Cara Nak Tidur Awal

Cara Mengatasi Masalah Sukar Tidur

Untuk article yang sebelum ini kami ada kongsikan beberapa punca yang mempengaruhi sebab anda susah untuk tidur awal.

mengatasi masalah sukar tidur

Untuk entri ini pula, kami akan beri panduan yang lebih khusus untuk anda atasi masalah ini.

Ia merupakan langkah yang boleh anda ambil mengikut kesesuaian yang perlu.

Sebelum anda baca panduan ini, ada eloknya anda kembali semula ke post pertama kami cara mengatasi insomnia, kerana ada punca punca dan cara mengatasi masalah hendak tidur awal ini, kami tidak ulanginya di sini.( andai kata kalau yang masih belum )

Alih tempat tidur

pakar terapi sering kali akan gunakan teknik ini untuk pesakitnya. Iaitu dengan mengalih tempat tidur ke kawasan lain. Namaya fokusnya ialah “reconditioning”, seperti apa yang disarankan oleh Harvard University

Mungkin kalau anda tidur di dalam bilek, boleh ke ruang tamu. Atau atas katil ke lantai 🙂

Walaubagaimanapun, ia bukanlah perkara yang digalakkan, mungkin untuk satu atau dua kali sahaja. Kalau setiap hari anda perluka formula ni.

Anda perlu risau dan mula merubah minda untuk cari cara lain. Yang juga akan kami kongsikan di bawah.

Cuba fikir apa yang buatkan anda tidak selesa

Kadang kadang ada sebenarnya sebab kita tak selesa tidur, mungkin ada perkara yang masih lagi tak selesai, mungkin cadar yang tidak rapi. Mungkin juga bimbang akan sesuatu.

Cuba fikirkan perkara ini, positifkan. Kalau anda boleh follow up untuk setelkannya sekarang untuk tenangkan diri, buat lah. Atau, lebih baik tenangkan diri.

Esok anda buatkan.

Kalau rasa tempat tidur tak selesa tu, elok juga kalau anda bangun dan kibas kibas dulu cadar atau tilam anda.

Environment yang baik

ini sepatutnya no 2 tadi, anda mesti buatkan tempat tidur anda selesa. Seperti cadar yang teratur dan tidak ponyok. Kedudukan bantal yang betul dan selesa. Lampu digelapkan sedikit, jangan gelap sangat.

Seperti juga, panas yang berpeluh. Siapa pula yang boleh tidur dalam keadaan ini kan.4. No Kafein

No Kafein

Jangan minum kopi atau makanan atau minuman yang berkafein. Chocolate juga ada kandungan kafein untuk pengetahuan anda.

Ubah kedudukan baring anda

Kalau yang jenis menerap eloklah kalau melentang sekejap. Atau pun ikut sunnah tidur elok macam mana.

Anda juga mungkin perlukan bantuan beberapa bantal untuk menampung sudut sudut yang tertentu.

Untuk dengarkan alunan musik, samada zikir atau alunan musik untuk yang none Muslim.

Anda boleh baca semula tips di post kami sebelum nya, cara atasi insomnia.

Apa apa pun, anda mesti relaks dan tenang.

Perasan juga, ada di kalangan kita yang besar macam mak bapak orang pun nak juga tidur ditepuk tepuk.

Adakah mereka ni sedang gila meroyan?

Semestinya, tapi ingin mencari ketenangan. tepuk dada, jangan tepuk dahi.

Yoga juga ada kemungkinan untuk anda dapat tidur dengan baik, kerana yoga kunci utamanya ialah tenang kan diri.

Walaupun di Perak. Yoga telah pun diharamkan.

Ingat, ia diharamkan bukan kerana dilarang untuk rasa tenang, tapi dikhuatiri orang orang Islam secara tidak langsung turut serta mengucapkan mahtera yang akan lari daripada Agama.

Akhir kata, tilam juga antara faktor yang penting.

Seperti apa yang kami kongsikan di article pertama mengenai topik ini, Insomnia ialah kualiti tidur anda.

Bila bangun pagi, kalau anda masih rasa penat itu bermaksud anda masih lagi pengidap Insomnia.

Yang kemungkinan juga datang daripada kuality tilam yang kurang baik.

Saya sendiri, dari kalangan anda juga. Bukan yang jenis orang yang senang.

Tidur atas toto yang bungkus tu. Kalau tak pun, span lama yang memang berpeluh belakang kalau baring.

Tapi selepas saya guna tilam yang jenis spring. Semuanya seperti baru, jarang sekali untuk saya bangun pagi akan ada rasa badan tak sakit. MESTI sakit sakit punya.

Tapi selepas menggunakan tilam spring ni. Alhamdulillah. Boleh kata, dalam 7 minggu, ada 7 hari, ada 7 kali malam. 7 kali tidur malam. 7 kali jugalah saya bangan dengan rasa lega. Amin

Anda pula bagaimana?

Bukan tilam spring sahaja yang OK. Ada banyak lagi, malahan tilam spring yang saya guna sekarang masih lagi kategori murah ni. Sudah lebih 5 tahun agaknya.

Untuk brand dan jenis tilam yang baik kebanyakannya ada di hotel yang baik servisnya. Seperti hotel 3 bintang ke atas.

Cuba lihat belakang tilam itu untuk kualitinya jika anda rasakan ia baik.

Untuk pemerhatian yang lebih khusus.

Kami akan hasilkan entri cara pemilihan tilam yang betul nanti.

Anda luangkan masa 1 per 3 daripada waktu anda seharian untuk tidur, kenapa tidak anda peruntukan masa untuk memilih tilam yang baik kan.

Jangan lupa subscribe untuk dapatkan maklumat ini paling awal di email anda.

 

Comments

comments

Leave a Comment