Jenis Resistance Basikal Senaman – Belt, Magnetic dan Angin

Article ini adalah lanjutan daripada Review Basikal Senaman kami yang lepas.

Di mana terdapat 3 jenis resistance utama yang biasa dibuat dalam pasaran untuk stationary bike.

Untuk jenis basikal senaman pula ada 3 juga, iaitu Recumbent, Upright dan Spin bike.

Jenis Belt

Jenis belt adalah yang paling simple dalam ketiga jenis resistance yang ada.

Jenis ini jugalah yang kami dapatkan di Lazada dengan harga RM 299 di post Donkezz Review.

Ketahui cara untuk turunkan barang sekurang kurangnnya 10% untuk mana mana barang di Lazada.

Jenis belt ini adalah belt yang di gulungkan kepada rounded shape yang berpusing, hasil tenaga dari pedal yang anda kayuh.

Kadang kadang, di antara belt dan rounded shape itu pula terdapat satu lapisan lain yang membuatkan senaman anda menjadi lebih lancar.

Seperti di bawah.

cara alat senaman berfungsi

Ini adalah yang paling asas untuk binaan Belt, untuk harga yang lebih mahal pasti ia akan lebih baik.

Nanti lama kelamaan pasti permukaan belt ini akan ‘haus’. Anda mungkin terpaksa beli yang baru atau tukar alat gantinya jika anda.

Senarai harga Basikal Senaman dari RM 1000 – RM 600, RM 600 – RM 400, > RM 400

Jenis Magnetic

jenis magneticYang jenis magnetic pula, system ini adalah lebih lancar berbanding dengan Jenis Belt.

 

Sistem magnetic juga tidak akan ‘haus’ seperti jenis belt, kerana tiada direct contact. Magnetic sahaja, yang boleh dilaraskan kekuatan resistancenya.

Jenis magnetic juga adalah yang paling senyap berbanding dengan 2 jenis lain, belt dan angin.

Kami amat menggalakkan anda untuk dapatkan basikal senaman yang mempunyai resistance seperti ini, magnetic.

Jenis Angin/Kipas

jenis anginJenis seperti ini kami tidak galakkan anda untuk dapatkannya.

Ia seperti kita menggerakkan kipas propeller, semakin kuat anda mengayuh semakin tinggi resistance yang akan anda peroleh.

Kipas di hadapan kita ini akan bergerak hasil daripada kayuhan pedal yang di sampaikan oeh system belt dan pulley.

Jenis Basikal Senaman Yang Terbaik

Sudah pasti ia magnetic, ia senyap dan lancar. Anda boleh laraskan kekuatan resistance yang anda mahu dengan mudah dengn hanya menggunakan button.

Jika anda sudah baca Review Basikal Senaman Donkeez sebelum ini, anda juga sudah ketahui 3 jenis basikal ini, iaitu, Recumbent, Upright dan Spin.

Maka, sudah boleh lah anda pilih yang mana satu yang lebih sesuai dengan budget dengan kemahuan anda. Kami sudah sediakan tablenya perbezaaan mengikut harga dan jenis nya.

Comments

comments

Leave a Comment