Masalah Pipi Tembam

Cara Kuruskan Muka Yang Tembam

Terima kasih sebab sudi sampai untuk baca post ini, InsyaAllah apa yang kami kongsikan ini memang menjadi dengan Izin dan usaha anda. Teknik yang dikongsikan adalah dari pakar orang putih sendiri.

Kita tahu, apa puncanya dahulu, seterusnya tahu apa pula teknik tekniknya..

Dan anda boleh terus cuba buat…insyaAllah, saya nak cakap 1 minggu sebenarnya, seperti apa yang saya tulis kat cara nak kurus di sini…

Sepatutnya, kami buat panduan ini secara ebook, tapi nanti tak boleh pula untuk play animasi dalam panduan ni, jadi kami hanya jadikan ia sebagai post sahajalah….

Masalah pipi tembam?

Kalau anda gemuk atau berbadan besar, itu kita boleh consider normal lah kan.

Dah gemuk bawah, tengah, tepi, atas pun ikut naik.

Dan yang bahagian muka, mesti akan mengembang.

Tapi kalau pipi tembem tapi badan kurus!! Macam mana pula?

Ramai juga yang macam ni. Termasuk juga saya sendiri, si Penulis…

Sebelum kita pergi lebih lanjut dengan senaman dan pemakanan yang boleh bantu menguruskan muka bam bam anda.. Rasanya, elok juga kalau kita kongsi dulu, apakah punca dan kenapa boleh berlaku..

Penting untuk tahu ni sebenarnya, supaya kita tak ulangi lagi puncanya lagi…

Penyebab Pipi Tembam?

Minta anda luangkan masa lengkapkan survey di bawah ya, kami nak tahu pemahaman orang ramai juga, supaya article yang kami buat ini lebih sesuai…

Siapa Percaya Stress Punca Muka Nampak Sembam Tembam Bam Bam?

View Results

Loading ... Loading ...

Directly, percaya atau tidak. Kalau anda perhatikan,

apa sahaja yang berlaku pada kita terutamanya

dari segi emosi.

Pasti ia akan reflect pada wajah seseorang.

Kalau yang gembira akan nampak lebih serinya.

Kalau yang sedih murung, muka akan nampak macam sembam dan badan pun akan lemah. Cepat letih.

Gembira yang saya maksudkan ialah : social life ok, active bersukan, tiada tekanan yang macam tak boleh nak setel.

So, stress memang adalah SALAH SATU punca kenapa muka anda macam ni.

Antara lain juga, ialah dehydration. Atau kurang air.

Pemakanan pula antara yang pasti. Kalau anda nak kurus, karbohidrat lah yang paling mesti kena jaga.

Badan kita ni, perlukan 6 jenis nutrisi, sumber karbo, protein, lemak, sumber mineral, vitamin dan juga air.

Punca badan naik ialah pengambilan sumber karbo yang berlebihan. Boleh luang masa di sini, untuk lebih lanjut.

Tapi untuk buang lemak di muka ni, disebabkan pengambilan sodium yang berlebihan dalam makanan.

Nanti di bawah, saya akan beri contoh makanan yang mengandungi sodium…

Dan yang terakhir…..kurang bersukan…

So itu dia.

  1. Pemakanan
  2. Stress/emosi
  3. Tidak aktif
  4. Air malas nak minum…

Bagaimana pula untuk kurangkannya?

Untuk kuruskannya, nak tak nak kena buat yang 4 perkara atas tu.

Jaga makan elok, makan pada kadar dan keperluan yang tentu sahaja. Karbohidrat kena jaga, untuk makanan yang mengandungi sodium, dalam makanan yang sihat pun ada juga.

Tapi antara yang paling banyak yang boleh kita kurangkan, ialah snacks, fast food, makanan dalam tin ( sardine, jagung )…Stop sekejap untuk makanan yang macam ni.

Tujuannya, bukannya untuk berhentikan anda terus dari makan, tapi cuma buktikan yang makanan begini kalau stop pengambilannya akan buatkan lemak di muka anda berkurangan. Kalau sudah terbukti, mesti anda sendiri pun tak nak makan terus kan…

Jangan stress stress. Stress ni kan, kalau difikirkan elok elok. Ibarat macam benda yang tak setel tau.

Tak perlu lah, nak mencari pakar bagi tau definisi stress, confirm jawapan akan macam ni, “stress adalah gangguan kepala otak yang bercelaru bla bla bla..”

Padahal, Seteress, atau stress. Adalah benda yang tak setel. So setelkannya. 🙂

Sorilah, cara cakap macam senang senang je kan. Tak pa, usaha….

Ini ada panduan serba ringkas, cara nak bantu benda yang setel anda tu.

Mana yang tak aktif tu, jangan lah memerap je dalam bilek. Bukan nak suruh bermasyarakat, kalau kawan ramai pun tapi banyak yang type nye mengumpat, tak betul juga kan.

So, pergi lah beli kasut sukan, dan jogging. Jangan lama sangat memerap, nanti bila dah rasa nak TAK MEMERAP rasa segan pula. Contoh alatan sukan yang kami beli..

Air kan. Kalau bangun-bangun pagi je, cuba terus minum..sebab elok yang tersangat elok, tapi si penulis sendiri ni pun tak buat. Cuma perlu amalkan air, selagi nampak kencing kuning pekat tu, bawak bawak lah minum.

Boleh tak?

Maksud saya, boleh tidak untuk kuruskan muka yang tembam tu dengan cara atas tadi?

  1. jangan stress stress
  2. aktif bersukan
  3. makan kena jaga
  4. air cukup

Boleh tu memang boleh ya, tapi berbulan nak tunggu result.

Tapi ada cara cepat..

Kalau anda amalkan teknik yang betul, insyaAllah.

Seperti apa yang dikongsikan di post blog pertama, cara nak kuruskan pipi sebelum ini tu.

Iaitu, dengan cara buat senaman muka…

Saya sendiri buat, dalam seminggu insyaAllah..

Dan apa yang saya buat ialah:

  1. Buat senaman ni…nanti saya cerita di bawah..
  2. Minum air secukupnya…

Makan? Makan saya tak jaga.

Stress level? Sama juga.

So saya focus pada senaman sahaja. Rasanya, yang air tu pun tak berapa sangat kot.

Yang pasti senaman saya buat…

Kalau nak buat macam saya buat boleh, tapi jangan lah. Banyak minum air juga dan perkara lain tu. Saya pun tengah berusaha juga ni.

So, macam mana jenis senaman yang nak dibuat?

Senaman Muka Untuk Buang Lemak

Cuba renung renung muka di cermin elok elok.

Mana mana bahagian yang nampak macam isi lebih..

Dan bandingkan dengan points yang saya berikan di bawah:

  1. Bahagian kening
  2. Pipi ni memang lah
  3. Dagu, double chin
  4. Mata kecil
  5. Muka nampak kusam dan menurun ke bawah…

Yang no 5 tu, antara punca bila kulit di muka ni tak kuat. Sebab kan ia lembik, maka muka kita ni akan ikut tarikan gravity ke bawah.

Tu sebab nampak macam sembam je setengah orang tu. Tambah lagi mereka yang murung sifatnya. Stress banyak ler tuh.

Dan perkara 4 ialah yang akibatnya. Mata kita jadi mengecil, bukankan mengecil sebenarnya, tapi isi di bahagian kulit kening sudah menebal. Itu sebab nampak mengecil..

Untuk kurangkan pipi tembam, double chin, atau face bloating ni, cara yang paling cepat ialah melalui senaman.

Dan dalam bahagian ni, kami akan beri focus kepada satu satu masalah.

Anda pilih yang mana satu paling reflect dengan diri anda ya…

Saya listkan dahulu apa senaman untuk masalah berikut:

  1. Pipi tembam ( teruskan pembacaan anda di bawah )
  2. Double chin
  3. Mata kecil – sebabkan lemak di bahagian kening, kalau perhatikan, kening anda tu macam flat sikit, sepatutnya macam ada melengkung sikit kan, baru nampak cantik, so disini kami akan kongsikan senaman yang buatkan lemak di kening kurang, dan bulu kening tu akan melengkung cantik, dan lagi satu, mata pun akan menjadi lebih bulat
  4. Senaman untuk kedutan di mata..
  5. Senaman buang kedutan di dahi

Untuk masalah pipi tembam, anda boleh teruskan baca di bawah, dan untuk masalah yang lain, anda boleh click link yang kami sertakan tu.

KONSEP UTAMA dalam senaman muka…

Yang paling utama ialah, kita tahu setiap masalah dipengaruhi oleh muscle bahagian yang mana. Dan kita akan cuba gerakkan muscle bahagian itu supaya ia lebih tegang contohnya.

Seperti nak buat senaman tangan, bicep dan tricep kan. Nak besarkan otot bicep, ada pergerakannya, begitu juga tricep ada pergerakan yang tersendiri.

senaman tangan biceps dan triceps

Image Source
Contoh untuk hilangkan pipi tembam, ada nama nama muscle yang kita perlu gerakkan. Dan senaman yang dibuat hanya untuk pergerakan muscle ini sahaja, kalau nak selesaikan double chin, muscle lain pula yang akan digerakkan mengikut senaman yang dinasihatkan.. Bukannya, senaman double chin, tapi untuk hilangkan pipi tembam juga…

Yang penting, kita tahu muscle apa yang mempengaruhi permasalahan muka kita, dan bagaimana pula teknik untuk kita gerakkannya supaya berlaku contraction.

Orait, so itu dia basic pemahamannya..

Pipi Tembam ( Buang Lemak Pipi )

Untuk masalah pipi tembam, ia akan melibatkan 3 kedudukan muscle

  1. orbicularis oris
  2. zygomatic arch
  3. dan modiolus muscle

 

Otot Orbicularis oris adalah yang berada dikeliling mulut, otot ini digunakan untuk mengawal pergerakan mulut dan bibir.

obicularis-oris

Zygomatic arch pula ialah tulang di bahagian tepi muka seperti di bawah ni.cara kuruskan pipi tembam zygo

Untuk lebih jelas, seperti muka model dan Abraham Lincoln di bawah.

contoh pipi kurus

Anda akan perasan macam ada garisan tulang di pipi atasnya.

Ada yang panggil ini high cheekbones juga.

Dan terakhir ialah modiolus muscle yang berkedudukan di kiri dan kanan mulut anda.

Kedudukan otot ini ialah diantara kiri dan kanan mulut kita..

modiolus

Cara senaman untuk buang lemak:

Langkah Pertama:

Tutup rapat mulut anda, selepas tu tiup bahagian atas bibir, kekalkan selama 10 saat.

Langkah Kedua:

Tutup  mulut rapat juga, jangan bagi udara keluar. Tiup di bahagian sebelah pipi kiri anda kuat kuat kuat selama 10 saat.

Langkah Ketiga:

Ulang langkah kedua, dengan mengembung pipi di bahagian kanan pula selama 10 saaat

Seterusnya, ulang semula langkah pertama sampai langkah ketiga selama 10 kali.

Di bawah, animasinya:

senaman untuk pipi tembam

Warning…

Pastikan anda rasa lenguh lenguh kebas di bibir, dibahagian zygomatic arch ( mungkin rasa tak, tapi saya rasa), kalau tak rasa lenguh ini, kemungkinan besar anda dan tiup kuat. Bukan lah perlukan tiup dan tahan di mulut terlampau kuatnya sangat, tapi at least ada lah rasa lenguhnya.

Kan ke anda kena ulang selama 10 saat dan dalam dibuat pula selama pusingan 10 kali, nanti lama lama dalam pusingan ke 8 contohnya, bibir anda akan jadi lemah sebab terpaksa menahan udara yang hendak keluar. Bila sudah lemah, memang udara akan keluar punya.

Untuk saya dahulu, saya tutup mulut, supaya udara tak keluar.

Bila sudah lama lama, saya rasa tindakan saya tu salah.

Seperti contoh, kalau kita tiup untuk gelembungkan area pipi, ditutup pula mulut. Pasti pressure tu hanya akan rasa di gelembungan pipi sahaja. Atau mungkin di bahagian zygomatic arch juga.

Tapi di bahagian orbicularis dan modiolus pasti tidak,sebab kita tidak gunakan daya 2 muscle ini untuk tutup mulut sebab sudah guna tangan.

So, andai kata kalau anda lenguh. Jangan tutup mulut guna tangan, guna 2 otot orbicularis dan modiolus juga. Kalau rasa, udara asyik nak terkeluar, kurangkan pressure udara yang tiup tu.

Summary..Apa Yang Anda Perlu Buat Selepas Ini…

Baiklah, ini bahagian summary dengan semua ilmu yang kita belajar di atas.

Saya ringkas di sini, untuk mudah anda buat dan sama sama kita ingat ingat…

Anda hanya perlu buat 3 perkara sahaja dalam minggu ni:

Pastikan anda kawal pemakanan dengan mengurangkan pengambilan sodium, sodium banyak ada pada fast food. So cuba total stop fast food minggu ni.

Pastikan anda minum air pada kadar yang cukup, mungkin setiap kali nak sembahyang, dapatkan 2 gelas kecil air masak contohnya. Sengaja, saya pilih time ni, supaya anda teringat. Bila nak sembahyang sahaja, mesti akan teringat yang anda perlu minum air 2 gelas kecil.

Dan yang paling penting, pastikan anda buat senaman atas tadi tu. Jangan lupa baca bahagian warning tu juga.

 

Comments

comments

One Response

  1. November 4, 2016

Leave a Comment