Cara Untuk Kurus Dengan Cepat – 1 kilo 1 hari?

Betul Tidak Diet Kalori….

Mampu Turunkan Berat Badan Dengan Cepat?

Bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi rata rata article mengatakan untuk kurus dengan cepat ialah dengan melakukan jogging, work out, jangan makan malam lah. Jangan makan berlemak, bergula dan sebagainya lah.

Persoalannya, apa betul ke tidak cara cara tersebut boleh menguruskan berat badan anda dengan cepat?

Maaf ya, kalau terasa.

Sebab saya tak rasa ada betulnya. Atau pun mungkin kurang tepat untuk sampai kepada kesimpulannya.

Kerana untuk kurus kan badan dengan cepat ialah dengan mengehadkan kandungan karbohidrat.

Kalau tak percaya cuba lihat kajian di bawah ni.

Kajian Pertama

Ada satu saringan seramai 132 orang, kajian oleh New England Journal.

Separuh daripada 132 orang ini akan kurangkan makanan yang berlemak, manakala separuh lagi kurangkan makanan yang berkarbohidrat.

Dan selepas 6 bulan, resultnya adalah seperti dibawah:

makanan karbohidrat

Seperti yang anda dapat lihat sendiri, kadar penurunan berat badan untuk mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat lebih turun mendadak berbanding yang mengurangkan kandungan lemak.

Kita beri contoh lagi satu kajian…

Dalam dunia ni, ada lebih 40 program diet yang popular, untuk market USA lah. Kita mungkin kenal atkin dan kalori sahaja.

So satu kajian juga di eropah, mereka buat 4 program diet seakan akan bertanding dan lihat yang mana satu lebih cepat penurunannya. Kali ni lebih ramai, 311 orang.

Dan lihat graph di bawah untuk resultnya.

perbandingan diet program

Diet atkins, atau antara diet yang memberi focus pada pengurangan rendah karbo sangat drastic penurunannya.

Ini baru 2 daripada 23 kajian yang sempat dibuktikan. Anda boleh rujuk pada post yang saya sudah untuk ketahui kajian yang dijalankan oleh penyelidik di post, bukti sebenarnya makanan berkarbohidrat

Kenapa bila diet, dan untuk dapatkan result yang cepat itu penting?

  1. Supaya kita lebih bersemangat, dalam 2 minggu, turun 8 kg. siapa yang tak mahu?
  2. Sudah menjadi lumrah manusia yang suka buat kerja last minit. Lagi 2 bulan nak kahwin baru kelam kabut nak diet. So untuk itu, diet kalori yang memang masih lagi mujarab dan lebih sihat dan sedap pola pemakanannya agak lambat sikit untuk dapatkan result yang cepat.

Justeru,

Diet karbo, bukan satu satunya diet untuk anda follow bila masa nak kurus atau mulakan diet. Diet kalori pun boleh juga. Cuma bezanya lambat dengan cepat sahaja.

Persoalannya,

Berapa banyak pula karbo perlu diambil untuk dapatkan result dengan cepat?

Untuk itu, anda boleh baca penulisan yang lebih jelas daripada Authority Nutrion di sini.

Rumusannya.

Mengikut penulisan Authority Nutrition.

Mereka mengklafikasikan jumlah karbo yang diambil kepada 3.

Daripada 100 hingga 150 g

Daripada 50 hingga 100 g

Dan daripada 20 hingga 50g

Anda boleh baca sendiri untuk range pertama dan kedua.

Tapi apa yang saya nak sentuh ialah pada range 20 hingga 50g

Apa yang akan berlaku ialah, pada kadar ini hanya 20g sahaja jumlah karbo di ambil, tindakan badan anda akan berubah sedikit.

Metabolic rate anda juga lebih baik.

Bermaksud, sangat sesuai untuk mereka yang mahu kuruskan berat badan cepat.

Kerana pada kadar ini, badan kita akan berubah kepada proses apa yang dipanggil sebagai ketosis.

Apakah itu Ketosis?

Bila buat diet atkin contohnya, proses ini lah yang dicari cari dalam 2 minggu atau awal awal peringkat pertama diet.

Proses ini lah cuba membuatkan badan kita set supaya mendapatkan tenaga untuk bekerja daripada lemak, bukan daripada makanan.

Sebab sudah menjadi lumrah fungsi organ dalaman yang akan menjadikan apa yang anda makan sebagai sumber tenaga. Iaitu salah satunya ialah Karbohidrat

Tapi sebabkan diet atkin hanya benarkan 20g sahaja. Bermaksud, badan kita terpaksa mencari alternative lain daripada makananan yang kita ambil sebagai sumber tenaga.

Dan dimana ia cari untuk dapatkan tenaga? Sudah pasti dari LEMAK.

Sebab memang sudah menjadi fungsi lemak untuk supplykan tenaga simpanan.

Dan bila lemak pun digunakan, makan berat pun akan turun.

Untuk dapatkan lebih info mengenai diet atkin, anda boleh beralih ke post utama kami di sini, asas pemahaman diet atkins.

Cara untuk mengetahui jumlah karbo dalam makanan?

Mudah sahaja, guna Google.

Di bawah adalah contoh satu carian untuk anda mulakan pencarian.

 

jumlah karbo dalam nasi

Pastikan anda gunakan keyword ‘how many carbs in …..” untuk dapatkan resultnya.

Comments

comments

Leave a Comment