anda selangi makanan berasid tersebut dengan makanan yang kurang karbohidrat dan kurang kandungan gula selepas mengambil makanan berasid tadi.

Menggosok gigi dengan terlalu kerap juga akan hanya merosakkan gigi dan gusi anda. Sebaiknya adalah hanya 2 kali sebelum dan selepas tidur dan dalam masa yang sama tidak makan makanan yang berlebihan gula.

Jangan lupa untuk menggosok lidah anda untuk langkah terakhir.

Di bawah ini adalah video terakhir yang lebih jelas untuk cara cara menggosok gigi dengan betul

Cara Kedua – Menggunakan Product Khas

Dua produk yang terbaik untuk memutihkan gigi ialah Brilliant HD – Deluxe Teeth Whitening Kit dan Shine Whitening. Kedua dua produk ini tidak dapat dipastikan sama ada ia ada dipasarkan di Malaysia.

Kerana buat masa sekarang ia hanya boleh dibeli daripada Amazon. Kosnya adalah daripada 70 ringgit hingga 150 ringgit, untuk tukaran mata wang ringgit semasa post ini di buat.

Untuk sesetengah tempat di Malaysia, Amazon juga tidak dapat menghantarnya. Jadi kemungkinan jika anda masih tiada masalah untuk membelinya di Amazon, mungkin belikannya untuk alamat di KL dahulu.

Cara yang paling utama produk product ini membantu

Terdapat beberapa cara yang biasa digunakan, seperti ada yang juga yang berbentuk pen dan sebagainya.

Namun cara yang kami ingin tekankan di sini ialah menggunakan LED Lamp.

Caranya adalah dengan meletakkan gel khas terus dibahagian gigi anda.

Ada juga yang menggunakan seakan takungan getah, gel tadi akan diletakkan di dalam getah tadi sebelum dirapatkan di gigi anda.

Ada juga yang hanya menggunakan gel pen untuk meletakkan gel tadi di permukaan gigi, namun cara yang lebih baik ialah menggunakan getah takungan tadi supaya ia dapat meliputi permukaan gigi belakang dan depan anda dengan lebih baik.

Dan langkah terakhir adalah memasang lampu LED khas untuk mengaktifkan gel tadi yang akan dapat membantu memutih dan menjernihkan permukaan gigi anda.

Di bawah ini adalah antara video yang terbaik untuk anda jadikan rujukan.

Pastikan anda berhati hati dengan saranan tambahan yang dinyatakan dalam video diatas untuk menngelakkan inflamation.

Kos?

Kos sebenarnya kos produk ini masih lagi kurang jelas. Maksud kami jika anda bezakan harga Lazada dengan Amazon yang teramat jauh berbeza. Seperti contoh, di Amazon, untuk LED Lamp anda boleh dapatkan dalam sekurang kurangnya 5 dollar.

Kemungkinan ia berkaitan dengan kadar pembelian yang dilakukan di US yang lebih banyak berbanding dengan di Malaysia.

Kami juga perasan yang harga di Ebay adalah lebih murah berbanding dengan Lazada.

Anda boleh browse produknya disana.

Jika anda masih lagi ingin mendapatkannya anda boleh beli sahaja di Lazada, Ebay atau Amazon di atas, pastikan anda beli product yang package all in one ( Kit ) untuk dapatkan product lengkap.

Atau untuk dapatkan secara PERCUMA, boleh berikan email anda untuk participate dalam giveaway yang pihak kami rancangkan nanti. Lagi sekali hanya masukkan email sahaja disini.

Cara Ketiga – Menggunakan Baking Soda

Seperti yang anda pasti boleh bayangkan menggunakan cara traditional untuk memutihkan gigi mungkin memerlukan lebih masa.

Dan ia haruslah diiringi dengan cara yang kita telah bincangkan di bahagian pertama.

Bukan sahaja memilih berus gigi yang betul, bukan sahaja dengan cara menggosok gigi dengan betul malah memastikan apa yang anda makan dan minum adalah yang lebih sihat.

Habit dan kerajinan anda amat penting untuk cara traditional lebih cepat membuahkan hasil.

Adakah dengan cara ini ialah lebih selamat?

Semestinya tidak, walaupun ia tiada kandungan daripada lab chemical tapi ia masih lagi bergantung kepada kadar kandungan yang anda ambil.

Seperti contoh, cara yang paling popular sekarang untuk dirumah ialah menggunakan baking soda.

Sebelum ini baking soda digunakan untuk carpet cleaning untuk menghilangkan bau, tapi sekarang banyak ubat gigi sendiri menggunakan baking soda sebagai salah satu kandungan pentingnya.

Terdapat banyak tutorial dan focus yang menggunakan baking soda untuk memutihkan gigi.

Antara yang salah satunya ialah daripada nisakay dan posting blog Nora

Baking soda juga diperakui keberkesanannnya oleh komen komen yang ditinggalkan di post tesebut.

Tapi adakah menggunakan baking soda selamat dan sangat berkesan?

Anda pasti pernah dengar brand ini, iaitu Colgate.

Mengikut colgate, memang benar baking soda sememangnya akan membantu memutihkan gigi anda.

Post lengkap untuk penerangannya ada disini.

Namun, ia masih lagi harus digunakan dengan berhati hati.

Antara apa yang dikatakan di post Colgate tersebut ialah:

  1. penggunakan yang kerap kemungkinan akan merosakkan permukaan gigi enamel anda. Kerana kandungan fluoride yang terdapat dalam ubat gigi tujuannya adalah untuk melindungi gigi, tapi fluoride tiada di dalam baking soda. Pastikan anda menggunakan ubat gigi juga nanti.
  2. kedua ialah untuk mereka yang menggunakan braces. Kemungkinan juga anda menggunakan apa yang dinamakan sebagai gam orthodontic untuk mengukuhkan structure brace anda. Gam ini akan lemah dan tidak kuat jika dicampur bersama dengan baking soda.

Ada dua lagi cara tambahan untuk anda putihkan gigi.

Iaitu rujuk kepada yang pakar. Samada rawatan pemutihan gigi seperti biasa, ataupun menggunakan laser yang mencecah RM 1400.

Comments

comments

One Response

  1. June 21, 2017

Leave a Comment