Tekanan Darah Normal – Nombor Atas dan Bawah

Terdapat dua jenis nombor yang patut tahu dalam menilai bacaan tekanan darah dalam badan kita.

Pertama,

tekanan darah systolic

dan juga

tekanan darah diastolic

Kedua dua nombor ni, ada kesinambungannya, iaitu:

Systolic ( yang di atas )– nombor ini menentukan tekanan darah dalam badan kita bila jantung berfungsi ( heart beats )

Diastolic ( yang di bawah ) pula – tekanan darah dalam sistem vascular badan kita, untuk apabila kita sedang berehat, atau relaxing.

Apa pula system vascular? Boleh juga dikenali sebagai circulatory system di pembuluh darah badan kita.

tekanan darah normal menurut who

Petikan daripada, hopkinsmedicine.org

Kalau untuk lebih mudah difahamkan, kedua dua nombor nak tumpukan, apabila jantung sedang bekerja, dan juga apabila jantung sedang berehat.

Atau pun, mungkin kita kaitkan lagi, sejauh mana jantung anda mampu bekerja, adakah jantung anda betul betul dalam keadaan yang mampu bekerja lebih contoh.

Dan untuk yang relaxing pula, bila anda sedang berehat. Adakah anda sedang betul betul berehat.

Gambar bawah ni, adalah kebiasaan monitor tekanan darah yang biasa kita lihat.

Perhatikan yang SYS dan juga DIA itu di atas.

Singkatan kepada, Systolic dan juga Diastolic.

Tekanan Darah Normal Menurut WHO

Baik WHO, mahupun MayoClinic, atau mana mana institusi perubatan pun, bacaan tekanan darah normal ialah 120/80

Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada kondisi kesihatan tubuh badan anda. Sama ada dewasa atau kanak kanak juga main peranan.

Yang terbaik adalah, pergi sahaja mana mana klinik berdekatan dan minta nasihat.

Mengikut pengalaman penulis sendiri.

Jika suspect kemungkinan ada masalah tekanan darah.

Doktor akan sarankan untuk ‘track’ tekanan darah dalam tempoh satu minggu setiap hari dahulu.

Selepas satu minggu kalau bacaan maintain di takuk yang tinggi. Memang anda perlukan ubat dan juga mesti ubah cara hidup yang tidak sihat sebelum ini.

Berikut pula, tabel untuk kadar tekanan darah mengikut umur daripada webMD

 

Tapi, seperti saranan kami tadi, adalah lebih anda terus rujuk pada Doktor.

Kesan Buruk Tekanan Darah Tidak Normal?

Untuk sekarang ini, anda perlu tentukan sama ada anda ada masalah tekanan darah rendah atau tinggi.

InsyaAllah, dalam post yang kami senaraikan di bawah, akan sedikit sebanyak membantu untuk anda lebih faham, dan juga lebih ambil berat.

Ingat, kesannya bukan pada kita sahaja. Anak anak pun takut sama merasa.

Berapa Kerap Anda Patut Check Tekanan Darah?

Hasil penulisan daripada WebMD, kalau kadar anda normal, dalam tempoh 2 tahun.

Kalau systolic dalam range 120 – 139, dan diastolic pula dalam lingkungan 80 – 89, check dalam tempoh 1 tahun.

Nasihat kami, tak perlu la tunggu 2 tahun atau satu tahun untuk check, ambil berat lebih sikit. Untuk check lebih kerap, dalam tempoh 6 bulan contohnya, andai kata tak sakit sakit lah.

Kalau anda demam atau sakit sakit yang ringan, doktor pun akan check juga kan masa tu.

Untuk kadar yang lebih 140/90 à sudah macam tiba masa untuk ambil ubat.

Seperti yang kami kongsikan di atas tadi,kalau sudah sampai range ini, doktor akan suruh anda track dalam tempoh 1 minggu, untuk pastikan samada ada kadar tinggi itu konsisten atau tidak.

Kalau ya, memang kena ambil ubat.

Jangan ambil bacaan masa selepas anda berhambat pula ya. Pastikan duduk dengan tenang dahulu. Nak check tu, untuk yang pekerja kilang, mudah sahaja, pergi sahaja klinik panel.

Atau mana yang terpaksa pergi klinik swasta, kalau takut akan cas konsultation, boleh dapatkan alat pengukur tekanan darah yang kami listkan ini.

Video Pemahaman Tekanan Darah

https://www.youtube.com/watch?v=qWti317qb_w

Percaya tidak?

1 daripada 3 rakyat dewasa di Malaysia bertekanan darah tinggi?

Berdasarkan data daripada BorneoPost, lebih kurang 32 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas berkemungkinan ada masalah ini.

1 daripada 3 tu.

Entah entah ada antara kita yang sedar tak sedar ada tekanan darah yang tidak normal pun.

Menteri Kesihatan, Datok Seri Liow Tiong Lai share, jumlah pengambilan garam rakyat Malaysia, lebih 1.7 daripada apa yang World Health Organisation ( WHO ) cadangkan, iaitu hanya dalam 5 gram sahaja. Sebalik nya kita, 5 + 1.7 = 8.7 grams

Study juga bagi tahu, punca makanan yang sebabkan pengambilan garam yang tinggi ialah hasil daripada penambah perisa soy souce. Macam kicap manis semua.

Comments

comments

Leave a Comment