3 Langkah Macam Mana Nak Jadi Pandai

Nak pandai bahagian apa ni?

Belajar? Bekerja atau berkeluarga?

Untuk persoalan yang lebih spesifik, sila tinggalkan komen di bawah untuk kami berikan cadangan.

Untuk artikel post ini, kami kongsikan bagaimana untuk menjadi lebih pandai belajar, terumtanya bagi mereka yang masih lagi belajar di sekolah ataupun yang sedang menyambung pengajian di university.

Anda pasti pernah dengar, untuk faham atau study sesuatu mata pelajaran di sekolah akan berbeza dari segi subjeknya.

Ada yang kata, kalau nak belajar Matematik mesti guna pen dan kertas, baru boleh dapat dan mudah faham.

Kalau yang sejarah bagaimana pula? Boleh baca macam buku manga?

Betulkah mesti ada minat?

Jika hendak dipersoalkan mungkin sampai bila pun tak habis. Tambah lagi kita, lebih banyak masa yang diluangkan untuk mengeluh, berbanding dengan usaha.

3 Peringkat Untuk Menjadi Lebih Pandai

Berdasarkan pengalaman dan pandangan,

Untuk pandai dan mahir dalam sesuatu perkara ia perlu melalui sekurang kurangnya 3 peringkat.

Peringkat Pertama

Anda mula kenal dengan sesuatu perkara/mata pelajaran/masalah

Peringkat Kedua

Anda perlu cuba biasakan perkara/mata pelajaran/masalah

Peringkat Ketiga

Jadikan perkara/mata pelajaran/masalah itu sebagai salah satu cara anda.

Seperti contoh:

belajar bawa kereta

Anda bawa kereta, hari pertama mungkin agak gementar untuk tekan pedal class semasa tukar gear. Tambah lagi kalau yang stand by untuk naik bukit. Tapi lama lama apa akan jadi? Pasti boleh kan.

Maka, di peringkat pertama tadi ialah anda mula kenal dengan masalah.

Dan bila sudah lama lama, anda seperti berada di peringkat kedua dengan cuba membiasakan diri dengan melaluinya. Mungkin dengan latihan contohnya.

Anda berjalan pun, bukannya tiba tiba terus berlari kan.

Dan lagi jelas bila baca Al Fatihah dalam sembahyang.

Beramai ramai antara kita, yang boleh baca Al Fatihah dalam harinya yang pertama?

Satu orang pun tak ada.

Tapi lepas lama lama, dengan latihan dan latihan. Dengan kita Muslim yang memang mewajibkan untuk membaca Al Fatihah setiap kali solat. Lama kelamaan kita akan semakin mahir.

Ya, mahir yang sampai kadang kadang kita sembahyang pun tak sedar yang kita sedang baca Al Fatihah, sedar sedar mulut dah kata Aminnn…

WALAUPUN LANSUNG TAK FAHAM MAKSUDNYA…..

Begitu juga dalam mata pelajaran.

Contohnya Matematik,

Kalau anda sudah biasa dengan menjawab satu satu masalah dalam matematik, contohnya bahagian penyelesaian graph dan statistic.

Pasti, bila masa peperiksaan anda juga sudah terbiasa dengan masalah tersebut.

Dan jika memang anda betul amalkan banyak latihan dan masalah yang sama, pasti akan terjumpa soalan yang sama dalam peperiksaan nanti.

Sejarah pula, bukan Matematik sahaja yang perlu gunakan pen. Apa apa pun hal di dunia ini, untuk kita ingatkan pasti menggunakan cara mengingatkan yang seakan sama.

Penggunaan pen dan kertas, bukan untuk buatkan anda pandai selamanya.

Ia lebih kepada peringkat awal untuk anda mula faham dengan sesuatu masalah tersebut.

Jika tiada peringkat kedua, dan ketiga. Mustahil untuk kita yang tak berapa cepat tangkap ini untuk faham dan ingat.

Pernah dengar Ustaz kata, faham, buat dan amal?

Lebih kurang macam tu juga.

Lagi sekali kami tekan kan.

Untuk mahir dalam sesuatu perkara.

Ia tidak akan berlaku dalam hari pertama anda.

Ia sangat sangat perlukan masa.

Berikut merupakan kisah yang kita lalui bersama yang boleh dikaitkan:

  1. Anda tak boleh mengayuh basikal pada hari pertama, tapi lama lama? Laju sangat sampai eksiden pula
  2. Main bowling? Lagi lah inginkan latihan
  3. Smartphone? Masa mula mula guna mesti ambil masa satu hari tekan sana sini. Semua benda nak tekan. Bila dah hancur, beli lain, nak tekan semua lagi? Tak perlu, lebih kurang sama sahaja.
  4. Yang bertukang pula. Pegang hammer pun salah. Tapi lama lama, pasti mudah, tangan pun jadi semakin kuat dan terbiasa.
  5. Guna senapang? Anda mungkin pernah lihat, ada atuk atuk kita yang guna senapang tembah tupai sebelah tangan sahaja.
  6. Buat Milo? Kalau mula mula, memang tak sedap. Lama lama?

Pendek kata, semuanya memerlukan latihan.

Kalau anda tiada latihan. Tiada usaha untuk membiasakannya.

Apa pun tak akan menjadi.

Sekarang kita pergi contoh kepada yang lebih real, yang mengubah hidup kita manusia.

Akio Morita

Besar kemungkinan anda tak akan pernah dengar nama ini, Akio Morita. Tapi bagaimana pula dengan Sony? Sebab Akio Morita foundernya.

Akio mula produk pertamanya adalah rice cooker. Nak jual 100 units rice cooker masa mula mula berniaga pun tak mampu. Tapi sekarang?

Harland David Sanders

Ini lagi satu orang yang Berjaya serata dunia yang kita tak kenal. Harland David Sanders. Entah siapa lah dia ni.

Tapi kalau sebut KFC? Siapa pula yang tak pernah makan bukan?

Lebih dikenali sebagai Coloner Sanders, beliau pernah ditolak sebanyak 1009 kali sebelum restaurant akhirnya terima offernya.

Walt Disney

Disney mesti tahu kan. Billion dollar keuntungannya serata dunia. Tak perlu lah kira berapa untuk yang dia dapat, kira sahaja berapa ramai orang yang turut juga berniaga yang jual macam merchandise tu.

Semuanya hasil pemikiran si Disney ni. Disney bukan terus sahaja berjaya macam sekarang, malah beliau pernah di pecat disebabkan “ kurang imiginasi dan tiada idea yang bagus”.

Albert Einstein

Biasa budak budak boleh cakap umur berapa? Setahun? Dua tahun? Macam dah lewat sikit dah tu.

Tapi Albert Einstein umur 4 tahun boleh bercakap. Dan tak membaca bila dah sampai umur 7 tahun.

Beliau juga pernah kena buang Politeknik lagi. Tapi apa yang berlaku dengan ilmu fizik dengan bantuan beliau?

Thomas Edison

Ini pasti ramai kenal, yang buat lampu. Berjaya selepas berapa kali gagal? 1000 kali. Bila reporter tanya bagaimana ia boleh gagal 1000 kali? Edison jawab, ia bukan gagal 1000 kali, tapi ia perlukan 1000 langkah untuk berjaya.

Untuk pergi satu persatu. Macam buang masa pula kan.

Lebih baik mula belajar sekarang, jangan duk buang masa dengan internet ni.

Tapi kalau anda inginkan lagi semangat( buang masa ), boleh terus baca di article ni, cabaran 50 orang didunia yang berjaya.

Akhir sekali,

Jangan belajar paksa diri sampai lebam.

Jangan lupa rehat juga.

Seperti kajian saintis, tidur adalah cara terbaik untuk terima ilmu pengetahuan.

Untuk terima, bermaksud, bila ilmu itu sudah belajar dan ada.

Tak belajar, tapi terus tidur apa pula ilmu yang nak mahir…

Comments

comments

Comments(4)

  1. January 8, 2017
  2. July 28, 2017
  3. August 9, 2017

Leave a Comment