Kesan Tekanan Darah Tinggi – Jangan Main Main

Tak perlu lah kami keluarkan statistik semua kan. rasanya semua pun sudah cakap alert dengan masalah darah tinggi ni.

Untuk kesan kesan berat penyakit darah tinggi, ada banyak. Kita akan beri focus pada penyakit yang biasa kita dengar dahulu, kemudian disusuli pula dengan penyakit yang lain.

Noted**

Ada penyakit yang ambil masa bila dah lanjut usia baru akan effect, ada juga yang time sekarang peringkat awal ni pun sudah mula memberi kesan pada anda.

Apa apa pun, jangan pernah fikir lambat kalau nak sihat.

Merosakkan Jantung

Jantung belah kiri akan jadi problem – bila ada tekanan darah tinggi, ia akan memaksa untuk jantung berfungsi lebih dari sepatutnya semasa mengepam darah. Ini akan buatkan kawasan belah kiri jantung, Ventricle. Lama lama nanti, kawasan ini akan menjadi ‘mengeras/menebal’ sedikit dari biasa yang bila dah jadi, memang akan buatkan fungsi normal jantung untuk mengepam ni terbantut.

Macam biasa kalau kita buat senaman lah kan, bila duk buat work out tu tiap tiap hari, lama lama otot pun jadi keras. Ambil contoh lengan, bila work out, kita akan dapat rasakan yang bahagian otot tu menebal.

Ini lengan, memang nampak cantik kalau work out muscle muscle macam tu. Tapi jantung lain, jantung perlukan keajalan sifatnya tu.

Heart Failure – ni bila sudah lama lama confirm akan jadi heart failure.

Merosakkan Arteri, Pembuluh Darah

Sifat arteri ni lebih kurang macam jantung juga, anjal, flexible. Semua ni sangat sesuai untuk laluan darah yang di pam oleh jantung. Tapi sebabkan pressure darah yang lebih tinggi normal.

Sebab darah yang tekanan tinggi ni akan rosakkan dinding bahagian dalam arteri. Dan bila lama lama, arteri ini pun macam akan kurang kebolehan nya untuk transfer darah dengan baik.

Ini yang takut takut akan jadi stroke ni.

Buah Pinggang Terganggu

Macam biasa, fungsi kidney atau buah pinggang untuk menapis excess fluid dan waste dalam badan kan.

Process penapisan buah pinggang ini bergantung juga pada normal atau sihat tidak blood vessels badan kita.

Kalau tak sihat, memang ia akan efek buah pinggang pula.

Apa itu Blood Vessels?

Blood vessels ni nak senang cerita, laluan/pembuluh darah yang transfer darah ni.

Blood vessels ini ada tiga jenis:

Satu. Arteri. Arteri ni yang kita kongsikan di atas tadi, tujuannya adalah laluan darah yang “KELUAR” di pam daripada jantung.

Dua. Kapilari. Kapilari pula, untuk pertukaran water dan chemicals antara darah dengan tisu.

Yang Ketiga. Veins. Tadi arteri, tugasnya untuk hantar dari yang di pam keluar dari jantung, veins pula, pembuluh darah untuk menghantar semula darah ke jantung.

So, ibaratnya ia kan jadi macam satu circulation di situ.

Video bawah ni, ada terangkan tujuan ketiga tiga jenis types vessels ni.

Rosakkan Mata

Tersangat kecil, delicate blood vessels untuk transfer darah ke mata. Seperti bahagian yang lain, tekanan darah tinggi memang akan boleh mengganggu fungsi normal nya.

Bila tekanan darah yang tinggi, lama lama akan satu penyakit di panggil retinopathy, yang akan buatkan perdarahan di mata. Ini boleh buatkan akan ada pendarahan di mata dan penglihatan anda akan jadi kabur.

Sexual Dysfunction.

Ini kesan yang tak sangka sangka boleh berlaku.

Membuatkan zakar tidak boleh keras pada tempoh yang lebih lama

Untuk yang perempuan, tak pasti sama ada kesan dari segi sex, tapi untuk lelaki, memang ada.

Memang betul, normal kalau lelaki yang umur 50 tahun dan ke atas akan punyai masalah ini, tapi bukannya sebab masalah dari zakar sahaja, tapi juga kemungkinan ada masalah dengan darah tinggi juga.

Effect of High Blood Pressure in 2D

Comments

comments

Leave a Comment