Cara Pilih Kerusi Roda

Siapa kat untuk memilih kerusi roda adalah satu perkara yang mudah?

Mudah lah ya, memandangkan yang membeli kerusi roda ni pasti bukan untuk diri sendiri.

Asal nya ada sudah..

Jangan macam itu ya.

Kerusi roda ni, ada beza dari segi rasa menggunakannya, muat ke tidak, selesa ke tidak, dan ataupun apa fungsi yang boleh digunakan.

Adakah sekadar, duduk dan boleh ditolak sudah memadai?

Pernah cuba kerusi roda hospital?

Maksud saya, cuba tolak, yang duduk tiada masalah. Yang menolak tu, nampak macam berat sahaja bebanan yang kita nak tolak, tapi bila cuba sendiri. Rasa licin dan ringan sahaja.

Jadi, kerusi roda, bukan dipilih baik untuk orang yang nak naik, malah orang berpahala yang menolak.

Faktor umur dan kondisi ‘pesakit’ yang nak menggunakan kerusi roda pun berbeza, masakan kerusi rodanya sama kan?

Antaranya:

1.    faktor umur – kanak kanak, dewasa, warga emas

2.    saiz badan – samada kurus sangat atau besar sangat.

3.    setakat mana mampu – maksud nya disini, ada yang menggunakan kerusi roda, bukan untuk semua perkara. Mungkin hanya boleh jalan sekejap sahaja, contoh macam botol atas para tiada masalah pun nak ambil. Cuma kalau berjalan jauh sahaja.

4.    yang tak larat langsung – yang jenis betul betul lemah, memang perlukan kerusi roda yang special dari biasa. Seperti contoh tempat letak tangan yang boleh diturunkan, mudah untuk gerak ke sisi bila nak dibaringkan.

5.    keadaan nak guna – ada yang memang guna untuk dirumah. Memang tiada masalah lah untuk ini. Kalau yang untuk bawa travel, fungsi fungsi lain pun perlu ambil kira. Seperti kerusi roda yang ringan dan tak besar sangat. Boleh lipat pun bagus juga.

6.    tanya sendiri orang nak duduk – apa yang mereka inginkan, mungkin baik juga untuk dijadikan faktor untuk beli.

7.    adakah nak dimandikan sekali atas kerusi roda? Kalau perlu, untuk seat kerusi roda tersebut anda hanya boleh dapatkan yang plastik PVC sahaja.

Rasanya cukup lah untuk jadikan 7 faktor kenapa anda perlu kerusi roda.

Tapi sudah tahu 7 faktor itu pun susah juga, kalau tak tau fungsi fungsi tambahan lain yang ada pada kerusi roda juga.

Lantas, di bawah ini, ada disenaraikan apa feature feature best yang patut untuk anda consider bila membelinya;

1. Fungsi break di tangan dan di tayar.

Fungsi break di tayar, memang tiada masalah. Biasa sahaja ini. Tapi kalau yang ada di tangan orang yang nak menolak itu pun baik juga. Tambah lagi bila nak naik escavator di Mydin contohnya.

Yang khas untuk troli juga tu. Boleh la guna untuk tolak yang menggunakan kerusi roda sekali. Tak perlu untuk tahan tahan, hanya perlu gemgam break yang di tangan sahaja.

2. kelebaran kiri dan kanan peha bila duduk

Ini kena perhati juga, takut takut terlampau sempit sangat.

3. jarah kedalaman semasa duduk.

4. tempat letak tangan yang selesa.

Tengok juga material nya jenis apa, supaya tak licin sangat. Panjang tempat letak tangan itu pun kena nilai juga, takut terlampau pendek.

5. saiz si orang yang nak duduk

pendek kata, semua perkara di atas kena tengok saiz orang nya juga. Kalau besar sangat, lebar duduk kerusi roda ini kena tambah lagi, kalau tangannya panjang, arm rest nya pun mesti jarak sedikit dengan bahu, supaya tak lenguh nanti lama lama.

6. tempat letak kaki

pedal untuk tempat letak kaki juga penting. Tak kan nak tergantung sahaja kaki itu.

7. tempat letak kaki untuk kaki patah pun ada juga.

Mungkin ada tempat letak kaki yang boleh ditegakkan, bagus juga untuk kaki yang memang tak boleh bengkok.

8. tempat sandar belakang yang boleh di laras.

Kebanyakan kerusi roda hospital tiada fungsi ni. Mungkin digalakkan untuk menggunakan sekejap sahaja. Tapi kalau yang untuk bawa family kita bersiar, elok yang boleh laras. Tambah lagi kalau nak lalu jalan yang condong, takut tertomoh ke depan pula.

9. tempat letak tangan boleh diturunkan.

Mudah untuk baring ke katil, atau masuk kereta.

10. boleh buka di bahagian bawah untuk buang air besar.

11. yang ringan.

12. nak guna yang automatik terus?

13. kena lihat faktor lifespan batterynya juga andai kata anda nak beli yang automatik.

14. warranty kalau ada yang boleh cover.

15. untuk yang perlu travel, mungkin yang boleh dilipat dan ringan. Dalam review kami, ada kerusi roda yang berat 6 kilogram sahaja.

16. Kusyen, atau tempat duduk pun main peranan penting juga. Bila dah lama duduk, takut buang pun satu, semua kat situ. Memang akan berbau lama lama. Jadi, ada juga kusyen yang boleh x serap bau. Ataupun beli sahaja yang plastik kain pvc mcm biasa, dan tambah kan kusyem yang boleh tukar tukar untuk basuh.

Apa apa pun, kalau rumah anda sudah ada yang menggunakan kerusi roda, pakat pakat lah untuk buatkan perjalanan kerusi roda tu sepanjang berada di kawasan rumah boleh dicapai.

Seperti contoh:

1. nak masuk tandas ada satu macam tambahan simen untuk turun. Sebab kebiasaan tandas kan simennya turun sedikit untuk bagi air tak masuk ke rumah.

2. mana mana karpet atau tikar, mungkin boleh digulung simpan sahaja. Nanti rosak tikar atau pun susah pula kerusi roda nak lalu.

3. saiz yang sesuai untuk kerusi roda masuk. Kebiasaanya, kalau nak pergi ke ruang dapur, pasti lorongnya kecil. Jadi pastikan lorong tu itu sesuai lebar nya untuk kerusi roda boleh lalu.

4. kalau biasa sofa biasa tersusun cantik lengkap untuk yang duduk sorang, berdua dengan bertiga. Bagi lah satu ruang kosong untuk kerusi roda parking di sebelah sofa tu.

5. samakan paras tinggi katil pesakit dengan kerusi roda. Ini mudah sikit untuk berpindah baring nanti. Kalau tinggi sangat, susah pula nak menganjak.

Apa apa pun, kenapa perlu semua ini?

Penting, yang menolaknya kita, jadi takut takut tak berapa rajin untuk tolak setiap masa. Nanti terberdosa pula kalau tiba tiba rasa berkira. Jadi lebih baik, kita buatkan kondisi kerusi roda tu baik, dan keadaan sekeliling pun mesra kerusi roda. Boleh la orang yang naik nya itu nanti berdikari sendiri dengan mudah.

Jadi, ambil tahu jenis jenis kerusi roda yang ada adalah option terbaik untuk tahu.

Ini pula antara kerusi roda yang ada dijual di farmasi.

Comments

comments

Leave a Comment