Cara Untuk Menghilangkan Ulser Mulut

Petua untuk hilangkan ulser – Tapi tak cepat

Cara Untuk Menghilangkan Ulser Mulut

Ulser bila sudah kena, memang perih.

Nak makan susah, nak minum pun susah. Dan yang paling susah. nak sembuhkan.

Tambah lagi kalau nak makan pedas.

Untuk jerawat, ada product yang kalau nanah hari ini, esok insyaAllah boleh sembuh. Kami ada buat post mengenainya di cara hilangkan jerawat dengan cepat.

Tapi kalau anda sakit ulcer. Adakah boleh sembuh esoknya juga?

Sorry, betul tentu. Dan mengikut pengalaman saya. Tak pernah. Kebiasaannya, ulser akan ambil masa dalam tempoh 1 minggu.

Sharing ni bukan untuk ulser mulut bayi ya. Anda boleh rujuk pada yang pakar untuk bayi.

Ubat yang saya cadangkan di sini walaupun ada yang untuk baby punya. Tapi saya tak berani untuk bual mengenainya.

Tambah lagi yang jenis inflamation ulcer pada lidah tu. Teruk, anak saudara saya pernah kena.

Sampai tak bercakap, kesian dia.

So, ini lebih kepada panduan untuk yang sudah dewasa.

Untuk yang bayi, anda boleh rujuk post ini, dari shehanstudio

Cara saya mengatasi penyakit ini.

Bila saya sakit ulser satu sahaja ubat yang saya percaya sampai sekarang ialah “bonjela”.

Dulu, ingat lagi harganya RM 6 lebih. Dekat 7 ringgit lah.

Tapi sekarang, sudah dekat 15 ringgit.

bonjela ubat mulut

Macam saya cakap tadi, belum tentu bonjela boleh bantu setiap masa.

Walaupun rate penyembuhannya lebih baik daripada ubat yang lain.

Ada lagi satu ubat ulcer yang biasa doktor Klinik bagi ialah ubat yang botolnya macam eyedrop tu.

Saya tak pasti apa nama ubat tu.

Tapi yang pasti, kalau anda dapat ubat tu yang jenis nya tersangat cair…cair, tak likat. Bukan lah mengalir macam air. Tapi kalau nampak cair cair ubatnya tu, tu antara ubat yang membuang masa anda beli. Tak akan boleh bantu punya.

Tapi sebaliknya pula kalau anda dapat ubat botol yang seakan sama, botol eyedrop tapi isinya sedikit likat. Dan bila letak di tempat ulser mulut anda. Akan rasa kebas.

Kalau macam ni, ini adalah antara ubat yang baik.

Antara bonjela dengan ubat yang cecair likat dan bila taruh akan rasa kebas ni boleh la kata, mereka berdua ni bersaing rapat.

Dan saya boleh kata, yang botol eyedrop (mesti likat sedikit dan akan rasa kebas bila letak) lebih baik dari Bonjela.

Tapi jenis yang cecair likat ni biasanya hanya terdapat di klinik kerajaan. Jarang ada di Klinik.

Jauh pula saya nak kesana(pergi klinik kerajaan), lagi nak beratur lagi.

Jadi saya lebih prefer pergi farmasi dan beli sahaja bonjela.

Bagaimana Ulcers Boleh Terjadi

Mengikut catitan daripada Web MD punca ulcer mulut ni masih lagi tidak tahu kenapa.

Mungkin post tersebut di Web MD masih lagi tak update.

Setelah berjumpa dengan doktor di salah sebuah klinik di Simpang Pulai.

Namanya Klinik Edina, di bawah ni mapnya

Apa yang doktor tu cakap salah satunya ialah tidur yang tak cukup

Ada betulnya sebab saya memang tidor tak cukup

Lagi satu saya boleh tambah, ialah bila kita hendak menggosok gigi. Kadang kadang akan terkena gusi juga kan. Kalau yang jenis terlampau ganas tu. Jadi gosok gigi anda dengan betul.

Bila gusi luka, boleh juga jadi punca untuk ulser mulut.

Jenis Ulser

Mengikut article tentang ulser daripada Health Line,

Penyakit ulser ni ada banyak jenis. Anda boleh rujuk disana untuk article lengkap.

Dan jenis ulser yang kami maksudkan sekarang ialah yang bersaiz kecil.

Seperti di gambar yang dipaparkan. Sumber dari Wikipedia

contoh ulcer mulut

Tips Tambahan Untuk Memulihkan Ulser Mulut

  1. Ada banyak lagi buah buah lain yang boleh membantu, kadang kadang anda tak perlu pun beli bonjela atau apa. Jimat duit, hanya perlu beli buah buah oren sahaja. Dapatkan yang lebih masam mungkin lebih baik. Tapi mungkin sebab kan ia cara yang tidak melibatkan bahan kimia.

Jadi penyembuhannya agak perlahan sedikit. Seperti contoh saya, saya masih ingat lagi. Buah oren yang terakhir lah baru ulser saya surut dan hilang 🙂

  1. Tidur mesti cukup.
  2. kemungkinan mandi dengan kerap atau mengikut betul pada waktunya pun boleh membantu. Kerana saya percaya salah satu punca ulser ialah panas dalam badan ( not scientifically proven ). Jadi dengan mandi akan bantu anda meneutralkan suhu badan nanti. InsyaAllah

” Mandi jangan macam kambing ” like this

Comments

comments

Comments(3)

  1. August 30, 2016
  2. September 1, 2016
    • May 21, 2017

Leave a Comment