Cara Untuk Memilih Tilam Yang Sesuai

Tilam, bukan senang senang sahaja untuk buat pilihan. Kita akan habiskan masa 1 per 3 dalam sehari atasnya.

Jadi pilihlah elok elok.

Bukannya lembut,  murah sahaja yang patut menjadi pilihan.

Kalau ada dalam seribu, insyaAllah anda akan dapat buat pilihan yang senang sikit.

Tak perlulah berbelanja sampai lebih 30 000 ringgit seperti jenama Duxiana ni. Tak pastilah apa yang bagus sangat sampai nak letak harga sampai 20 ribu. Tapi mengikut Consumer Reports, yang telah pun buat kajian, dicariknya tilam yang mencecah 7 600 dollar ni, di test dan di analisys kemampuannya.

Anda boleh baca sendiri di sana, tapi kelebihan yang paling unggul terdapat pada Duxiana ialah anda boleh ‘adjust’ kelembutan atau kekuatan tilam yang diinginkan. Dan mestilah penggunaan fabric yang bermutu tinggi yang kita tak dapat nak sangka kenapa perlu sampai macam tu harganya.

Untuk hari ni, kami bukan nak preview tilam yang semahal itu.

Tapi lebih kepada jenis jenis tilam yang anda boleh fahami dulu sebelum buat pembelian.

INGAT!!!

Tilam membantu masalah insomnia atau masalah susah mahu tidur awal. Jadi kita mesti buat pilihan yang terbaik.

Tilam juga merupakan antara factor utama membantu anda untuk tidur awal dalam 6 list utama kami di cara untuk tidur awal.

Cara yang paling mudah untuk nilai sama ada tilam yang anda guna sesuai atau tidak ialah bila bangun pagi esoknya atau sebaik sahaja anda bangun, kalau rasa sakit sakit badan itu petanda anda MESTI tukar tilam yang lain.

Tapi bila nak beli, agak mustahil untuk try sampai esok pagi kan.

Kalau anda perhatikan, tilam memang akan disusun baring supaya anda boleh cuba.

Cara Untuk Memilih Tilam

Untuk memilih tilam, anda mesti tahu jenis atau binaan mana yang sesuai dengan anda dahulu. Ada yang rasa selesa kalau keras sikit, ada yang rasa nak lembut pula.

Tapi tak mengapa, kami kongsikan jenis nya sebaik sahaja kami share cara untuk memilih ini.

Objektif

Tujuan utama adalah untuk anda berasa selesa, sampai ke pagi. Tilam juga ada yang akan rasa panas sikit bila anda baring lama lama yang perlu untuk anda consider juga.

Berikut merupakan langkah yang anda boleh cuba untuk menilai:

  1. Baring mengiring tak rasa bahu sakit – kita cuba baring cara yang Sunnah duhulu. Mengiring ke kanan. Anda cuba try dan pastikan tidak rasa pressure yang lebih di bahu atau lengan
  1. Baring melintang pula dan pastikan tak rasa tenggelam sangat.
  1. Bila baring, tak rasa panas. Tapi susah juga untuk nilai ni sebab dah memang dalam shopping complex, suasana sudah memang nya sejuk. Cukuplah sekadar pilih yang lapisan atasnya melengkung lengkung tu. Untuk pengudaraan.
  1. Cuba test goyangan partner – yang ini tujuannya supaya anda rasa tak terganggu bila pasangan anda di sebelah bergerak.

Caranya.

Sorang memang dah baring. Yang lagi sorang cuba baring tapi macam laju2 sikit. Hentakkan badan tu sikit. Bagi macam ada bouncing.

Atau pun, sorang memang dah baring dan partner cuba alihkan badan mengadap yang arah lain.

Kalau tak silap, mengikut kajian dari Consurmer Report, anda mungkin perlukan masa 15 minit sekurang kurangnya untuk baring dan cuba baring atas tilam tersebut untuk try ok atau tidak.

Ingat, jangan test tilam sahaja. Letak bantalnya juga.

Sebenarnya, kalau kita tahu jenis atau cara pembuatan dalaman sesuatu tilam tersebut, kita akan boleh senang senang agak yang mana satu tilam yang sesuai.

Sebab setiap pembuatan ada kelebihannya, dan juga ada harga harganya.

Ada Berapa Jenis Pembuatan Tilam?

Walaupun anda lihat di Aeon atau Court Mammoth bersusun tilam dari mula dinding sampai ke hujung sana dindingnya, sebenarnya kebiasaannya ia hanya merangkumi 3 jenis sahaja. Ok, mungkin 4 jenis, tapi jenis yang tu kami tak rasa ramai yang akan beli di Malaysia.

Dan 3 jenis itu ialah:

  1. Tilam yang mempunyai Spring
  2. Tilam yang jenis memory foam
  3. Dan terakhir ialah Latex

Tilam Spring

Tilam yang jenis spring ini biasanya akan ada dua cara binaan.

Yang pertama ialah inner spring dan juga poket spring.

Jenis yang inner spring ni adalah antara yang paling awal dalam pembuatan Tilam.

Dan kalau anda rasakan bergoyang disebabkan partner anda, kemungkinan besar tilam anda dalamnya adalah yang bersifat inner spring.

tilam jenis innerspring

Manakala yang poket spring seperti gambar dibawah pula partner anda akan berasa tidak lebih terganggu dengan jenis innerspring di atas.

tilam jenis poket spring

http://beds.org/blog/pocket-coils/

Jadi anda pasti boleh bayangkan, yang tenaga atau tekanan yang kita berikan pada sesuatu bahagian di atas tilam jenis pocket spring ni hanya melibatkan bahagian itu sahaja, tidak seperti inner spring yang akan turut juga menggerakkan bahagian yang lain.

Walaubagaimana pun, ia masih lagi bergantung dengan cara buatan dan susunan lapisan layer di atas nya.

Kalau nak diikutkan, tilam Duxiana yang harga 7 600 dollar di atas tadi pun ada innerspring. Satu kecil dan satu besar seperti yang anda boleh lihat di bawah.

tilam yang paling mahal

Binaan tilam Duxiana ni boleh kata evolusi baru juga. Gabungan beberapa inner spring dan adjustable layer, yang kemungkinan besar ada memory foam iaitu jenis lain akan kita bincangkan nanti.

Seperti yang anda lihat, yang penting tulang belakang kita dalam keadaan menegak supaya kita dapat rehatkan tulang belakang tanpa perlu beri sebarang tekanan semasa tidur.

cara tidur yang betul

Duxiana Referrences

Seperti image di atas, ada tilam yang akhirnya kita akan rasa soft dan firm.

Kalau anda rasa bila bangun pagi terasa macam join paint problem atau sakit belakang, itu kemungkinan disebabkan tilam anda terlalu soft. Dan kalau anda rasa macam kebas kebas pula, itu terlalu firm.

Kalau nak diikutkan, tilam yang firm lebih ni adalah yang jenis Latex kebanyakannya. Sebab latex memang akan rasa keras sikit. Walau bagaimanapun, jangan salahkan tilam kalau cara tidur anda memang ganas.

Dan untuk pengetahuan anda, tilam yang penulis guna sekarang ialah yang jenis innerspring, dan ya, memang bergoyang goyang. Tapi tak mengapalah sebab masih lagi bujang, tidur sorang sorang sahaja.

Untuk yang berbadan besar juga sesuai jenis tilam yang macam ni.

Memory foam

Mana yang sakit belakang atau mungkin juga ibu mengandung atau bapa yang juga sedang mengandung sesuai untuk yang jenis ini.

Ia akan betul betul mengikut struktur bentuk badan kita.

Tapi tengok tengok juga, kalau terlalu lembut akan buatkan badan kita tenggelam, takut takut rasa lemas sahaja.

memory foam 1

Reference

Normally, tilam yang jenis ni akan cecah seribu ringgit punya. Tapi pasti ada yang murah murah juga kan.
Yang jenis memory foam ini juga adalah penyelesaian terbaik untuk partner anda yang kalau sifat nya memang senang terjaga bila goyang goyang sikit.

Memory foam ini menjadi pilihan ramai juga, lapisan fabriknya akan lebih lambat kembali ke bentu asal sebaik sahaja anda letakkan tekanan ke atasnya, berbanding dengan jenis yang lain. Tambah lagi yang spring.

memory foam

Latex mattress

Ini jenis akan rasa keras sikit. Dan berat juga disebabkan cara pembuatannya dengan campuran getah.

tilam getah

Bila sebut natural latex mattress tu bukan semestinya total natural bahan buatannya. Kadang kadang ada beberapa percent sahaja pembuatan yang narual, selebihnya tidak tapi masih lagi panggil natural.

Begitu juga dengan ketebalan latexnya, mungkin nipis sahaja. Tapi terus panggil jenis latex.

Tak kesahlah, yang penting anda try dahulu.

Ibu saya sendiri guna jenis Latex ni kalau tak silap. Memang keras, tak sesuai untuk saya. Tilam herba katanya, entah apa yang herba.

Jenis yang terakhir iaitu, adjustable air.

Lagi satu jenis type yang kita tak sentuh ialah adjustable air. Ini kemungkinan besar tak berapa di praktik di Malaysia.

Ada angin dalam tilam bukan yang jenis terapung atas air. Ia lebih kepada poket poket udara gitu. Ada juga jenis tilam yang

Kita boleh set berapa banyak dan kuat atau padat anginnya. So kita boleh setting sendiri sekeras mana tilamnya.

Yang pasti….

Apa apa pun, hanya anda boleh nilai sendiri. Kami hanya memberi beberapa idea yang anda boleh sandarkan sahaja. Besar kemungkinan juga, apa yang kami kongsikan untuk setiap jenis di atas mungkin akan berubah, nak tahu betul betul. Kena carik tengok dalam macam mana.

Sebelum anda beli.

Pastikan check dahulu kalau ada promotion atau tidak. Check juga return policynya. Ada juga yang tilam sampai 10 tahun waranti kan.

http://www.consumerreports.org/cro/mattresses/buying-guide.htm

http://www.bedsonline.com.au/pages/Types-of-Mattresses.html

http://www.which.co.uk/reviews/mattresses/article/choosing-the-best-type-of-mattress

 

Comments

comments

Leave a Comment