Harga Kerusi Roda Farmasi

Untuk jenis kerusi roda di farmasi kebiasaannya, mereka akan jualkan product yang hanya pada harga murah sahaja ( RM 350 – RM 600 ).

Mungkin disebabkan jualan lebih banyak datang daripada ubat.

Ada dua kategori,

Yang pertama – Yang Manual Standard

Kebiasaanya, orang kita akan beli yang paling murah sahaja, tambah lagi untuk kegunaan di rumah. Di rumah pesakit melepak sahaja. Tak perlu keluar.

Jadi kategori yang manual standard, berat, plastic tempat duduk adalah PVC seperti di bawah ini akan menjadi pilihan.

Kerusi Roda dari AQ Medicare Model WHC1260 ini adalah antara yang paling murah di pasaran. Tapi sebabkan ia murah, bermaknanya ia bukan yang paling ringan.

Ikut pada rekod review kami, di article senarai harga kerusi roda ini. Yang paling ringan ialah 6kg. Pada harga RM 500 kurang lebih.

Untuk kerusi roda manual standard di atas, seperti yang anda boleh lihat. Ia kurang sikit ciri keselamatannya berbanding dengan kerusi roda untuk kegunaan outdoor.

Review –> kerusi roda elektrik

Seperti tiada 4 breaking system. Kebiasaanya, ada di roda. Tapi yang di tangan orang yang menolak pun ada. tapi tidak untuk model yang ini.

Ada tempat rehat kaki yang biasa sahaja, ia tidak boleh ditegakkan, andai kata pesakit yang disimen kakinya, yang perlukan untuk pesakit berlunjur, mungkin tidak sesuai. Mungkin yang jenis boleh baring patut jadi pilihan anda.

Tempat letak tangan atau armrestnya juga tidak boleh dilaras atau tidak boleh diturunkan.

Kalau pesakit nak berpindah ke katil atau masuk kereta mungkin perlu tenaga lebih sedikit untuk tukar tempat.

Apa apa pun, ia masih lagi bergantung kepada kondisi pesakit. Kalau pesakit masih lagi mampu bergerak dengan baik, kenapa perlu beli yang mahal.

Jenis kedua – Kerusi Roda Yang Lebih Ringan

Ikut pada harga kerusi roda ringan yang kami pergi ke farmasi baru sahaja malam tadi, harganya lebih kurang dalam RM 500 ke atas.

Dan bila diangkat, memang terasa ringannya. Buatannya untuk tempat duduknya daripada kain untuk lebih keselesaan. Kalau PVC mungkin akan berpeluh, kuman pula nanti.

Harganya mencecah RM 500 keatas mungkin dijual oleh farmasi sendiri yang turut juga ambil komisyen. Sedangkan kalau beli dari Lazada kemungkin anda beli terus dari manufacture, bermaksud harganya akan lebih rendah sedikit.

Walaubagaimanapun, untuk jenis ringan tersebut yang seakan sama ada dijual di Lazada juga seperti di bawah.

Dijual oleh AQ Medicare juga, model WHC2601

Dari segi rupa, fungsi keselamatan yang ada, 4 break system, tempat duduknya juga material kain. Fix armrest and foldable footrest.

Dan lebih baik lagi, harganya cuma RM 445

Malahan, 9 kilogram sahaja. Warranty nya juga mencecah sampai 1 tahun.

Kerusi roda yang ringan memang patut jadi pilihan kebanyakan pesakit dan pengguna.

Yang nak menolak pun rasa mudah.

Tambah tambah lagi kalau ada appoinment susulan yang kerap.

Ringan dan mudah dilipat memang antara faktor yang paling penting.

Mudah juga untuk dibawa bersiar siar.

Jenis Kerusi Roda Transport

Jenis ini memang jarang orang kita dapatkan.

Iaitu untuk transport.

Jenis ini kebiasaanya, si pesakit tak boleh tolak sendiri kerana tayarnya kecil

Tapi dari segi faktor berat, hanya 6 kg sahaja seperti model WHC 3133 di bawah.


Dan percaya tidak ia hanya pada harga RM 400.

Jenis ini memang mudah untuk diselenggara. Nak lipat, nak angkat bukan satu masalah.

Anda boleh terus dapatkan maklumat lanjut beserta pilihan yang lain di page ini, senarai harga kerusi roda.

Comments

comments

Leave a Comment