Review Penimbang Berat Badan Digital

Dalam sebulan yang lepas kami telah dapatkan alat penimbang yang dibeli daripada Lazada. Dan alat penimbang tersebut ialah: Tempered Glass Digital Round

penimbang digital

Yang kami beli ni maksimumnya adalah 180kg dengan hanya RM 35 tapi yang atas ni RM 39.90 dan berat maksimum ialah 150kg. Mungkin iklan untuk produk tu sudah tidak active sebab kali terakhir kami lihat semalam ia sudah habis stock.

Kami terpaksa dapatkan alat penimbang ini disebabkan penimbang berat badan yang sedia macam memang rosak sebaik sahaja beli. Dan penimbang yang kami maksudkan ialah :

jenis penimbang analog

Harga RM 25 = beli dari farmasi.

*review ini bukan bermaksud penimbang dari brand Camry ni memang tak elok, tapi yang pasti inilah pengalaman pertamanya. Itu sebab kami dapatkan Tempered Glass Digital di bawah ni.

Dibawah adalah gambar Tempered Glass Digital Round yang kami telah dapatkan.

penimbang beli dari lazada

Dan berikut merupakan review pro and cons kami sama ada anda patut tidak dapatkannya.

Pro

Penghantaran seperti yang anda mungkin tahu, Lazada tiada masalah dengannya..

Setelah 11 items yang telah kami dapatkan seperti dibawah, Hanya sekali sahaja penhantaran yang mengecewakan. Ambil masa hampir 2 bulan untuk sampai ( product Oversea )

Tapi setelah cubaan kedua untuk produk yang mencecah RM 300, hanya perlukan 1 minggu sahaja, walaupun ianya produk dari Oversea.

Bacaan Secara Digital dan Fungsi Lock Reading

Dan dari segi produk pula, disamping dengan bacaan yang tepat dengan digital satu titik perpuluhan. Buatkan rasa lebih mudah berbanding dengan produk seakan Cosway yang kami belikan di farmasi di atas. Ia jarum, jadi lebih mudah jika digital untuk melihat bacaan.

Tambahan pula bila kita berdiri di atasnya, bacaan di screen akan lock dalam tempoh 3 atau 4 saat sebelum ia kembali menjadi kosong. Berbanding dengan yang jenis jarum bukan?

Jimat Battery

Mula mula kami mencari juga dimana button on dan off nya. Tapi rupanya ia berfungsi atau mula mendapatkan berat anda semasa kita menggunakannya. Jadi, tak perlu kita on off setiap masa.

Hanya perlu gunakan yang seakan off, ia akan berfungsi dengan mendapatkan bacaan berat anda, bacaan anda akan di lock setelah capai yang maksimum. Bacaan locked tadi hanya akan hilang ( oFF ) setelah 3 atau 4 saat walaupun anda tidak menggunakannya.

Kalau yang jenis mahal sedikit, kalau di locked pasti akan berbunyi kan. Tapi yang ini mungkin sebab murah. Jadi tiada yang tu.

Cons

Battery Di Dalam Sudah Kong

Yang paling kami tidak puas hati ialah battery yang sedia ada di dalam cell alat penimbang ini tidak berfungsi. Jadi kami terpaksa dapatkan battery saiz AAA yang lain RM 2.40 di Econsave untuk mencubanya.

Hati Hati Bila Naik dan Turun

Ini memang kena hati hati. Kalau anda perhatikan, penimbang jenis ini dia ada 4 kakinya. Bila anda pijak untuk mula guna, pastikan jangan pijak disisi bulatan nya. Tak kesah lah, sama ada mula naik atau pun hendak turun. Sebab pastikan akan jatuh.

Ini cermin ni, walaupun katanya tempered glass, tapi kalau pecah, naya juga kan.

Jadi seeloknya, masa nak gunakannya, pastikan anda pijak di tengah sikit, atau di atas kedudukan kaki alat penimbang ini.

Final

Untuk overall, kami puas hati dengan produk di atas dan berikan 4 bintang daripada 5. Untuk setakat ini sahajalah. Kita tak pasti sampai bila produk ni boleh bertahan.

Yang masalah battery memang dah kong tu memang isu yang dari dulu lagi kan. Apa apa sahaja barang eloktronik, memang macam tu. Entah entah memang diletakknya battery kosong.

Untuk masalah kestabilan pula, anda perlukan praktis sikit. Tak susah pun, hanya pijak di bahagian atas kaki alat penimbang ini atau pun pijak di tengah dahulu dan naik.

Semasa kami buat review ni, seperti yang anda tahu di atas, stocknya sudah habis.

Atau mungkin promosinya untuk RM 35 sudah tamat.

Anda boleh cuba dengan alat alat penimbang yang lain, yang seakan sama, tapi berbeza harga sedikit.

Round Digital LCD Tempered Glass Weighing Scale

penimbang round digital

Dapatkan Round Digital Ini

Product di bawah seakan sama, tapi yang kami dapatkan maximum beratnya ialah 180kg tapi di bawah RM 25 ni 150 kg.

Update

Kami baru sahaja perasan, ada lagi produk lain yang seakan akan sama di bawah, tapi maximum weight kurang sikit, kepada 150kg

Modern Sleep Personal Digital Bathroom Scale

penimbang murah

Dapatkan Penimbang RM 25 ini

Atau pun, anda search sahaja box search di Lazada dengan kata kunci “Weighing Scale”(contohbrowse search icon), untuk dapatkan full list penimbang untuk anda pilih. Pastikan pilih review yang baik baik sahaja.

Dalam masa anda pilih pilih nanti, pasti akan ternampak alat penimbang yang seakan sama tapi sangat berbeza harga. Seperti dibawah….

Berdasarkan pemerhatian kami, Lazada ni sangat suka bermain dengan harga, begitu juga masalah yang paling kami tak suka ialah produk yang datang dari advertiser yang lain. Kiranya, anda akan Nampak duplicate product listing dalam beberapa jenis barang.

Bagi kami, kalau kes yang seperti ini, hanya pilih yang paling murah sahaja.

Jangan Beli Lagi….

Katakan anda hendak buat belian, andai kata ini merupakan produk pertama yang anda hendak beli dari Lazada. Kami sarankan, jangan terus beli dahulu.

Anda mesti tahu serba sedikit cara untuk dapatkan harga yang lebih murah. Seperti yang kami katakan tadi, Lazada terlampau banyak promosi. Jadi gunakan sehabis baik.

Anda boleh terus beralih ke post ini, Panduan Lengkap Untuk Beli Dari Lazada.

Atau teruskan baca summarynya di bawah:

Langkah Pertama

Lazada akan lebih murah kalau dibeli daripada Aplikasinya, Android atau IOS. Jadi, install dahulu app nya. Click Di Sini. 

Langkah Kedua

Kedua, sebaik sahaja anda sudah install, untuk produk ini mungkin tak dapat sebab bawah RM 100. Namun kebanyakan produk yang melebih RM 100, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 15%. Caranya pergi ke muka hadapan page Lazada.com.my, sama ada di homepage app atau pun di screen desktop. Kadang kadang, bila anda pergi ke produk page dan seterusnya, notis tentang promotion ini akan hilang. Anda hanya perlu clear history cache browser sahaja. Nanti akan ada balik, anda kata di homepage sudah hilang juga.

Kalau produk tak harga lebih RM 80 atau lebih RM 100 untuk dapatkan diskaun code pun tak mengapa, sebab kalau guna app checkout guna RHB Card contoh, dapat juga 10% less regardless harga berapa pun. Kalau ada RHB lah.

Dalam panduan cara beli dari Lazada itu pun kami ada tunjukkan cara checkout guna RHB Card dengan SmartPhone ( Samsung J7 )

Langkah Ketiga

Jangan lupa bila nak checkout, letakkan kod promosinya. Kod promosi Lazada setakat ini ia bukan automatically akan tukar atau rendahkan harganya. Sebaliknya anda mesti keyin atau masukkan code itu semasa checkout sendiri.

Comments

comments

Comments(3)

  1. July 6, 2017
  2. July 6, 2017
    • July 6, 2017

Leave a Comment