Kelebihan Senaman Tali Skipping

Tali Skipping VS Jogging

Antara kebaikan utama mengamalkan tali skipping ialah mampu mendapatkan hasil 2 kali ganda pembakaran kalori  berbanding dengan jogging.

Mengikut data,

Dalam 30 minit dengan Jogging anda hanya membuang 245 kcal sahaja, yang mana agak banyak juga.

Tapi dengan tali skipping dalam masa 30 minit, ia lebih tinggi iaitu 420 kcal, jauh lebih baik.

Kelebihan lain ialah,

Boleh Dilakukan Di mana mana sahaja = Harga pun dalam RM 20

Ya, anda sendiri boleh tangkap yang senaman anda ni boleh dibuat di mana mana sahaja, kan. Tapi skipping juga tak macam yuran pergi gym, tak macam harga treadmill. Hanya dalam RM 20 sahaja.

*bukan maksudnya aktiviti anda di gym, treadmill atau jogging di luar itu sia sia. Cuma adalah lebih baik jika anda pelbagaikan. Supaya tak boring nanti.

Kalori Yang Terbakar

Dan sudah pasti, senaman tali skipping ini akan bantu anda untuk kuruskan badan. Dan dengan dibantu pula dengan amalan diet atkin dan juga diet seimbang, ia bukan satu yang mustahil.

Dengan hanya menggunakan tali skipping di rumah, ia lebih baik berbanding dengan jogging yang terpaksa juga anda start motor ke kawasan taman contohnya.

Anda boleh rujuk di article ‘Sukan Yang Lebih Power Daripada Jogging’ untuk lebih lanjut.

Perbaiki Kestabilan Kaki Anda

Untuk permulaan semasa buat sukan ni, mesti bila anda lompat dan lompat entah kenapa anda akan beralih ke kiri atau ke kanan contohnya. Makin lama makin ke kanan. Kenapa ini berlaku?

Besar kemungkinan sebab badan dan otak anda masih lagi gagal untuk bantu memberi focus yang baik pada pergerakan anda. Namun dengan latihan oleh tali skipping, insyaAllah latihan ini akan perbaikinya.

Dan kelebihannya? Anda akan melatih otak anda lebih focus.

Anda pasti pernah dengar sukan boxing kan?

Mengikut Expert Boxing, lebih banyak boxer lakukan senaman tali skipping ini, akan lebih focus dan coordinated jadinya. Dan kalau difikirkan, ia tidak mustahil, kerana kaki bahagian betis dan paha sudah semakin kuat, ini menambahkan kestabilan. Di samping pula, kaki yang sentiasa melompat akan buatkan pergerakan boxer lebih lincah, dan sememangnya boxer perlukan kelebihan ini untuk mengelak atau melakukan serangan.

Kuatkan Pergelangan Kaki dan Tulang

Ia boleh membantu untuk menguatkan pergelangan kaki anda daripada terkehel contohnya.

Tambah lagi kalau suka yang jenis memerlukan pergerakan cepat secara tiba tiba, seperti tenis, baskel ball, boxer seperti yang atas tadi. ( Jump Institute )

Mengikut LifeHack juga, seperti sukan tenis, pergerakan si pemain yang beralih ke kiri dan ke kanan secara cepat tapi dalam masa yang sama perlu memastikan pergerakan kaki nya tidak berbunyi kuat untuk perbaiki permainannya kerana ia akan membuatkan pemain akan lebih mudah bermain nanti. Dan dengan tali skipping, aktiviti ini pasti akan membantu, bila sudah selalu lompat lompat dengan tali skipping, lama kelamaan, pasti pergerakan kaki depan anda lebih baik untuk mendarat selepas lompat.

Seperti anda melompat turun dari tempat tinggi, pasti kaki anda perlu untuk meluntur sedikit untuk dapatkan kestabilan dan buatkan kaki dan tulang anda tidak sakit. Seperti juga sukan ini membantu pemain tenis.

New York Times ada buat satu article mengenai satu kajian di Jepun, apabila tikus experiment di buatkan supaya melompat dan mendarat 40 kali dalam seminggu, akan buatkan isipadu tulang tikus ini menjadi lebih padat dalam 24 minggu. Selepas tu pula, mengikut kajian itu juga, untuk tikus tadi maintain isipadu tulang yang padat tadi tak perlu pun 40 kali setiap masa dalam seminggu, sebaliknya hanya dalam 20 hingga 30 kali lompatan sahaja dalam seminggu untuk maintain.

Cara Skipping Yang Betul

Tolong betulkan cara anda skipping sebab ianya amat penting. Kalau salah, akan buatkan anda cepat letih sebab kemungkinan banyak buang tenaga.

Untuk cara cara skipping yang betul anda boleh rujuk pada panduan sukan skipping di sini.

Kami turut pilih video terbaik dari youtube untuk mudahkan anda.

Tali Skipping Yang Sesuai

Tali skipping ni bukan main pilih sahaja. Ada juga factor factor ringan yang patut anda ambil kira.

Tak susah mana pun, hanya tahu panjang tali skipping yang sesuai dan juga jenis buatannya.

Kalau buatan kulit atau kain mungkin pergerakan tali itu agak lambat, tiada masalah jika anda inginkan begitu.

Namun bagi mereka yang lebih suka cepat sedikit, mungkin boleh ambil buatan cabel adalah yang lebih sesuai. Sila baca cara pemilihan tali skipping untuk buat pilihan.

Comments

comments

Leave a Comment