Review Basikal Senaman ( Donkeez = RM 299 )

Kami Beli Basikal Sendiri Basikal Senaman Ini

Baru baru ini kami dapatkan basikal senaman jenama Donkeez dengan harga RM 299 dari Lazada. Kami percaya jenis alat senaman yang level harga ini adalah antara yang murah.

Mungkin ada lagi yang murah, anda boleh lihat sendiri.

basikal senaman murah

Dan dalam post ini, kami akan berikan anda post lengkap review sama ada berbaloi atau tidak untuk anda dapatkannya.

Straight Forward Decision.

4 start rating basikal senaman

Baiklah, secara direct, kami boleh berikan 4 daripada 5 bintang untuk rating produk ini.

Dan di bawah, merupakan review pro dan cons yang kami dapati setelah mencubanya dalam masa beberapa minggu.

Kita pergi kepada kekurangannya dahulu.

Kekurangan

  1. Pedal keras

Setelah kami mencubanya, pedal pemijak basikal senaman ini agak keras. Tapi bagus juga, supaya ia akan membuatkan kita memakai kasut. Dengan pakai kasut keselamatan itu adalah terjamin sedikit.

Kalau tak pakai, tak tunggu lama pun untuk rasa sakit, dalam 3 atau 4 minit anda sudah boleh rasa. Ini untuk daya endurance yang agak sederhana kuat juga lah. Kalau anda settingnya lebih lembut, mungkin tiada masalah.

  1. Seat keras

Kalau pedal keras, kita boleh pakai kasut, kalau seat keras mungkin agak masalah sikit. Untuk ini mungkin guna kreatif anda sendiri, atau tahan sahaja sakit sikit.

  1. Screen meter yang agak susah juga nak faham.

Kami cuba memahami screen meter di handle basikal senaman ini pada awalnya, tapi selang beberapa lama rasa macam agak susah untuk digunakan. Dan paling penting, agak leceh.

Mungkin anda boleh cuba sendiri nanti, sebab antara maklumat yang disertakan juga dalam screen ini ialah jumlah kalori yang terbakar. Kami tak pasti sama ada ia mempengaruhi juga speed anda mengayuh + kekuatan resistance yang anda telah set. Nampak macam tak, memandangkan kadar kalori yang terbakar juga mengambil faktor berat anda.

Justeru, kami rasakan adalah baik jadikan Senarai Kalori Yang Terbakar kami untuk dapatkan estimate result yang lebih baik. Dengan senarai tersebut, anda bukan sahaja dapat tahu jumlah kalori yang terbakar semasa mengayuh basikal, malah hampir 80 jenis senaman kardio yang turut juga kami senaraikan.

Rating Kami

Seperti yang kami kongsikan di perenggan awal tadi, kami berikan 4 daripada 5 bintang.

Kurang satu bintang sebab masalah seat yang keras di atas. Tak kan nak letak bantal pula. 4 bintang pula sebab ia boleh kata berbaloi juga dengan harganya kerana ia menjadi.

Complain kami screen meter di atas mungkin anda boleh redhakan saja, benda dah memang murah kan. Jadi tengok tengok lah sendiri jam di dinding tu untuk timing.

Kalau mengikutkan data yang kami dapatkan, dalam 30 minit anda mampu bakarkan 210 kalori untuk berat 56 kg. Boleh rujuk di post senarai senaman kardio untuk lebih lanjut.

Untuk sekarang kita beralih pula kepada ciri ciri basikal senaman Donkeez ini.

Bagaimana Donkeez Berfungsi – Cara Nak Pilih

basikal senaman donkeez

Yang terbaik adalah anda try dahulu. Pergi sahaja mana mana kedai di shopping mall, cuba dahulu, tanya harga. Dan survey tempat lain. Jangan juga lupa survey di Lazada juga seperti disini.

Sebab anda akan dapat diskaun yang agak berpatutan juga di Lazada. Boleh luangkan masa untuk baca di sini jika anda ingin membeli di Lazada, cara yang ditunjukkan disini adalah langkah langkah yang anda perlu lakukan untuk dapatkan potongan harga yang terbaik.

Sebab dengan Lazada anda akan dapat purata potongan harga sebanyak 10% sekurang kurangnya.

Seperti yang kami complainkan di atas,

Bahagian yang mesti diutamakan ialah, pedal dan seat.

Keras pada pedal mungkin tiada masalah, hanya perlu pakai kasut. Tapi kalau seatnya yang keras, susah juga kan.

Dan tak kurang penting juga mestilah pada kelancaran resistancenya.

Seperti yang jenis di atas ia menggunakan belts. Ada lagi 2 jenis yang popular iaitu menggunakan magnetic dan juga angin. Kami rangkumkan secara detailnya di post ” Jenis Resistance Basikal Senaman ” andai kata anda ingin tahu.

Berikut merupakan struktur dalam Donkeez, salah satu brand basikal senaman yang telah pun kami selongkar.

cara alat senaman berfungsi

Seperti anda lihat, struktur dalamannya agak simple, hanya perlu belt yang memililiti bulan shaft di tengah. Makin kuat gear positive negative di bawah di pusing. Makin kuat lah resistance yang anda akan dapat.

penyelaras speed

Kedudukan tali belt yang longgar apabila kita pusing ke arah negative.

image basikal

 

Dan di bawah pula, apabila pusing kea rah positive membuatkan kedudukan end tali di bawah semakin dekat, iaitu semakin ketat dan kuat resistance anda untuk mengayuh.

contoh basikal

Untuk mudahkan anda, antara 3 jenis resistance tersebut, yang paling di rekomenkan ialah jenis magnetic. Kerana ia lebih stabil, berbanding dengan belt seperti Donkeez yang kami dapatkan di atas.

Di sebabkan Donkeez ini menggunakan fungsi belts, untuk resistance yang lebih, anda akan rasakan sangkutnya kerana kurangnya kelancaran semasa mengayuh.

Mengikut consumer report, basikal senaman ni ada juga ciri ergonomiknya juga. Kiranya, pastikan kayuhan anda selesa. Untuk Donkeez version yang paling murah di atas, mungkin bukan satu masalah sangat sebab ia adjustable untuk seat dengan jarak handle.

Kami percaya fungsi ini juga ada pada basikal senaman yang lain juga memandangkan yang paling murah pun ada seperti Donkeez.

Warranty

Apa apa pun sahaja pun, kalau ada warranty kan lebih baik.

Jenis Basikal Senaman

Terdapat 3 jenis basikal senaman seperti di bawah:

  1. Recumbent
  2. Upright
  3. Spin cycle

Setiapnya mempunyai kelebihan dan harga masing masing.

Baca jenis jenis basikal senaman untuk lebih lanjut.

Dan yang paling popular kerana ia adalah yang paling mimik cara kita berbasikal untuk aktiviti outdoor ialah jenis upright.

Comments

comments

Comments(2)

  1. December 10, 2016

Leave a Comment