Cara Skipping Yang Betul

Untuk melakukan senaman ini ia bukan lah susah mana.

Tapi bukan juga anda boleh belajar sekelip mata.

Kerana sukan tali skipping memerlukan anda mengawal lompatan kaki yang dalam masa yang sama perlu juga menghayun tali skipping di tangan anda melepasi kaki juga.

Jika tidak sama pada waktu nya, tali skipping akan berhenti dihalang kaki anda yang sudah pijak di lantai pula.

Jika takut terpijak, anda fikir lompat dengan lebih tinggi yang sememangnya akan buatkan anda cepat letih pula.

Tapi skipping baru tak sampai 5 cm, tak perlu lah lompat sampai 3 kaki kan.

Related : Kebaikan Senaman Skipping

Sukan tali skipping ini, bukan sahaja lebih baik daripada jogging, malah ia lebih mudah untuk dilaksanakan.

Anda tak perlu luang masa jauh di luar untuk jogging. Hanya perlu buat di rumahnya.

Tapi, caranya kena betul.

Dan perlukan kemahiran sedikit.

Untuk permulaan, pastikan anda memilih tali skipping yang sesuai.

Harap article Tali Skipping Yang Bagus!! Cosway akan membantu anda serba sedikit.

Pilih samada mahu yang buatan kain/kulit, atau pun cabel.

Ada yang lebih selesa cabel, sebab kain terlalu perlahan kerana sifat lebih ringannya.

Tapi jika anda pilih tali yang cabel jangan pula pilih terlalu berat, takut anda belum bersedia pula.

Panjang tali skipping yang sesuai juga memain peranan penting, tambah lagi bagi anda yang terlampau tinggi dan rendah sikit.

Selepas anda pilih tali skipping yang sesuai, tiba masa untuk buat latihan.

Bila di perhatikan latihan tali skipping ini akan berlaku pada 3 peringkat.

Peringkat Pertama

Peringkat ini adalah anda mula belajar cara dan langkah awal menggunakan tali skipping ini.

Dari segi cara melompat, berapa tinggi anda melompat. Kesesuaian anda menghayun tali melepasi kaki anda, dan sememangnya ia dibantu juga dengan jenis mana yang lebih sesuai, dan juga lagi satu kedudukan siku dan lengan anda menghayun tali.

Video di bawah antara terbaik untuk anda yang masih lagi dalam peringkat awal.

Peringkat Kedua

Peringkat ini anda mungkin tiada masalah untuk perkara asas di atas.

Pada tahap sekarang anda sudah boleh dikira tahu menggunakan tali skipping dengan lebih baik.

Tapi sekarang, anda akan lebih focus untuk pelbagaikan teknik seperti lompat sebelah kaki kiri dan kanan dan juga cara cara lompatan yang lain, yang turut juga memberi focus pada bahagian bahagian yang tertentu pada badan anda.

Seperti juga sukan seperti aerobic, ada focus point pada setiap pergerakannya bukan.

Tali skipping juga ada, tapi tak jauh bezanya, namun berkesan juga untuk pelbagaikan pergerakan anda untuk rasa lebih menarik.

Video di bawah, ada tunjukkan rutin selama 20 minit untuk anda ikut bersama.

Video di bawah, kami pilih hasil daripada tunjuk ajar yang straightforward yang tanpa perlu anda ambil masa untuk dengar pula perbualan video nanti.

Video di atas adalah daripada channel Fitness Blender, banyak guna tips tips senaman lain yang anda boleh dapat. Mungkin boleh luangkan masa di sana sebentar untuk review beberapa video.

Peringkat Ketiga – Yang Terakhir

Peringkat ini boleh dikatakan tidak perlu juga.

Tapi memandangkan anda pun sudah mahir dengan Tali Skipping, pasti nak tak nak ingin juga cuba pergerakan yang lebih advanced juga kan.

Kalau anda browse youtube, terdapat banyak sangat pergerakan yang agak sukar untuk anda lakukan bersama.

Namun dalam banyak banyak itu, kami rasakan latihan daripada Barnaby Lassen di bawah ini adalah yang patut anda tonton.

Summary Cara Skipping Yang Betul

  1. Kedudukan tangan mesti betul, kalau anda perhatikan dari siku ke pergelangan tangan sahaja yang menghayun
  2. Panjang tali skipping mesti lah sesuai, sebaiknya dapatkan tali skipping yang boleh dilaras
  3. Pakat kasut
  4. Melakukan aktiviti di tempat yang lembut adalah digalakkan, seperti atas track ataupun rumput, jangan atas simen sebab pergerakan lompatan anda akan menghauskan cecair yang antara lutut anda.
  5. Bukan semestinya buat hari pertama, terus boleh dapat berates ratus pusingan, mula dengan sedikit dahulu. Kalau tak larat, berhenti dan esok cuba lagi. Bukan berapa banyak yang penting, tapi good progress.

Adakah tali skipping cosway yang terbaik? Mungkin tips pemilihan tali skipping ini dapat membantu.

Comments

comments

Leave a Comment