Makanan Karbohidrat – 5 Bukti Kajian Boleh KURUS

Pengurangan karbohidrat dalam pemakanan memang akan membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Tapi untuk percaya sama ada ia benar atau tidak, yang terbaik adalah mencubanya sendiri.

Kurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat.

Tak perlu semua, nasi kurang, air manis tak minum. InsyaAllah akan ada pembaharuan.

Bagi mereka yang pengamal diet seimbang dan juga atkin mungkin sudah percaya sangat pun.

Namun bagi yang masih lagi belum cuba atau rasa sangsi, mungkin kajian kajian di bawah boleh mengubah pandangan anda.

*informasi di bawah di ambil daripada authority nution. Untuk senarai kajian lengkapnya anda boleh beralih ke sana.

  1. Diet rendah lemak vs diet rendah karbo

Pada tahun 2003, ada satu saringan kajian oleh 63 orang oleh New England Journal.

Apa yang diorang buat ialah, dalam 63 orang ni, separuh daripadanya disuruh untuk makan makanan yang rendah lemak dan separuh lagi makan makananan yang rendah karbo dalam masa 12 bulan.

Dan selepas 12 bulan, resultnya adalah seperti di bawah

diet rendah karbo dengan rendah lemak

Berdasarkan graf di atas, mereka yang mengambil makanan rendah karbo adalah lebih cepat turun berat badan berbanding mereka yang mengamalkan pemakanan rendah lemak.

Kalau tak silap, kajian awal pengurangan lemak dalam makanan lebih dipercayai berbanding dengan pemakanan rendah karbo. Kiranya, mula mula dahulu, pemakanan rendah karbo ni tak berapa nak diamalkan. Bila diet macam atkin dan pelbagai lagi yang focusnya rendahkan pengambilan karbo, baru lah ramai yang percaya. Seperti contoh kajian di atas.

  1. Kajian kepada mereka yang obese pula.

Lebih kurang pada tahun yang sama, oleh New England Journal juga.

Mereka jalan kan satu saringan, kali ni ramai lagi iaitu 132 orang. 132 orang ni adalah mereka yang BMInya pada level yang dikira sebagai obesity iaitu dalam linkungan 43…

Kita tahu, yang dalam linkungan 23 macam tu baru ok kan. Tapi ni BMI 43.

Dan 132 orang ni ada yang makan makanan yang rendah lemak, dan juga makan makanan yang rendah karbo. Seperti kajian pertama atas juga lah.

Dan selepas 6 bulan, resultnya

makanan karbohidrat

Seperti anda lihat, mereka yang mengamalkan pemakanan rendah karbo lebih banyak dan lebih cepat penurunannya. Purata penurunan yang makan makanan rendah lemak ialah 1.9 kg, tapi yang kurang makan karbo sebanyak 5.8 kg. dalam 3 kali ganda juga tuh.

  1. Ketogenic Diet vs Low Fat Diet

Ketogenic diet ni ibarat macam low carb diet lah juga. Contoh bila mereka yang mengamalkan atkin diet. Bila lama lama pengambilan karbo tu sudah kurang, akan berlaku proses ketosis pada badan mereka.

Ketosis ini ialah normal metabolic proses, merupakan sesuatu yang badan kita akan automatically bertindak untuk terus berfungsi. Bila sudah tiada sumber karbo daripada makanan, atau sudah kurang, ia akan ambil daripada lemak lemak yang ada di dalam badan kita pula.

Dan diet ini dinamakan sempena nama proses ini berlaku, iaitu ketosis. Atau Ketogenic Diet, pemakanan yang mengurangkan sumber karbohidrat.

Dalam kajian ni, ramai juga, 120 orang dibahagikan untuk try low fat dan juga ketogenic diet.

Dan resultnya adalah seperti di bawah

makanan karbo 2

Berdasarkan graph di atas, mereka yang mengamalkan ketogenic diet, purata penurunan ialah sebanyak 9.4 kg berbanding low fat yang dalam 4.8 kg sahaja.

  1. Atkins VS Ornish Diet VS Zone Diet VS Learn Diet

Dalam banyak banyak research tentang perbandingan diet.

Yang ini lah yang kami rasakan paling menonjol sekali.

Pada tahun 2007, dari The Journal of the American Medical Association . Seramai 311 orang di panggil untuk membuat perbandingan antara 4 jenis diet program ini.

311 ini adalah mereka yang pada tahan obese dan juga premenopausal women ( yang pre monopos ).

Ornish Diet focus pada low fat tapi yang jenis vegetarian

Zone dan Learn Diet pula yang focus pada calorie restriction iaitu pemakanan yang focus pada rendah lemak.

Dan selepas 12 bulan, resultnya…

perbandingan diet program

Seperti anda lihat, mereka yang mengamalkan diet atkin tersangat jauh beza penurunannya.

Diikuti dengan Learn diet, Ornish dan Zone yang paling corot atau paling rendah penurunannya.

  1. Mediterranean Diet VS Low Carb Diet VS Low Fat Diet

Mediterranean Diet juga seakan low fat diet juga, tapi mungkin jadual pemakanannya berlainan lah. Dan juga jenis makanannnya.

So 3 diet program ni berentap lagi sekali pada tahun 2008,

Seramai 322 mereka yang berada di peringkat obesity telah di panggil untuk mengamalkan 3 jenis program diet ni.

Mungkin di bayar juga, sebab kajian ni ambil masa sampai 2 tahun untuk complete.

Seperti yang anda lihat di atas, penurunan berat untuk low carb diet sangat cepat setelah masuk ke bulan yang kedua sampai ke bulan 5, sebelum kembali naik mendatar bermula pada bulan ke 6.

Rumusan.

Baiklah, keadaan sekarang ni sepatutnya bagi mereka yang masih lagi prasangka dengan konsep pengurangan makanan karbohidrat dalam makanan ni boleh menurunkan berat badan ni dah boleh ditolak jauh jauh.

Pengurangan pengambilan makanan yang mengandungi sumber karbohidrat MAMPU menurunkan berat anda.

Seterusnya..

Kalau anda perasan.

Kenapa hampirsemua graph di atas makin lama makin mendatar dan berada pada level yang seakan sama dengan diet program yang lain.

Peringkat awal nampak macam diet kurang karbohidrat ni macam paling baik, penurunan yang begitu banyak, tapi lama lama ia mendatar.

Untuk menjawab persoalan ini.

Anda boleh baca karangan daripada Mike Roussell, PhD di sana.

Sebabnya mudah, kerana mereka yang terlibat tidak mengamalkan diet karbo ini berterusan. Tapi tiada masalah juga, sebab diet yang lain pun turut mendatar.

Dan bila diet lain pun turut mendatar, bermaksud ia normal bagi manusia apabila sudah sampai tahap berat ideal. Kenapa perlu ada graph penurunan berat badan lagi kan.

Tak kan nak sampai kosong kilogram.

Sekian terima kasih.

Harap penulisan ini bermanfaat.

5 research di atas adalah antara yang dicatatkan oleh Authority Nutrion, di sana, anda boleh jumpa lebih banyak lagi research yang membuktikan diet karbo ni mampu menurukan berat badan kita, total ada 23 kesemuanya.

Seterusnya, anda dapatkan senarai makanan yang biasa kita makan seperti nasi, teh ais, roti semua tu, berapa pula kandungan karbohidratnya. Sila berikan email anda di bawah untuk kami hantarkan.

Comments

comments

Leave a Comment