Cara Melakukan Diet Atkins ( Basic Overview )

 Kaedah Mengamalkan Diet Atkins

Update 26 July 2016

Diet atkins, fokus UTAMAnya adalah untuk mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak.

Anologinya begini…

Bila pengambilan karbohidrat semasa makan sudah kurang, maka badan kita secara automatik akan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Bila lemak lemak di badan digunakan sebagai bahan bakar, maka KURUS lah anda.

Badan kita ni, perlukan 6 jenis nutrisi untuk berfungsi dengan sempurna.

Iaitu :

  1. karbohidrat
  2. protein
  3. fat/lemak
  4. vitamin
  5. sumber minerals
  6. Air…..

Dalam 6 punca tenaga badan di atas, focus utama Atkins ialah makanan kandungan karbohidrat. Seperti nasi contohnya….Ada lagi makanan lain yang tinggi nilai karbo.

Eh… Kenapa tidak lemak?

Mudah….kerana Lemak juga berasal daripada makanan karbohidrat yang kita ambil.

Jadi itu sebab, atkins hanya focus pada pengurangan karbo berbanding dengan lain. Lemak bukan tak perlu diendahkan, malah lemak lah focus utama untuk ‘dibuang’.

Tapi, adalah lebih penting untuk hapuskan punca anda gemuk dahulu…

Kalau sudah cut puncanya, pasti berat anda akan turun punya.

Soalan?

Adakah pengurangan pengambilkan karbohidrat dalam makananan memang akan menguruskan badan?

Jawapannya YA, malah kami sudah list kan 5 daripada 23 kajian antarabangsa. Diet Atkins( diet karbo ) Versus pelbagai jenis diet program yang ada. Sebagai bukti..

Sejarah Diet Atkins – Siapa Yang Mulakan?Dr Atkins photo from wikipedia

Yang kita panggil panggil dari tadi sebenarnya ialah nama kepada tuan punya yang fikirkan idea untuk kurus ini. Iaitu, Dr Robert Coleman Atkins.

Beliau lahir pada 17 October 1930 di US, dan meninggal pada 17 April 2003 pada umur 72 tahun.

Jika anda berminat untuk mengetahui perjalanan kehidupan beliau dengan lebih terperinci kami ada lengkapkannya di ‘The’ Sejarah – Siapa Dr Robert Coleman Atkins?…Boleh rujuk di sana…Untuk post ini, kita beri focus pada pemahaman teknik diet atkin sahaja…..

Bagaimana Cara Diet Atkins Bertindak

Diet Atkins mempunyai 4 fasa yang mesti kena follow.

Tujuan utama 4 fasa ini dibentuk supaya proses penurunan berat badan anda boleh diurus dan dirancang dengan lebih baik lagi.

4 fasa ini bertindak seakan pandu arah untuk memastikan anda dalam peringkat diet yang betul yang sesuai dengan badan anda sendiri.

Diet Atkins Fasa 1- Induction

Fasa peringkat pertama ini dinamakan sebagai Induction, dan ini adalah peringkat yang paling penting.

Dalam fasa ini anda hanya dihadkan untuk mengambil 20g kandungan karbohidrat dalam makanan sahaja dalam sehari.

Kebiasaannya fasa ini berjalan selama 2 minggu, tapi ia masih lagi bergantung kepada keadaan dan berat ideal anda.

Mengikut Dzul daripada TakNakGemuk.com, proses ini yang paling penting kerana proses kitosis akan berlaku. Untuk pengetahuan anda, Dzul adalah pengguna Atkins Diet sendiri sejak 2010 lagi.

Dan beliau adalah antara pioner Diet Atkins di Malaysia. Anda boleh rujuk di post 2 blog diet, bagaimana bukan sahaja dia, kakaknya pun di kuruskan juga.

Untuk mematuhi had pengambilan karbohidrat yang hanya sebanyak 20g sahaja sehari, ada resepi resipi yang telah pun ditetapkan oleh pengamal Atkin. Jadi anda hanya perlu follow resipi yang disarankan sahaja.

Ada juga maklumat untuk tentukan berapa banyak kandungan karbohidrat dalam makanan juga, jika tahu ini anda boleh cipta menu diet atkin sendiri. Supaya tidak jemu dengan hanya 1 atau 2 resipi sahaja yang perlu anda amalkan selama 2 minggu. Lama juga tu kan..

Percaya tidak, dalam tempoh ini sahaja, anda mampu kurangkan 8 kilogram dalam masa 2 minggu sahaja.

Dzul dari TaknakGemuk.com sudah lancarkan PREMIUM panduan diet atkinnya untuk Siri Ketiganya dalam panduan ini ia lebih lengkap dan lebih mudah difahami berbanding dengan keluarannya sebelum ini. LEBIH KURANG 50 RECIPE ATKIN BERJAYA DI KUMPUL dalam ebook ni.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, tinggalkan email anda di bawah. Berserta juga dengan 2 video pemahaman diet yang saya rekodkan sendiri untuk anda.

Peringatan : Selepas anda masukkan detail di bawah, dan tekan button bawahnya tu, page ini akan terus bertukar ke video yang saya maksudkan. So andai kata pertama kali dengar atkin, boleh habiskan bacaan post ini dahulu. Nanti kat bawah anda boleh masukkan detail lagi untuk tengok video saya terangkan tentang diet pula.

Fasa 2 – Ongoing Weight Loss

Dalam program diet atkin, bahagian yang paling sukar dan paling banyak orang gagal ialah mematuhi pengambilan 20g karbohidrat semasa berada di Fasa 1 Induction.

Hal ini berlaku kerana kekurangan suasana yang membantu, seperti hari minggu yang kemungkinan ada kenduri, mungkin juga bagi yang lelaki bila nak stay up tengok bola malam malam, mungkin juga kawan kawan yang ajak makan luar contohnya. Jika ini yang terjadi, habis hancur plan diet anda.

Tapi mesti faham juga, susah senang Fasa 1 hanya berlaku dalam 2 minggu sahaja.

Kerana selepas fasa 1, anda akan berada di peringkat fasa 2 iaitu Ongoing Weight Loss.

Dalam fasa ini anda akan dibenarkan mengambil lebih sedikit kandungan karbohidrat berbanding fasa 1.

Begitu juga peringkat yang seterusnya, untuk fasa 3 dan fasa 4 di bawah. Lama kelamaan, plan pemakanan anda akan lebih mudah dan kurang ketat dan akan mengikut kepada berat ideal yang anda capai.

Fasa 3 – Pre Maintenence

Di bahagian ini, bila berat anda mula mendekati berat badan ideal target anda, anda boleh tambah lagi makanan yang mengandungi karbohidrat dalam makanan anda.

Fasa 4 – Lifetime Maintenence

Dalam fasa terakhir ini, anda boleh ambil karbohidrat mengikut sukatan yang lebih dari biasa asalkan ia tidak melebihi daripada jumlah kandungan yang anda perlukan.

Walaupun mengikut pakar purata makanan kandungan karbohidrat tidak melebihi 2000 kalori, tapi ia masih lagi bergantung kepada umur dan aktiviti seharian anda. So, setiap orang ia berbeza.

Kesimpulan Diet Atkins

Secara keseluruhannya, plan diet ini akan mengajar dan memberi anda pengetahuan untuk menilai makanan yang baik atau tidak.

Makanan yang baik akan buatkan anda kekal sihat dan seimbang.

Makanan yang tidak baik pula akan buatkan berat badan anda naik.

Kalau anda sudah mahir dan faham dengan diet atkin, lepas ni mudah untuk anda detect samaada satu satu makanan itu sesuai atau tidak untuk badan dan aktiviti harian anda.

Apa Pula Seterusnya!!!

Sekarang, anda sudah faham serba sedikit apa yang akan berlaku kepada anda jika ingin amalkan diet atkins.

Dan kalau kita ringkaskan, anda hanya boleh ambil makanan dari sumber karbohidrat sebanyak 20g sahaja.

Persoalannya, resipi apa yang hanya 20g?

Jangan terkejut, kalau nasi yang anda makan dalam satu pinggan ia nya mengandungi sekurang kurangnnya 100g. Dan ini hanya sepinggan, tak masuk lagi pagi untuk breakfast, tengah hari, dan malam.

So, makanan seperti nasi adalah total reject untuk 2 minggu pertama.

Seperti yang saya kongsikan di atas, saya telah rekodkan 2 video tentang pemahaman diet tempoh hari. Lama juga, lebih daripada 60 minit saya akan present untuk anda. Tujuan saya cuma satu, supaya anda jelas dengan cara untuk diet diet ni.

Untuk mula menonton, hanya perlu masukkan nama samaran atau nama pertama anda dan juga email di kotak bawah ni sahaja.

Baiklah, ringkasan Atkin pun sudah faham..

Sekarang ni…

Seterusnya yang PERTAMA

Di atas tadi, kami kenalkan anda dengan Dzul kan, kalau belum baca boleh beralih ke sini, 2 blog diet terbaik, satu Dzul, lagi satu Joy. Kedua dua diet ni berbeza dan punyai kelebihan tersendiri. Namun untuk perbezaan yang lebih ketara anda boleh kunjungi post ini, kami buat perbezaan antara diet atkin vs deit seimbang..

Konsep utama diet atkin ialah pengurangan makanan yang ada sumber karbohidrat yang tinggi, di sini, kami berikan anda contoh 5 kajian yang telah pun dibuat bukti konsep pengurankan karbo dalam makanan amat penting.

5 Kajian Bukti Boleh Kurus kalau kurang ambil makanan yang tinggi karbohidrat.

Seterusnya yang KEDUA

Cuba baca dan faham apa itu kalori defisit pula…Kalori defisit ni bukannya mewakili proses diet atkin sahaja, malah semua jenis diet di dunia ni, tak akan menjadi kalau tak patuhi asas kalori defisit.

Dalam penerangan kalori defisit ini, akan diceritakan kesinambungan antara lemak, karbohidrat dan protein.

Anda juga akan faham, kenapa dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat akan kurangkan berat badan anda. Dalam post itu juga, kita akan buat simple calculation sikit untuk anda faham berapa jumlah makanan yang anda perlu setiap hari.

Lagi sekali, kenali kalori defisit dahulu.

Seterusnya yang Terakhir

Bila sebut sahaja nak diet, mesti akan kurang makan yang berat berat kan. Kalau anda praktikan ini pun sebenarnya lama lama berat akan kurus juga.

Tapi untuk maksimumkan jumlah kalori yang terbakar dalam badan anda, buat lah senaman sikit kan. Dan yang paling popular ialah Jogging.

Jogging mudah, beli kasut terus cabut ke taman.

Tapi jangan buat jogging sahaja, buat lah senaman lain, seperti aerobic, tali skipping, main game macam badminton atau tenis juga contohnya. Supaya? SUPAYA TAK BORING…

Untuk itu, kami sudah senaraikan hamper 80 senarai senaman kardio untuk anda follow. Dalam senarai ini juga, kami turut lampirkan berapa pula jumlah kalori yang anda boleh buang dalam masa 30 minit.

Dan jangan terkejut, ada lagi senaman lain yang boleh buang lemak berkerim tu lagi banyak dari jogging. Rujuk sukan yang boleh bakar kalori lagi tinggi dari Jogging untuk lebih lanjut.

Baik lah, itu sahaja. Harap anda LIKE satu kali untuk sebarkan pada yang lain 🙂

Comments

comments

Comments(67)

  1. April 23, 2016
    • April 23, 2016
  2. May 23, 2016
    • May 23, 2016
    • December 4, 2016
  3. September 13, 2016
  4. September 20, 2016
    • September 23, 2016
    • October 21, 2016
  5. September 28, 2016
  6. October 6, 2016
    • October 21, 2016
  7. November 6, 2016
    • December 4, 2016
  8. November 10, 2016
    • December 4, 2016
  9. November 23, 2016
    • December 4, 2016
  10. December 1, 2016
  11. December 1, 2016
  12. December 9, 2016
  13. December 17, 2016
    • December 17, 2016
  14. December 18, 2016
  15. December 18, 2016
  16. December 19, 2016
    • December 22, 2016
      • December 28, 2016
  17. December 20, 2016
  18. December 21, 2016
    • December 22, 2016
  19. December 23, 2016
    • December 28, 2016
  20. December 23, 2016
    • December 28, 2016
      • December 28, 2016
  21. December 26, 2016
    • December 28, 2016
  22. January 7, 2017
    • January 7, 2017
      • January 8, 2017
        • January 9, 2017
  23. January 8, 2017
  24. January 25, 2017
    • January 27, 2017
  25. February 2, 2017
  26. February 5, 2017
  27. February 17, 2017
    • February 20, 2017
  28. February 23, 2017
  29. March 14, 2017
  30. March 20, 2017
  31. March 27, 2017
  32. April 18, 2017
  33. May 6, 2017
  34. July 5, 2017
  35. July 7, 2017
  36. July 14, 2017
  37. July 18, 2017
    • July 23, 2017
  38. July 24, 2017

Leave a Comment