Cara Bina Badan Yang Betul- Kami Interview Salah Seorang

Anda pasti terkejut, tapi rata rata yang badan nya cantik sebenarnya di bantu oleh satu bahan kimia iaitu STEROID.

Tapi kadarnya tidak terlampau tinggi.

Mungkin bukan semua, tapi kadarnya masih ada.

Bagi mereka yang ingin memilih guru atau mereka yang pandai mengenai cara bina badan ada baiknya anda lebih berhati hati kalau takut takut ia nya adalah bantuan steroid.

Walaubagaimanapun, apa yang pasti mereka yang berbadan “sado” ini masih lagi memerlukan latihan yang betul untuk dapatkan bentuk badan yang sado itu.

Setiap hari berbeza posisi focus tubuh untuk “dicantikkan”.

Bantuan Protein Dan Steroid.

Cara pemakanan bina badan…

Untuk Steroid ia mudah, anda makan beberapa biji untuk membantu anda dapatkan apa yang anda mahu. Ada pendapat mengatakan dengan steroid akan buatkan anda kurang peka kemudian hari, ada juga mengatakan dengan steroid akan buatkan anda kerap memerlukannya.

Untuk protein pula anda mesti dan akan menjadi amalan pemakanan anda.

*Malangnya tiada langsung pengesahan Halal untuk produk ini.

Bagi mereka yang bina badan secara zahirnya anda akan dapat lihat mereka ini mempunyai fizikal yang kuat, hasil daripada bentuk badan yang cantik.

Tapi apa yang paling utama ada pada mereka ialah kekuatan mental untuk terus berusaha dari hari ke hari.

Seperti contoh untuk membuat latihan workout setiap hari dalam tempoh 1 bulan pun belum tentu boleh dilakukan oleh kita yang biasa ini.

Tapi untuk mereka, ia biasa.

Dan dikhabarkan, bila mereka sudah lama bermain aktiviti ini, ia akan menimbulkan rasa ketagih atau addicted untuk pergi juga tetap pergi juga ke gym.

Focus Workout untuk Bina Otot

Focus workout kebiasaannya ialah pada bahagian upper body, dada, bahu, lengan dan perut.

Tapi antara yang paling penting juga di bahagian lower body di kaki dan sebagainya.

Ada juga kalau anda perhatikan, mereka yang mengamalkan bina badan ni kadang kadang kakinya agak kecil kalau nak dibanding dengan upper body. Kemungkinan besar individu ini hanya beri focus di bahagian atas sahaja.

Maka, keseimbangan rutin latihan mestilah baik dan sesuai.

Cara Bina Badan Yang Betul

Merujuk daripada apa yang di beritahu oleh kawan kami.

Objective atau final bina badan ini kebiasaannya di tentukan oleh dua, iaitu memang hanya ingin dapatkan shape sahaja atau pun memang inginkan bentuk muscle yang besar seperti Sazali Samad.

cara untuk bina badan

Kami pasti rata rata pembaca inginkan shape yang menarik berbanding dengan muscle yang terlalu besar yang biasa di usaha gandakan oleh Mr Olympia.

Disebabkan itu, kami akan mengambil inisiatif untuk interview salah seorang daripada kenalan kami yang memang aktif dengan aktiviti sukan ini.

Sesi Interview Kami dengan Saudara Aimancara bina badan

Nama beliau ialah Aiman, dan ini adalah facebooknya.

Dalam interview ringkas ini kami ada tanyakan beberapa perkara penting yang pasti ramai yang ingin tahu.

Pastinya ramai yang hanya menyaksikan mereka yang aktif sukan bina badan ini hanya perlu mengangkat beban yang berat berulang kali, tapi sebaliknya setelah hampir 1 jam sesi ini berlaku, apa yang kami dapat simpulkan ia lebih daripada itu, banyak perkara yang tersirat yang dikawal semasa latihan.

Berikut merupakan soalan ringkas beserta jawapan yang diberikan Saudara Aiman.

Perbualan kami dengan Aiman agak kasual, jadi kami telah ubah ia supaya lebih mudah difahami dibawah.

Apakah Yang Paling Penting Untuk Bina Badan?

  1. pemakanan yang betul

Antara perkara yang laing dinyatakan oleh Saudara Aiman ialah rule 70% makanan dan 30% workout.

Yang membawa maksud, apa yang anda lihat semasa mereka menjalani rutin latihan di gym haruslah hanya merangkumi 30% sahaja daripada keseluruhan aktiviti, sebaliknya pemakanan adalah pembawa kejayaan yang lebih besar.

  1. teknik senaman yang betul

Saudara Aiman ada juga mengatakan untuk yang masih baru ( beginner ) haruslah memahami step step bagaimana pergerakan untuk yang masih beginner. Ini penting untuk mengelakkan kecederaan.

  1. safety

Keselamatan juga mesti diutamakan seperti memakai kasut saiz yang sesuai, begitu juga kalau takut takut ditimpa dumbel.

Selain itu, yang penting tapi jarang digunakan ialah penggunakan tali pinggang yang sesuai untuk senaman. Harga dalam RM 50 sudah boleh dapat katanya.

Ini penting untuk safety kedudukan pinggang anda.

  1. sifat tanya menanya

Saudara Aiman ada mengatakan, jika ada yang masih baru jangan malu untuk bertanya dan cari jawapan seperti apakah senaman yang patut dilakukan untuk yang masih baru. Supaya anda tidak tersalah langkah, samada akan ditimpa kecelakaan ataupun senaman anda tidak menjadi untuk waktu yang sepatutnya seperti apa yang dinyatakan oleh Aiman iaitu mengenai stress dan squeeze yang juga kami tanyakan detail di bawah.

Apakah Sizing dan Cutting dalam Workout?

Sizing dan cutting dalam workout ialah bagaimana result saiz otot yang anda inginkan.

Seperti contoh, katakan anda nak dapatkan otot yang besar.

Anda mesti buat workout sizing dahulu, diikuti oleh senaman cutting.

Dan bila kami tanya apakah beza dua ini,

Aiman dengan mudah jawab, cutting ialah reps yang banyak.

Yang membawa maksud, anda angkat beban yang lebih berat dahulu yang mungkin hanya mampu diangkat dan diulangi dalam 10 kali. ( 10 reps )

Dan diikuti pula dengan beban yang lebih ringan untuk membuat cutting dengan mendapatkan lebih banyak reps.

Cara pemakanan untuk bina badan?

Menurut apa yang dikatakan oleh Aiman, tiada bezanya dengan article yang kami di mengenai Diet Atkins di sini.

Untuk dapatkan tenaga semasa workout, anda perlu lebihkan makanan seperti karbohidrat seperti nasi.

Karbo akan membantu anda untuk mendapatkan lebih tenaga semasa workout, tapi jangan berlebihan kerana karbo yang berlebihan akan membuatkan ia menjadi lemak.

Anda juga dinasihatkan untuk makan lebih karbo untuk buat Sizing.

Bahagian yang paling mudah untuk bentuk?

Pembentukan sesuatu bahagian adalah berbeza mengikut genetik, pasti ramai yang lebih mudah di bahagian dada, ada yang di tangan dan sebagainya.

Namun untuk Aiman, beliau lebih mudah di bahagian tangan diikuti dengan dada.

Pernafasan yang betul semasa work out

Kami pasti anda mudah memahami ini,

Katakan anda sedang membuatkan senaman tangan, pastikan anda lepaskan beban seiring dengan anda lepaskan udara pernafasan.

Bagaimana pula dengan aktiviti sebelum dan selepas workout?

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk Stretching dahulu sebelum mulakan workout supaya darah anda sudah bersedia di pam.

Seperti contoh, katakan anda buat senaman dada menggunakan dumbell seperti dibawah:

contoh senaman workout

Eloklah sekiranya anda mengangkat beban dumbel yang ringan dahulu dalam 20 reps, sebelum anda mengangkat beban yang lebih untuk buat Sizing diikuti dengan Cutting.

Cara bina badan di rumah, workout?

Apa yang diberitahu oleh Aiman, jika anda nampak banyak orang putih yang beritahu senaman yang sesuai buat di rumah di Youtube adalah kemungkinan besar tidak benar.

Sebab seperti prinsip di atas, sizing dan cutting.

Masakan senaman seperti tekan tubi boleh dapatkan otot yang besar kerana anda akan dapat lebih reps di situ yang membawa maksud ialah adalah step untuk cutting.

Jadi, untuk senaman dirumah, kebanyakannya adalah untuk senaman cutting melainkan anda bina alat alat senaman anda sendiri.

Cara Workout yang Salah?

Selain daripada aktiviti di atas yang tidak dituruti, antara perkara lain yang ditambah ialah jangan selangi rehat anda lebih daripada 2 minit.

Seperti contoh, anda buat sizing dan selepas itu(tidak lebih 2 minit) untuk buat cutting.

Dan juga tak perlu workout sampai lembik atau lunyai ( kerana Aiman orang Parit ).

Ia bukan sahaja membahayakan kerana mungkin anda tiada langsung tenaga untuk mengangkat beban tersebut, asalkan anda dapat rasakan stress atau tegangan otot anda.

Prinsip Stress dan Squeeze?

Stress dan squeeze agak sukar untuk dijelaskan dengan ayat.

Tapi kalau nak dibezakan ialah, kalau angkat beban seperti dumbell, jangan hanya angkat, sebaliknya anda juga focus untuk sqeeze dan stress otot bicep anda.

Supplement vs steroid?

Mengikut Aiman, supplement atau makanan tambahan diperlukan untuk meningkat produksi tumbesaran otot.

Seperti apa yang dikatakan oleh Aiman dari kawannya oleh Sazali Samad.

Jangan buat workout kalau tak makan supplement.

Contoh supplement yang diambil oleh Aiman ialah sumber protein setiap hari dan multi vitamin.

Ingat juga, yang membantu tumbesaran otot ialah dari sumber protein, bukan karbo.

Karbo hanya digunakan untuk dapatkan tenaga untuk anda lakukan senaman.

Manakala, lemak pula terhasil jika senaman anda tidak selari dengan jumlah karbo yang anda ambil, dalam erti kata lain ialah ia sudah berlebihan.

Steroid pula ialah pemakanan untuk mempercepatkan proses.

Menurut Aiman yang lansung tiada gunakan steroid.( buat masa ini, tarikh 2 Januari 2015 )

Steroid tiada salah digunakan, kerana ia akan cepatkan proses tumbesaran otot.

Seperti juga apa yang diambil oleh Sazali Samad dan ramai yang lain.

Masalahnya jangan berlebihan kerana ia membahayakan kesihatan.

Contoh mereka yang mengamalkan steroid yang berlebihan ialah urat di badan yang lebih banyak timbul dari yang biasa. Badan yang mungkin juga akan berbintik bintik da juga ada kulit yang berminyak.

Berapa Kos Pergi Gym yang Aiman sertai Sekarang?

Setiap pusat Gym berbeza, dan yang untuk Aiman sertai ialah RM 120 untuk pendaftaran dan RM 70 untuk setiap bulan.

Apakah Gym Yang Menjadi Kriteria Pilihan Aiman?

Pengudaraan yang baik, alat senaman yang pelbagai, jika ada air kon adalah lebih baik.

Dan utamakan kebersihan seperti apa yang diberitahu oleh Aiman, kadang kadang ada board di dalam gym yang mengatakan seperti “cuci peluh selepas digunakan”.

 

 

Comments

comments

Comments(13)

  1. June 11, 2016
    • June 15, 2016
    • June 15, 2016
  2. September 14, 2016
    • September 15, 2016
  3. November 3, 2016
    • December 4, 2016
  4. January 31, 2017
  5. January 31, 2017
    • January 31, 2017
  6. February 13, 2017
  7. May 21, 2017
    • June 10, 2017

Leave a Comment