Senarai Senaman Kardio ( +80 Ideas )

Senarai Lengkap Senaman Kardio Untuk Outdoor dan Indoor

Senaman Kardio adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Namun jangan lupa juga dengan pengalawalan kalori defisit <<<<< Fahami ini dahulu….

Kalau list kami masih lagi tidak dapat membantu jenis senaman yang anda cuba, sila tinggalkan pesan untuk kami dapatkannya, Hubungi kami di sini, atau tinggalkan komen di bawah.

Dengan melakukan latihan kardio, ia bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, boleh juga membakar lemak dan juga membuatkan badan anda lebih sihat.

Dan lebih baik juga, jenis latihan kardio ada banyak dan pelbagai. Anda boleh pilih sahaja yang mana mana termasuk di rumah, andai kata jogging di kawasan taman rekreasi bukan yang anda pilih.

Dan dalam post article ini, kami akan kongsikan bermacam macam jenis senaman kardio yang anda boleh lakukan di rumah, di gymnasium atau pun di kawasan luar (outdoor)

List ini juga disertai dengan anggaran berapa kalori yang anda boleh buang dalam masa beberapa minit.

Untuk anda yang masih lagi tidak faham dengan kesinambungan jumlah kalori untuk kuruskan badan. Boleh rujuk di post, kalori defisit dahulu.

Semasa membuat senaman kardio di bawah ni pastikan anda tidak terlalu memaksa badan anda. Buat sekadar mana yang mampu, insyaAllah overtime anda akan rasa lebih mudah.

Cuba pilih beberapa jenis kardio yang anda rasa lebih mudah untuk dilakukan, supaya tidak bosan dengan cara yang sama.

Ingat, kardio sangat mementingkan konsistensi, jangan semangat sekejap sahaja. Dan juga pemakanan yang lebih sihat, supaya tidak makan daripada apa sepatutnya anda makan untuk dapatkan kalori defisit. Kenali Diet Atkin juga untuk memaksimumkan pembakaran lemak anda.

3 Jenis Kardio di bawah adalah untuk mereka yang baru, ia tidak terlampau memenatkan anda.

Jenis Senaman KardioUntuk Berat 57kg sahaja ( 60 minit )Level
Berjalan 199Sederhana
Elliptical Trainers284
Step aerobics483
OutdoorUntuk Berat 57kg sahaja ( 60 minit )Level
Jalan cepat369
Jogging398
Berbasikal398
Tali Skipping670
Mountain Climbing454
Lari Naik Tangga
852
Lompat Bintang255
Berenang329
Indoor ( Gym )Untuk Berat 57kg sahaja ( 60 minit )Level
Stair Mill
656
Rowing Machine
300normal intense
Jenis SukanUntuk Berat 57kg sahaja ( 60 minit )Level
Bola Sepak398
Badminton312
Hoki443
Taekwondo585
Moderate

Jumlah kalori di atas adalah estimate mereka yang berat dalam linkungan 57 kilogram sahaja. Jadi, kalau berat anda lebih dari 57 kg, bermakna jumlah kalori yang terbakar adalah lebih banyak sedikit daripada estimate di atas, begitu juga sebaliknya kalau berat anda kurang daripada 57kg, jumlah kalori yang terbakar akan kurang sedikit daripada jumlah estimate di atas.

Untuk lebih mudah, kami sediakan satu fungsi excel untuk anda masukkan berat sebenar anda. Dan secara lansung anda boleh lihat hampir 80 jenis senaman kardio yang anda boleh cuba. Masukkan email anda di bawah untuk dapatkannya.

Popular Kardio Videos

Sekarang kita review pula jenis senaman kardio yang popular di Europe. Tak pasti anda pernah dengar atau tidak. Tapi nama nama senaman di bawah agak popular juga. Kelebihan video seperti dibawah ini ialah kita akan lebih semangat sikit bila coach yang seakan akan seperti di depan kan.

Insanity

Kardio ini agak extreme. Tapi ramai juga pengikutnya. Dan ramai juga yang view nya di Youtube. Untuk anda yang rajin, mungkin boleh cuba Insanity ni. Anda boleh beralih ke video ini untuk dapatkan preview part 1, untuk part 2 anda hanya perlu cari di sebelah kanan Youtube sahaja.

Di bawah ini adalah preview Insanity oleh Shaun T, pencipta Insanity sendiri di rancangan Dr. Oz.

P90X

P90X ini dengan Insanity di atas lebih kurang sama juga. Tapi Insanity tampak lebih perlukan usaha.

Cardio Blast with Coach Nicole

Training kardio daripada Nicole nampak lebih lembut. Anda hanya perlu pergi ke channel beliau di video bawah ini, untuk dapatkan lebih lagi siri tutorial videonya.

Ada yang anda perlukan belanjakan duit sikit untuk beli panduan lengkapnya, tapi kalau anda lihat lihat di youtube banyak juga video yang di kongsikan.

Dan contoh video di atas adalah yang terbaik yang kami dapatkan.

Jangan Lupa Warming Up dan Stretching

Jika anda perasan di kawasan rekreasi contohnya, masa pagi pagi yang sudah pasti ramai yang akan jogging.

Cuba kira berapa yang mulakan senamannya dengan aktiviti warm up dan buat beberapa step regangan?

Boleh kata, TIADA.

Atau pun terlampau sedikit.

Sebab? Sebab kurangnya kesedaran. Rata rata, kalau ditanya, pasti akan jawab. “ alah boleh lah ni, tak krem punya”.

Tapi nanti kalau tiba tiba kena serang? Sendiri juga yang tanggungkan.

So warm up dan stretching harus dititik beratkan.

Bukan susah pun, hanya perlu panas kan badan sekejap dalam 1 atau 2 minit, untuk pastikan darah mengalir keseluruh bahagian. Mana yang jogging, mungkin anda boleh mulakan dengan jalan lebih cepat dahulu.

Sambil tu, buat aktiviti regangan di leher, bahu, tangan, pinggang, lutut, dan penting buku lali atau mana mana bahagian yang lain yang anda rasa perlu.

Maka, jangan lupa buat regangan.

Sebelum mula, pastikan ada buat sesi regangan dahulu.

Ini antara panduan terbaik bergambar untuk membantu anda, sesi regangan

Preparation

  1. Pastikan guna kasut
  2. Baju dan seluar yang sesuai
  3. Ruang yang cukup dan sesuai terutamanya di kawasan dalam rumah

Inspited videos

https://www.youtube.com/watch?v=PlUCRn_fpmo

https://www.youtube.com/watch?v=AUz_rdmUJXE

Untuk mana mana aktiviti kardio anda yang tidak terdapat dalam senarai di atas, sila tinggalkan komen di bawah untuk kami dapatkan untuk anda.

Kenalkah anda siapa dia Dr. Robert Coleman Atkins?

Comments

comments

Comments(3)

  1. October 13, 2016
  2. February 22, 2017
  3. March 28, 2017

Leave a Comment