Sukan YG Lebih bakar Kalori Selain Daripada Jogging

Jumlah Kalori Yang Terbakar

Jogging adalah senaman yang tidak asing lagi bagi kita.

Sejak dari mula bangku sekolah sampai lah ke peringkat dewasa. Siapa yang boleh sangkal dengan kelebihan yang boleh kita dapat dengan hanya jogging…

Perkataan turun temurun yang memang semua orang yakin akan keberhasilannya.

Dengan jogging, ia bukan sahaja dapat membakar jumlah kalori yang berlebihan dalam badan, malah juga menguatkan otot di bahagian betis, peha, dan juga lengan.

Mengikut senarai senaman kardio, untuk jogging, bagi meraka yang berat dalam linkungan 70kg, jumlah kalori yang terbakar ialah 245cal dalam masa 30 minit.

Dan untuk mereka yang nak kuruskan badan, 245 kcal ini adalah jumlah kalori terbakar yang sangat sangat bernilai.

Tapi tahukah anda,

Terdapat pelbagai lagi senaman kardio yang lebih tinggi nilai pembakaran kalorinya berbanding dengan jogging?

*Jumlah estimate yang terbakar ini adalah untuk mereka yang berat 70kg sahaja. Untuk ketahui jumlah kalori terbakar anda sendiri, dapatkan senarai 80 senaman kardio di sini kerana ia dipengaruhi dengan berat individual anda sendiri.

Untuk permulaan,

Kami kongsikan dahulu 4 jenis sukan jumlah kalori yang terbakar adalah lebih sedikit daripada jogging, 245 cal tadi.

Yang pertama ialah:

Sukan Tennis

Untuk berat 70kg = 255.5 cal akan terbakar selama 30 minit.

Tennis, mungkin tak pelek mana pun, berbanding dengan jogging yang kadang kadang slow, kadang kadang laju, yang hanya lebih tertumpu di kaki sahaja.

Tennis bukan macam badminton, bukan masalah bola shuttle yang lebih ringan dari bole tennis, kerana bila anda hayun raket tennis, bukannya terasa sangat yang bola tenis tu berat mana pun. Tapi tenaga hayunan raket ditambah pula kelincahan anda untuk membalas bola.

Aerobic Macam Poco Poco

Sukan aerobic adalah sukan yang tidak asing juga bagi kita, pagi pagi kita akan nampak ada yang mencuba aerobic berbanding dengan jogging juga.

Dan dalam masa 30 minit, untuk berat sebanyak 70kg anda boleh bakar 255 cal.

Bench Step Class

Sukan ini mungkin tidak berapa di praktikan di antara kita. Tapi ia lebih seakan akan aerobic juga, tapi bezanya kita akan letakkan satu pangkit di hadapan untuk digunakan.

Pembakar kalori, lebih sedikit daripada Aerobic, iaiti 273 cal.

DI bawah merupakan contoh bench step class untuk review anda.

Bench Step dan Aerobic ni punyai banyak variasi, kalau anda jadikan you tube sebagai rujukan, pasti cari video yang cover keseluruhan bahagian badan dengan lebih baik.

Mari Kita Menyodok Pula.

Siapa sangka dengan menggunakan penyodok, kita mampu membakar sebanyak 273 cal dalam masa 30 minit.

Mungkin disebabkan kualiti endurance yang badan perlukan semasa membongkokkan badan, menyodok guna tenaga tangan, angkat penyodok yang juga tenaga tangan dan bahagian belakang kita.

Dan kaki juga yang menstabilkan angkatan anda.

Susah juga, itu sebab ia mampu membakar lebih kalori berbanding dengan jogging.

Sudah siap 4 sukan yang lebih tinggi sikit rating nya berbanding jogging.

Sekarang kita pergi kepada sukan yang jauh betul tinggalkan kebolehan jogging untuk membakar lemak.

Pernah dengar dengan sukan Jai Alai?

Jai Alai, adalah sukan yang seperti

Squash + Baseball + Tennis + Helmet Keselamatan dan + pelik = Jai Alai

Kami tak dapat pastikan motif dan kenapa ada peminat. Tapi tak mustahil, sebab setiap tempat ada budayanya sendiri.

Jai Alai ini banyak dipraktikkan di negara Amerika Latin, ada juga dimainkan di Filipina sekejap sebelum diban kan terus. Tapi sejak 2010 atau 2011 ia sudah boleh dimainkan di Manila semula.

Dengan kombinasi squash, tennis, baseball, lagi helmet pula, agak susah juga untuk diterangkan cara dimainkan, anda tengok sahaja apa yang kami dapatkan di youtube ini.

Pelek juga kan, cara mereka bermain itu satu, siap ada yang bersorak itu yang lagi bertambah pelek.

Kalau ada court ni di Malaysia, kita orang Melayu main galah panjang sahaja lah, India Kavadi pula.

Cina? Jadi court badminton barangkali.

Namun dengan daya yang diperlukan seperti itu, tak mustahil Jai Alai mampu membakar lemak sebanyak 420 cal dalam masa 30 minit. Tadi Jogging, hanya dalam 245 kcal sahaja kan.

Tali Skipping

Siapa sangka tali skipping sukan simple yang kita dari dahulu pun tahu, boleh buang kalori jauh lebih tinggi dari Jogging.

Hampir nak kalah Jai Alai sudah, iaitu sebanyak 413 kcal. Tapi kena maintain 100 – 120 skips dalam masa 1 minit.

Ini cara untuk memilih tali skipping yang sesuai anda kata anda memilih sukan ini nanti.

Dan yang terakhir ialah berenang.

Cara berenang yang kami berikan contoh di bawah adalah antara yang paling baik catatan kalori yang boleh dibakar.

Dan rumusan nya ialah

swimming, backstroke, general, training or competition 332.5
swimming, breaststroke, general, training or competition 360.5
swimming, butterfly, general 483

Video di bawah yang kami pilih turut juga menjelaskan teknik teknik yang kita boleh apply untuk lebih kuatkan lagi kadar kalori yang dibakar.

Berenang Teknik Butterfly

Berenang Teknik Backstroke

Berenang Teknik Breaststroke

Seterusnya…..

Untuk lebih lanjut, anda boleh dapatkan hampir 80 senarai senaman kardio di sini.

Dan bagi yang masih belum lagi berkesempatan untuk kenali diet atkin.

Post pengenalan diet atkin ini mungkin dapat membantu anda. Jangan lupa download panduan ebook percuma yang kami kongsikan juga.

 

Comments

comments

Leave a Comment